Selasa, 29 November 2011

Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan



Sumber:
NUTP Online


Makluman untuk Semua Ahli NUTP dan Guru-Guru Seluruh Malaysia

1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.

Haram abaikan pendidikan anak





Pembaca yang dirahmati Allah SWT. 

Diam tak diam, kita telah menghampiri Tahun 2012. Sudah tentu ibu bapa yang cakna dengan pendidikan anak-anak sudah mula shopping keperluan sekolah. Apatah lagi Tahun 2011, anak pertama mula menjejakkan kaki ke sekolah. Indah betul pengalaman tersebut. Menghantar pada hari pertama dan kadang-kadang berjangkit kepada 2 atau 3 hari terpaksa menunggu anak di sekolah. 

Dunia kanak-kanak ini pada dasarnya adalah tempoh yang menggembirakan untuk hidup bersuka ria, berkawan dan menikmati keseronokan. Pada masa yang sama menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk memberi pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya.

Menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi adalah haram mengabaikan pendidikan anak tanpa sebab yang dibenarkan. Namun begitu, anak boleh menolong ibu bapa mereka bekerja. Begitu juga yang miskin dan tidak mampu memenuhi keperluan asas, maka Islam mengharuskan anak-anak bekerja tapi dengan syarat, pekerjaan itu sesuai dengan keupayaan mereka.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...