Sabtu, 27 Ogos 2011

Manisnya syawal ini....


NORLILAH ISMAIL


syawal setahun lepas
kita bermaafan
Setahun bukannya lama
setahun~ berlalu tak terasa
setahun~ telah merakam bebagai gelagat
setahun~ kita kadang kadang baik kadang kadang jahat
setahun~ ada ceria, ada muram,

kini,
syawal datang lagi
ia kembali untuk kita penuhi
dengan keikhlasan, mohon diampuni
juga keikhlasan hati kemaafan diberi
kerana
siapa yang tak pernah buat silap
siapa yang tak lupa mengulangi salah..
mana ada yang tak lepas mengumpat
mana ada yang terbabas mengata
mungkin juga yang tersilap sangka
mungkin juga yang lupa nak menyapa
dan ada yang marah dalam diam
ada yang membenci dalam samaran

apa gunanya syawal
kalau hati tak lepas berdendam
semarakkan cahaya syawal
hingga menebusi ego diri
mencairkan keangkuhan hati
untuk mengakui kesilapan
juga menghulurkan memaafkan

maniskan syawal ini
tiada dosa tertanggung lagi
mungkin ini syawal terakhir dalam hidup ini
sudah tiada kita dalam syawal setahun lagi
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

nukilan
Norlilah Ismail



Syarat baharu SBP murid miskin, luar bandar







KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran menggubal syarat baharu kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, syarat baharu itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Terkejut kemeriahan rai Aidilfitri




Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
















BAGI mahasiswa antarabangsa, peluang berpuasa dan beraya di Malaysia pasti memberi pengalaman baru, namun masih tetap tidak dapat melahirkan kesedihan kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Bagi tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sambutan Ramadan dan hari raya tahun ini pastinya akan meninggalkan pengalaman berbeza.



Bagi Adam Bensaid, 17, ini kali kedua dia berpuasa dan berhari raya di negara ini, namun masih dihantui masalah besar kerana cuaca di Malaysia agak panas.

Menurut mahasiswa sains politik ini, di negara kelahirannya, Kanada, Ramadan jatuh pada musim sejuk, justeru tidak mendatangkan masalah.



“Sudah dua kali saya berpuasa, namun masih gagal mengatasi masalah ini dan ia sungguh mencabar.



“Di Kanada, musim sejuk kira-kira lapan bulan setahun manakala Ramadan sentiasa jatuh pada musim itu, jadi tidak timbul masalah dahaga.

“Selalunya, semangat menjadi semakin luntur apabila tengah hari, namun sokongan rakan-rakan amat membantu. Mereka selalu berpesan, itulah dugaan dan mesti bersabar” katanya.

Berkongsi pengalaman berpuasa kali pertama, dia berkata sungguh terkejut apabila bersahur dan berbuka dengan pelbagai juadah hingga tidak tahu memilih sedangkan di kampungnya di Alberta, juadah disediakan hanyalah roti, daging, tenusu serta buah-buahan.

“Pertama kali melihat pelbagai juadah itu, saya terkejut dan buntu untuk memilih, malah air juga ada pelbagai perisa yang tidak pernah saya rasa.

“Memang sukar menahan nafsu waktu itu, semuanya mahu dicuba. Keseronokan itu menyebabkan saya lupa kepenatan berpuasa dan rasa rindu pada masakan di tanah air.

“Bagaimanapun, kini tahun dua di sini, saya boleh menahan selera untuk memakan makanan digemari, namun sate tetap menjadi pilihan utama,” katanya.

Sambutan raya pula, katanya, disambut sederhana kerana komuniti Islam di tempatnya adalah golongan minoriti, namun semangat berhari raya dan menjalin silaturahim tetap utuh. 

Menurutnya, mereka tidak ada pakaian tradisi seperti masyarakat negara ini manakala makanan paling istimewa ialah daging bakar yang dimakan bersama sup dan roti. Kunju-ngan ke rumah rakan keluarga dilakukan di hari raya kedua.

“Paling penting kami mesti bersembahyang raya beramai-ramai di sebuah padang yang dikhaskan bagi tujuan itu. Bukan tidak ada masjid, namun ruangannya sangat kecil.

“Selepas itu, kami akan berkumpul bersama keluarga untuk makan bersama. Hari raya pertama adalah untuk keluarga dan pada waktu malam, akan bermain bunga api.

“Menziarahi antara satu sama lain hanya akan dilakukan pada hari kedua. Sebab itu saya sangat hairan apabila masyarakat di negara ini melakukannya selama sebulan.

“Sambutan hari raya akan berakhir pada hari ketiga. Sebagai kaum minoriti, kemeriahan itu hanya akan terasa jika kami menyambutnya secara berkelompok. Masyarakat di negara ini sangat bertuah kerana mereka mampu menyambutnya dengan meriah dan gembira tanpa halangan,” katanya.

Jika cuaca menjadi masalah besar bagi Adam, rakannya, Mubeenah Sanni, 18, yang berasal dari Nigeria menganggapnya tiada masalah kerana cuaca di negaranya lebih panas.

Bagaimanapun, mahasiswa jurusan psikologi ini mengakui terkejut melihat kemeriahan masyarakat di negara ini sewaktu menunaikan solat Tarawih dan menganggapnya istimewa.

“Di negara saya, kami hanya bersolat bersama keluarga kerana masjid tidak mempunyai tempat khusus untuk golongan wanita. Berbeza di sini, kami mendapat kemudahan selesa dan tanpa diskriminasi.

“Kami seumpama keluarga besar yang tidak mengira darjat dan warna kulit. Saya sangat selesa dan gembira meskipun hanya melakukannya bersama rakan-rakan,” katanya.

Ini kali pertama dia yang berasal dari wilayah Ibadan berpuasa dan menyambut hari raya, sekali gus menganggapnya sebagai pengalaman baru cukup berharga.

Menurutnya, meskipun sedih berjauhan dengan keluarga, dia gembira mempelajari sesuatu yang baru selain bertemu rakan dari seluruh dunia.

“Pengalaman berbuka puasa bersama-sama sangat menyeronokkan kerana kami boleh memilih juadah diingini dan harganya murah. Tapi di negara saya, semuanya mahal dan tidak ramai berpuasa meskipun beragama Islam.

“Di sini, makanannya manis, pedas dan enak menyebabkan saya sukar menerimanya pada peringkat awal. Di Ibadan, kami hanya menyediakan juadah ringkas seperti roti yang menjadi antara makanan utama.

“Sedih keluarga tiada di sisi, tapi ramai rakan memujuk dan mengatakan saya perlu merasai pengalaman manis menyambut raya di sini,” katanya.

Manakala Muna Fatimah Moiz, 26, ini kali keenam di berpuasa di sini sejak melan
jutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Berasal dari Sri Lanka, dia yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana, berkata keseronokan berhari raya bersama rakan serta keluarga angkat menyebabkannya tidak rindukan keluarga.

“Saya berpendapat, selagi ada peluang, kita perlu bijak menggunakannya. Berpuasa dan berhari raya di tempat baru juga boleh memperluaskan lagi pandangan mengenai cara hidup dan budaya masyarakat lain.

“Saya gembira menyambutnya di sini kerana di tempat saya ia tidak meriah. Cuma saya rindukan masakan ibu dan rakan sebaya manakala makanan pula boleh didapati di sini seperti putu mayam, masala juga nasi beriani.

“Pada masa sama selesa memakai baju kurung atau kebaya. Pada tahun ini, saya akan ke Kedah untuk meraikannya bersama keluarga rakan dan berharap dapat merasai pengalaman menyambut raya dalam suasana kampung pula,” katanya.




Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...