Rabu, 21 Disember 2011

Bayi perempuan ditemui dalam tong sampah



Sumber:
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2011/12/21/bayi-perempuan-ditemui-dalam-tong-sampah/


Ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini.
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui dalam tong sampah di sebuah tandas stesen minyak di Jalan Astana, di sini.
Bayi itu ditemui pada kira-kira jam 5,30 petang oleh wanita berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, ketika dia berhenti di situ dan terdengar tangisan bayi dari dalam tong sampah di situ.
Dia segera memaklumkan kakitangan stesen tentang penemuan mengejutkan itu dan meminta mereka mengambil bayi itu dari dalam tong sebelum menghubungi polis.

Menurut salah seorang daripada kakitangan stesen berkenaan, bayi itu tidak mempunyai tali pusat dan telah dibersihkan sebelum dibuang dalam keadaan telanjang.
Sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.



Difahamkan bahawa polis akan memeriksa rekod kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi malang itu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi, mengesahkan penemuan itu sambil menyatakan bahawa bayi berkenaan telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan bagi menentukan tahap kesihatan dan umurnya.


JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012


Sumber:
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
Bilangan 6, Tahun 2011


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah SWT.





Berikut Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012:





BULAN              TARIKH        HARI             CATATAN

JANUARI           16.01.2012      ISNIN             (Tahun Baru Cina 23&24.01.2012)

FEBRUARI         23.02.2012      KHAMIS

MAC                   22.03.2012      KHAMIS

APRIL                 25.04.2012      RABU

MEI                     23.05.2012      RABU             (Pesta Menuai 30&31.05.2012)

JUN                     25.06.2012      ISNIN             (Pesta Gawai 01&02.06.2012)

JULAI                  25.07.2012     RABU

OGOS                 13.08.2012     ISNIN              (Hari Raya Puasa 19&20.08.2012)

SEPTEMBER      25.09.2012     SELASA

OKTOBER          22.10.2012     ISNIN              (Hari Raya Haji 26.10.2012)

NOVEMBER       06.11.2012    SELASA          (Deepavali 13.11.2012)

DISEMBER         18.12.2012     SELASA          (Hari Krismas 25.12.2012)






Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...