Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.
1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.
3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.