Dalam menjalani kehidupan ini, adakalanya kita dilanda badai kehidupan. Kita ambil pelajaran daripada seekor helang.
Helang mampu terbang tinggi dengan melewati angin yang kencang dan badai menerpanya. Helang akan terbang ke tempat yang tinggi dan menunggu angin dan badai sambil membuka lebar-lebar sayapnya. Ketika badai datang, maka angin akan mengambil dan mengangkat tubuh helang ke atas badai. Sementara badai mengamuk di bawah, helang ini melonjak di atasnya.
Helang tidak dipukul badai. Ini adalah cara sederhana untuk memanfaatkan badai untuk mengangkat tubuhnya lebih tinggi. Helang terbang tinggi bersama angin yang membawa badai.
Ketika badai kehidupan datang kepada kita dan kita semua akan mengalami seperti yang helang alami . Kita dapat naik di masalah dengan menetapkan minda kita dan keyakinan kita bahawa kita akan menyelesaikan masalah itu. Badai tidak harus kita atasi. Tetapi kita punya alternatif untuk memanfaatkan masalah untuk meningkatkan kualiti kita.
Masalah bukanlah beban yang memberatkan kehidupan kita, namun ini adalah pelajaran dan pendidikan daripada Allah SWT. Ini adalah cara untuk menaikkan kualiti kita dan pelajaran bagaimana menangani masalah dengan berbekalkan keyakinan dan kemantapan hati. Bukan dengan menjelmakan rasa putus asa dan takut.
Ketika masalah itu datang, lebarkan hati dan katakan, selamat datang masalah.