Jumaat, 1 Julai 2011

Kalau bukan Kita, siapa? Puisi yang dideklamasi untuk sambutan Hari Guru Daerah Gombak 2011




Kalau Bukan kita, siapa?

Setiap kali tibanya
16 haribulan Mei,  tarikh keramat
Tarikh hangat untuk membakar semangat
Setiap guru, setiap cikgu dan juga sifu…

Kita ulangi ikrar janji
Kita laungkan kembali
Lagu diri kita
Simfoni perjuangan kita
Agar
Kita tidak lupa
Siapa kita
Apa agenda kita

Cikgu,
Perjuangan kita,
Semakin sengit,
Kian lama, kian pahit
Ancaman tak mengenal siapa
Di alam nyata juga di alam siber

Dirobeknya minda
Dicemarinya jiwa
Diracuni naluri perpaduan
Hati suci, anak anak didik kita


Cikgu
Di bahu kita terpikulnya tugas
Murid kita ajar, dalam kelas
Langsung tak mau, ada yang terkandas


Cikgu,
Mengajarlah dengan ikhlas
Tanpa mengharapkan balas

Cikgu,
Di Hati kita tersulamnya hasrat
Murid dipimpin, agar mereka tidak terjerat
Dek ilusi dakyah sesat
Oleh anasir anasir keparat
Yang mahukan kita hidup melarat
Merempat…

Di jiwa kita, tertanam perjuangan
Menentang kejahilan
Menegakkan kebenaran
Menyinari laluan
Dan  membenamkan kegelapan

Cikgu,
Kalau bukan kita, siapa?
Yang akan menyedarkan anak anak didik kita
Tentang Negara
Tantang warisan bangsa
Tentang keagungan nusa
Tentang kemuliaan bertoleransi antara pelbagai kaum bangsa
Tentang kesinambungan merdeka
Yang tidak ternilai harga

Cikgu,
Kalau bukan kita, siapa?
Yang akan terus membaja
Benih benih perkasa
Dari diancam petualang durjana
Agar benih terus merendang di bumi pusaka

Cikgu,
Kalau bukan kita, siapa?
Yang akan menenun hamparan segar
Mekar hijau untuk kita bentang dan hampar
Di setiap inci tanah air ini
Mengalih gersang dan kontang
Dan kita akan mampu bersenang senang


Cikgu,
Kalau bukan kita, siapa?
Untuk menjana transformasi
Menjadikan harapan kepada realiti
Yang akan mendidik …. membela
Benih perkasa mendewasakan diri
Hingga layak mewarisi
Bumi betuah ini
Dan kemerdekaannya sekali

Moga moga
Suatu hari, suatu ketika
Kita akan terus diingati
Oleh anak cucu generasi
Sebagai cikgu yang membentuk jati diri

Moga moga
suatu detik, suatu masa
nesan pusara kita kelak tidak dicemari
dengan cemuhan
oleh anak cucu generasi
sebagai cikgu yang lalai berfungsi


Nukilan
Norlilah Binti Ismail.

Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011




Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak.
Acara ini akan disiarkan secara langsung di RTM (Selamat Pagi Malaysia) , TV3 (Buletin Pagi) dan Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.
Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini.
Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...