Jumaat, 2 Disember 2011

Kajang dilanda banjir kilat






Kajang(2.11.2011)-Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai. Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008. 


Pembohongan Teori Darwin




Charles Darwin merupakan aktor di balik layar dari penipuan ini. Menggunakan teori asal-asul tentang evolusi manusia, ia berhasil membentuk sekumpulan pengikutnya untuk meneruskan pembohongan teori bahawa manusia berevolusi dari spesis monyet. Dr.Alvan T. Marston melakukan analisa ke atas fosil manusia piltdown yg diajukan oleh pengikut Darwin untuk diteliti, hasilnya sangat mengejutkan. Fosil tersebut bukan fosil manusia purba, akan tetapi fosil buatan yang ada bahagian yg sudah diubahsuai daripada potongan rahang monyet.


Asal Usul Manusia menurut Islam
Kita sebagai umat yang mengakui dan meyakini rukun iman yang enam, maka sudah semestinya kita mengakui bahawa Al Qur’an adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu pengetahuan.
"Kitab (Al Qur’an) in tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib....." (QS. Al Baqarah (2) : 2-3)
Dengan memperhatikan ayat tersebut maka kita seharusnya tidak perlu berkecil hati menghadapi orang-orang yang menyangkal kebenaran keterangan mengenai asal usul manusia. Hal ini disebabkan mereka tidak memiliki unsur utama yang dijelaskan dalam Al Qur’an iaitu Iman kepada yang Ghaib. Ini sebenarnya jelas  dalam pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka dalam menghuraikan masalah tersebut iaitu selalu dimulakan dengan kata kemungkinan, diperkirakan, dsb. Jadi sebenarnya para ilmuwanpun ragu-ragu dengan apa yang mereka nyatakan.

Tahap kejadian manusia :

a) Proses Kejadian Manusia Pertama (Adam)
Di dalam Al Qur’an dijelaskan bahwa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh Allah ditiupkan ruh kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :
"Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (QS. As Sajdah (32) : 7)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)
Di samping itu Allah juga menjelaskan secara rinci tentang penciptaan manusia pertama itu dalah surat Al Hijr ayat 28 dan 29 . Di dalam sebuah Hadits Rasulullah saw bersabda :
"Sesunguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah". (HR. Bukhari)

b) Proses Kejadian Manusia Kedua (Siti Hawa)
Pada dasarnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah di dunia ini selalu dalam keadaan berpasang-pasangan. Demikian halnya dengan manusia, Allah berkehendak menciptakan lawan jenisnya untuk dijadikan kawan hidup (isteri). Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam salah satu firman-Nya :
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (QS. Yaasiin (36) : 36)
Adapun proses kejadian manusia kedua ini oleh Allah dijelaskan di dalam surat An Nisaa’ ayat 1 yaitu :
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak..." (QS. An Nisaa’ (4) : 1)
Di dalam salah satu Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dijelaskan :
"Maka sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam" (HR. Bukhari-Muslim)
Apabila kita amati proses kejadian manusia kedua ini, maka secara tak langsung hubungan manusia laki-laki dan perempuan melalui perkahwinan adalah usaha untuk menyatukan kembali tulang rusuk yang telah dipisahkan dari tempat semula dalam bentuk yang lain. Dengan perkawinan itu maka akan lahirlah keturunan yang akan meneruskan generasinya.

