Selasa, 20 Disember 2011

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)


Sumber:
e-Fatwa(Portal Rasmi Fatwa Malaysia)
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dan-berubat-dengan-cicak-gekko-geckko-tokay



Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalahdiharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf


Sumber:
http://www.malaysiakini.com/news/184513






Tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.
Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.
Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menuntut permohonan maaf dibuat.

Ari Software 


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...