Rabu, 25 Ogos 2010

Lantikan AJK Tertinggi Pengawas dan Pengawas Percubaan SMK Selayang Bharu

Bertempat di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu (SMKSB), Batu Caves, acara yang menjadi kebanggaan kepada semua pengawas SMKSB berlangsung di dalam suasana harmoni iaitu acara perlantikan rasmi AJK Tertinggi Lembaga Pengawas SMKSB bagi tahun 2010/2011.  Pn.Arfah bt.Abd Rahman, Pengetua SMKSB berbesar hati untuk meyampaikan sijil penghargaan kepada AJK Tertinggi Lembaga Pengawas SMKSB sesi 2009/2010 yang banyak menyumbang bakti kepada pihak sekolah dalam usaha untuk memantapkan disiplin pelajar-pelajar SMKSB.  Pengawas-pengawas Percubaan juga diberi watikah perlantikan oleh Puan Pengetua. Semoga dengan penyempurnaan acara tersebut, pengawas-pengawas SMKSB sentiasa memenuhi ikrar yang dilafazkan dan sentiasa komited dalam menjalankan tugas.  Selain itu, Ketua Penasihat Lembaga Pengawas SMKSB, Puan Rabiah sentiasa mengingatkan pengawas-pengawas untuk mengutamakan pencapaian akademik selain menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.  Disiplin menjadi cara hidup pengawas SMKSB.
Tahniah kepada semua pengawas.

Sekian, wassalam.

MD RASUL BIN HARON
SMK SELAYANG BHARU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...