Ketika ini terdapat 20 buah sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara. Sasaran Kementerian Pelajaran ialah 100 sekolah berprestasi tinggi pada 2012. SBT diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 23 Julai 2009. SBTt ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri, unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Dan berikut 20 sekolah berpestasi tinggi untuk tahun 2010. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua.
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2010-----------------------------------------------------------
- SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR
- SK BANDAR BARU UDA 2, JOHOR
- SM SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH
- SM SULTANAH ASMA, KEDAH
- SK ZAINAB 2, KELANTAN
- SM MUZAFFAR SYAH, MELAKA
- KOLEJ TUNKU KURSIAH, NEGERI SEMBILAN
- SEKOLAH DATUK ABDUL RAZAK, NEGERI SEMBILAN
- KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR, PERAK
- SK CONVENT KOTA, PERAK
- SMS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS
- SMK (P) ST GEORGE, PULAU PINANG
- SEKOLAH SERI PUTERI, SELANGOR
- KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR
- SMK (P) SRI AMAN, SELANGOR
- SMK AMINUDDIN BAKI, WP
- SK SERI BINTANG UTARA, WP
- SK TAMAN TUN DR ISMAIL 1, WP
- SK BUKIT DAMANSARA, WP
- SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA
SBT sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Sekolah yang tersenarai akan diberi automoni tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.
23 Buah Sekolah Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah di pedalaman bukti kemampuan capai taraf sekolah berprestasi tinggi. Yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, 55km dari Limbang. Pencapaian luar biasa S.K Ulu Lubai itu antara 23 sekolah dinobat SBT yang diumum Timbalan Perdana Menteri. Siapa sangka, sekolah yang serba sederhana dan jauh terpencil ini, mampu mengukir kejayaan luar biasa. Sejak 2006 pencapaiannya cemerlang dengan memperoleh kelulusan 100 peratus dalam UPSR.
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2011
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2011
-------------------------------------------
- Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;
- Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak;
- Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur;
- Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur;
- Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan
- Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
- Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak
- SK Convent Muar, Johor
- SK Seri Biram, Pahang
- SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
- SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
- SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
- SK Sultan Ismail, Terengganu
- SK Jalan Tiga, Selangor
- SJKC Perempuan Cina Pulau Pinang
- SJKC Lick Hung, Selangor
Sebagai ganjaran, semua sekolah itu antara lain menerima wang tunai 700 ribu ringgit untuk menjalankan aktiviti sekolah. Setiap tenaga kerja pula diberi wang tunai antara 700 hingga satu ribu ringgit. Tahun lalu 20 sekolah dipilih sebagai SBT dan Kementerian Pelajaran mensasarkan untuk mengiktiraf 100 sekolah menjelang 2012.