Rabu, 8 September 2021

Penggunaan "di" sebagai Kata Sendi Nama dan Imbuhan Awalan

DALAM bahasa Melayu, terdapat kata sendi nama yang menjadi perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah dikedaridaripadapadakepadabagidemitentangsepertibagaiumpamalaksanasejakterhadapakanolehhinggauntukantaradalam, dengan dan sampai.

Semua kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama tersebut mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Beberapa kata sendi nama yang disenaraikan ini termasuk juga dalam golongan kata yang lain. Contohnya, kata sendi nama “akan” berfungsi juga sebagai kata bantu. Kata sendi nama “dalam” turut berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif. Kata “sampai” digolongkan juga dalam kata kerja. Sementara kata sendi nama “antara” pula berfungsi juga sebagai kata arah.

Bagi kata sendi nama “di”, penggunaannya khusus digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

  • Ibunya merupakan pengarah di syarikat pengangkutan itu.
  • Tiga orang pelajar yang mengikuti ekspedisi itu sesat di dalam hutan.
  • Pesta flora yang menjadi acara tahunan di Malaysia diadakan di Putrajaya.
  • Negeri Perak terletak di antara negeri Kedah dan negeri Selangor.

Perkataan “di” juga turut berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun demikian, masih terdapat pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Kekeliruan ini menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada perkataan selepasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...