c) Proses Kejadian Manusia Ketiga (semua keturunan Adam dan Hawa)
Kejadian manusia ketiga adalah kejadian semua keturunan Adam dan Hawa kecuali Nabi Isa a.s. Dalam proses ini disamping dapat ditinjau menurut Al Qur’an dan Al Hadits dapat pula ditinjau secara medis.
Di dalam Al Qur’an proses kejadian manusia secara biologi dejelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik." (QS. Al Mu’minuun (23) : 12-14).
Kemudian dalam salah satu hadis Rasulullah SAW bersabda :
"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu dikumpulkannya pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan roh kepadanya (untuk menuliskan/menetapkan) empat kalimat (macam) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik (nasibnya)." (HR. Bukhari-Muslim)
Ungkapan ilmiah dari Al Qur’an dan Hadis 15 abad silam telah menjadi bahan penelitian bagi para ahli biologi untuk memperdalam ilmu tentang organ-organ jasad manusia. Selanjutnya yang dimaksud di dalam Al Qur’an dengan "saripati berasal dari tanah" sebagai substansi dasar kehidupan manusia adalah protein, sari-sari makanan yang kita makan yang semua berasal dan hidup dari tanah. Yang kemudian melalui proses metabolisme yang ada di dalam tubuh diantaranya menghasilkan hormon (sperma), kemudian hasil dari pernikahan (hubungan seksual), maka terjadilah pembauran antara sperma (lelaki) dan ovum (sel telur wanita) di dalam rahim. Kemudian berproses hingga mewujudkan bentuk manusia yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat diatas).
Para ahli dari barat baru menemukan masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940 dan baru dibuktikan pada tahun 1955, tetapi dalam Al Qur’an dan Hadits yang diturunkan 15 abad lalu hal ini sudah tercantum. Ini sangat mengagumkan bagi salah seorang embriolog terkemuka dari Amerika yaitu Prof. Dr. Keith Moore, beliau mengatakan : "Saya takjub pada keakuratan ilmiah pernyataan Al Qur’an yang diturunkan pada abad ke-7 M itu". Selain iti beliau juga mengatakan, "Dari ungkapan Al Qur’an dan hadis banyak mengilhami para scientist (ilmuwan) sekarang untuk mengetahui perkembangan hidup manusia yang diawali dengan sel tunggal (zygote) yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina) dibuahi oleh sperma (sel kelamin jantan). Kesemuanya itu belum diketahui oleh Spalanzani sampai dengan eksperimennya pada abad ke-18, demikian pula idea tentang perkembangan yang dihasilkan dari perencanaan genetik dari kromosom zygote belum ditemukan sampai akhir abad ke-19. Tetapi jauh sebelumnya Al Qur’an telah menegaskan dari nutfah Dia (Allah) menciptakannya dan kemudian (hadits menjelaskan bahwa Allah) menentukan sifat-sifat dan nasibnya."
Sebagai bukti yang konkrit di dalam penelitian ilmu genetika (janin) bahawa selama embrio berada di dalam kandungan ada tiga selubung yang menutupinya iaitu dinding abdomen (perut) ibu, dinding uterus (rahim), dan lapisan tipis amichirionic (kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup/membungkus anak dalam rahim). Hal ini ternyata sangat bertepatan dengan apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al Qur’an :
"...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)..." (QS. Az Zumar (39) : 6).



Sidang Parlimen ke-12 ditangguhkan






Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 3 Okt lalu ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan sebanyak sembilan rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 2011, Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti 2011, Rang Undang-undang Veteran 2011, dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011.

Dewan pada persidangan kali ini juga meluluskan beberapa Rang Undang-undang Pindaan iaitu Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010, Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011.

Turut diluluskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2011 dan Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011.

Selain itu, dewan juga meluluskan beberapa usul termasuk 10 usul dibentangkan hari ini oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Dewan juga meluluskan usul pemansuhan tiga proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan usul itu pada 24 Nov lepas, berkata tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

- Bernama

Guru Paling Muda di Dunia


Sumber:
lintasberita.com

Buku sejarah kegemaran Adora (The Century for Young People) hadiah dari penulis,
 Peter Jennings. "Ini adalah buku sejarah terbaik yang pernah saya baca," ujar Adora

Nama : Adora Svitak
Umur : 7 tahun
Profesyen :Guru Sekolah Dasar
Tarif Mengajar : US$ 300 /pelajaran/50 minit.
Tarif sebagai Penceramah :US$ 10.000 sekali ceramah.
Boleh membaca pada usia: 3 Tahun.
Karya : Menulis Buku “Flying Fingers” (berisi koleksi cerita-cerita pendek karya Adora yang juga mengandungi tips dan panduan bagi mereka yang ingin menjadi penulis)
Hobby : Suka membaca 2-3 buku/hari 
Lebih suka nonton berita daripada menonton filem Kartun.
Kemahiran :Boleh membaca antara 80-112 kata per minit.
Memiliki laman web peribadi : www.adorasvitak.com


Diwawancara oleh stesen televisyen


Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Bakam



Sumber:
Utusan Borneo
Posted on December 1, 2011, Thursday





MIRI: Seorang guru ditemani ibu dan kakaknya maut dalam nahas jalan raya di jalan pesisir pantai Bakam dalam kemalangan pada jam 7 malam tadi.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan balik ke Niah dari Miri setelah menjemput ibu dan kakaknya dari Lapangan Terbang Miri selepas tiba dari Pulau Pinang.
Mangsa dikenali, Logman Hashim, 25, Zabarulah Ahmad, 58, dan Hanim Yusof, 30, terbunuh di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, kereta Kancil yang dinaiki mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Toyota Hilux dari arah bertentangan.
Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.



Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...