Sabtu, 8 Januari 2011

kesangsian...

Nukilan:



Norlilah Ismail









jika  ada teman tak menyapa
hati jadi sangsi...apa agaknya yang salah
jika ada teman terlebih menyapa
hati jadi sangsi...apa agaknya yang tak kena
jika  nama kita tercicir
hati jadi sangsi ...sape punya angkara
jika nama kita sering di bicara
hati jadi sangsi....ada yang mengena

kesangsian yang mengawal
kesangsian yang tak berjadual
kesangsian yang perlu dikawal

Sejarah dan Kita-14 Kepentingan Belajar Sejarah

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati sejarah supaya kita berbangga menjadi warganegara dan bertanggungjawab mempertahankan negara. Selain menjadi subjek wajib lulus dalam SPM 2013 nanti, terdapat 14 kepentingan mempelajari subjek Sejarah.

1.  Memperoleh banyak pengetahuan
2.  Membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa
3.  Memahami sejarah tamadun awal bangsa kita
4.  Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
5.  Membentuk keperibadian bangsa
6.  Menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan
     bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
7.  Berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak berulang
8.  Merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan
9.  Berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang
10.Menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan
11.Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan ekonomi
12.Memupuk semangat patriotisme
13.Melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia
14.Membantu kita menghargai dan memelihara kedaulatan negara

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Di awal Tahun 2011

oleh:
iMotivasi


1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.
5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...