AKU duduk termenung di atas pangkin kayu di bawah sebatang pokok jambu. Sejak dua hari yang lalu, fikiranku sedikit gusar kerana bermimpikan ayah. Kata-kata ayah di dalam mimpiku itu masih sama dengan kata-kata yang dilafazkan oleh ayah 20 tahun yang lalu. Waktu itu aku umurku sudah 28 tahun. Kini setelah umurku 48 tahun dan ayah sudah tiada kata-kata ayah terngiang-ngiang kembali di gegendang telingaku.
Kata ayah "pabila kau sudah cukup dewasa jagalah negara kita Malaysia dengan sepenuh jiwa kerana tanah tumpah darah ini diwarisi daripada nenek moyang kita yang terlebih dulu bersuah-payah untuk mendapatkannya. Cintai dan sayangilah negara kita seumpama kita mencintai dan menyayangi ahli keluarga kita yang maruahnya dijaga sepenuh jiwa raga.

kata-kata ayah itu amat menghantui diriku. Bahkan aku masih ingat betapa ayah sayangkan negara ini dan mahu anak-anaknya berjiwa seperti dirinya. Malah dengan kata-kata ayah itu aku menyemai dan menanam dahan-dahan cintai Malaysia yang akhirnya bertunas dan makin bercambah di dalam hati anak-anakku.
Aku mahu anak-anakku juga memiliki rasa tanggungjawab terhadap agama dan negara. "
Aku masih lagi berfikir tentang mimpi bertemu dengan ayah. Kata-kata ayah semasa dia sedang terlantar sakit dahulu benar-benar menikam di jiwaku.

"Walau Kita tidak besar dan tidak kuat, apabila bekerjasama semua jadi mudah seperti sebatang lidi yang dikumpul. Beberapa banyak diikat menjadi sebatang penyapu. Penyatuan yang berani. Kita umpama benteng walau ombak hanya mampu membadai tetapi tidak meroboh tebing yang dibina atas kejeleketan antara kaum di Malaysia.
Akhirnya aku tersenyum sendirian pabila mengingati setiap kata ayah. Benarlah kata ayah sayangi Malaysiaku adalah teras kepada kekuatan agama, bangsa dan negara. Hanya kejeleketan yang dapat membantu kita melaksanakan segalanya untuk negara yang kita cinta ini dengan berkesan.