Sabtu, 14 Mei 2011

MEMOIR SEORANG GURU
Karya Azizi Hj Abdullah
 
'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.

Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.
Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Peranan Dan Tanggungjawab Pejabat Pelajaran Daerah di Malaysia

Oleh:

MD RASUL BIN HARON



Gambar Hiasan- PPD Gombak


l  Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
l  Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.
l  Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.
l  Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.
l  Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
l  Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.
l Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.
l  Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.
l  Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.
l  Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.
l  Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.
l  Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah.
l  Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.
l  Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di peringkat daerah pelajaran.
l  Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.
        l  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.

Objektif Sambutan Hari Guru Malaysia

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Pengorbanan seorang guru amat besar nilainya, teruskan mendidik anak bangsa, jangan pernah jemu, kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden ini, sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi, moga guru-guru semua terus sukses membimbing anak bangsa.
Moga Tema Hari Guru tahun 2011 ini dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu ”Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”
Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik khususnya warga pendidik di Gombak, Selangor. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan apa yang kita impikan untuk anak-anak bangsa.

Maju Pendidikan Majulah Negara

MD RASUL BIN HARON

Kenapa 16 Mei dipilih Hari Guru?

Oleh:
MD RASUL BIN HARON



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Patah tulang rusuk kena belasah senior

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2011/05/14


  SUFFI SHUKAIRI   menunjukkan   tulang rusuknya yang patah selepas ditendang   pelajar senior di asrama sebuah sekolah menengah di  Kuala Lipis, kelmarin.
Suffi Shukairi

   
KUALA LIPIS: Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah sehingga patah tulang rusuk oleh sekumpulan pelajar senior yang menuduhnya kurang ajar dalam satu kejadian buli di asrama sebuah sekolah menengah, di sini, pagi kelmarin.
Mangsa turut diugut akan dibelasah lebih teruk jika tidak mengikut arahan sebelum dibenarkan pulang ke bilik asrama dalam keadaan menahan sakit.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, Suffi Shukairi Abdul Hakim, 15, mendakwa ditampar, dada dan perut ditendang selain badannya dipijak walaupun merayu meminta belas ihsan tetapi tidak dihiraukan enam pelajar terbabit.

Malah, pelajar malang itu turut dipukul seorang daripada kumpulan pelajar senior berkenaan kira-kira jam 10.30 malam Selasa lalu, dan mengalami sakit dada akibat kejadian berkenaan.

Mangsa dari Tanjung Besar, Benta, di sini, mendakwa dipukul bertubi-tubi dan tidak seorang pun berani membantu kerana takut menjadi mangsa kerakusan pelajar senior berkenaan.

“Mereka tuduh saya ponteng. Saya tidak ponteng tetapi mendapat cuti sakit kerana sakit dada selepas ditampar dan dipukul mereka yang menuduh saya kurang ajar selepas saya berkata, ‘tak pe la nanti saya buang’ apabila disuruh membuang sampah malam Selasa lalu.
“Saya tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru kerana bimbang dan keesokannya saya dibawa ke Hospital Kuala Lipis oleh seorang guru selepas demam serta sakit dada dan diberi cuti sakit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau juga mendakwa, turut dipanggil seorang daripada pelajar senior supaya pergi ke bilik mereka kira-kira 12.45 pagi kelmarin (Khamis) dan disoal mengapa tidak hadir ke sekolah pada Rabu lalu.

“Saya memaklumkan cuti sakit namun mereka mempersoalkannya dengan berkata ‘banyak pula sakit kau’ dan turut mengungkit mengenai kejadian pada malam Selasa lalu dan berterusan menuduh saya kurang ajar,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Lipis kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...