Rabu, 23 Mac 2011

Pentingnya Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru







Oleh:

MD RASUL HARON
mrasulharon@yahoo.com












Selaras dengan komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (Centre for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21, kecemerlangan” world class education”imej dan kualiti pendidikan Negara ini perlu dipertingkatkan ke taraf dunia . Menerusi Rancangan Malaysia yang ke 9, sebanyak RM 45.1 billion telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, sentiasa positif , sanggup bekerja di luar kebiasaan dan bekerja berpasukan dalam usaha meningkatkan kemampuan organisasi ke arah kecemerlangan.

Anugerah Sekolah Cemerlang yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2007 dan terkini Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)bagi menggantikan Anugerah Sekolah Harapan Negara merupakan satu pengiktirafan dalam usaha memantapkan kerja berpasukan. Kejayaan sesebuah organisasi mencerminkan kemampuan warga kerjanya bekerja bersama-sama bagi menjayakan visi dan misi sekolah. Peranan sekolah sebagai institusi pembelajaran menjadi wadah dalam melahirkan modal insan bukan sahaja di kalangan murid malahan guru-guru yang sentiasa sanggup menggembeleng tenaga untuk berada di tahap profesional yang tinggi.
Kerja berpasukan akan mendidik warga sekolah kepada keseronokan , kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Interaksi antara anggota akan lebih berkesan. Sejak awal lagi manusia membentuk kumpulan, di mana kumpulan menjadi asas kehidupan manusia, perlindungan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan. Sikap kumpulan adalah terdiri dari yang tidak bersefahaman sehinggalah yang telah mencapai kejayaan, tetapi adalah jelas bahawa kumpulan yang telah mencapai kejayaan berfungsi sebagai satu unit yang produktif yang dikenali sebagai kerja berpasukan. Sehubungan itu, amalan kerja berpasukan wujud bagi memudahkan urusan kerja atau tugasan yang dijalankan bagi mencapai matlamat organisasi. Amalan kerja berpasukan akan dapat meningkatkan potensi, kebolehan serta kemahiran guru dan akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Justeru itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan tahap kerja berpasukan guru di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...