Sabtu, 15 Januari 2011

Bolehkah aku terus di situ~4


Oleh:
Norlilah bt Ismail
Hati ini menyegar ibarat pohon bunga yang layu disiram air!!! Terasa udara lancar, melepasi lubang hidung ku yang berhingus tersumbat kerana menangis ....selama dua hari, hari hari yang paling gelap dalam hidup ini!!! Syukur pada Mu Ya Allah...syukur syukur sangat sangat. Dan tiba tiba Umi bersuara...kenapa dengan kau ni? Kusut masai..dah dua hari kita orang call ..tak dapat? Umi call si Ejah (adik sepupu ku) dia kata dia out station...tak tau apa jadi dengan engkau!! Aku jawab bebelan Umi dengan senyuman sambil mata ku mencari sepasang mata yang ku rindui….dan ouhhhh…dah kutemui, pandangan mata yang tenang dan sungguh menyenangkan…milik dia dan dia memandang tepat ke mataku, terasa gementar ibarat ada arus elektrik yang mengalir deras ke jantung hati qalbu ku….. sesungguhnya aku mengaku …. sememangnya aku sayang dia!!!! Tak mampu nak tipu lagi………..  Dan aku menundukkan mata ku, kerana lagi lama kami berpandangan…… takut aku tak mampu mengawal diri!! Sambil tersenyum sendirian aku terpandang tangannya, jari jarinya .. lalu terimbas kembali, betapa dia sering kali mengeletek tapak kaki ku dengan jari jari nakal nya itu….ouuhhh betapa indahnya saat itu…dan memori indah itu mungkin sekali akan kembali pada ku, dan kali ini aku akan pastikan ia akan berpanjangan selama lamanya. Kali ini aku akan melayan  dia sebaik mungkin, aku akan sentiasa menemaninya, ke mana saja…bila bila saja. Dan hati terasa ringan dan ceria macam  di kelilingi rerama yang berterbangan, indah….

Keseronokan aku bertambah kerana Umi membawa Mee bandung kegemaran ku…hmmm double joy!! Lalu aku pun …apa lagi, melantaklah Mee Bandung Umi, hehehe maklumlah dah dua hari tak makan…dan dia pun makan bersama, dan kami sama sama menyuap ke mulut Manja dan Aliff….silih berganti!!! Bahagia……………. Aku mengusap kepala Manja yang manis bertudung pink;  cantiknya anak mama,….sape yang belikan tudung ni?  Manja mendongak memandang ke arahku, sambil tersenyum bangga dengan pujian ku itu…Ibu kasi…haaa???? Ibu?? Sape Ibu???  ….aku jadi bingung. Mama, tadi kita orang pergi rumah Ibu..ada kenduri. Ibu bagi tudung ni…….. eheh apa ni?? Kenduri?? Lalu aku teringat, hari ini adalah hari pertunangan dia, ……ohhhh tidakkkkk????Apa sebenarnya yang berlaku??? Some body helpppppppp………………………!!!! Dan mood pun otomatik berubah. Berdebar, cemas, gabrahhhhh…

Dan akhirnya,…dia bersuara,….tenang, tapi agak tersekat sekat. Kenduri kecik jer…katanya diikuti suara gelak pendek!!! Majlis orang tua,..tak payah ramai ramai…setakat itu sahaja yang  terlarat aku dengari,..macam ada karung guni tebal yang mengurung diri ku, hingga aku rasa lemas, mual dan pening. Ya Allah…..tolonglah beri kekuatan pada ku, tolonglah Ya Rabb,.. tadi kau telah memberi aku sinar  yang menyeri…tapi sekarang sinar itu telah pun berubah menjadi gerhana yang menggelapkan seluruh panorama hidup ku ini. Ohhh….tak pernah terfikir dalam benak fikiran ku…betapa.. beratnya hukuman Allah pada isteri yang curang seperti aku!!! Ingin sekali aku menjerit tika itu,…Wahai!! isteri isteri di luar sana……..janganlah kamu mencurangi suami yang baik!!!!!....kerana hukumannya sangat berattttt………… Aduuuhhhhh!!! Pedih hati ini, bak di tikam dengan  pisau  belati…..

Maka  confirmlah dia bertunang dengan janda tu,…aku tiba tiba rasa terasing, sangat sangat terasing. Tapi aku masih memeluk Manja,...dan dengan tenang dia meneruskan bicara…..tak terdaya aku memandang ke arah mata matanya,..hanya telinga sahaja yang mampu menadah mendengar… Kami tak berhasrat bertunang lama lama, dan pertunangan ini pun bersyarat. Selepas pertemuan dengan awak hari tu… ada syarat yang dikenakan…saya call awak, tapi tak dapat. Saya risau, saya minta Umi call, pun tak dapat,…dan saya hantar e mail pun awak tak jawab..!!! Saya disyaratkan membawa awak dan Umi ke majlis pertunangan itu, sebagai tanda ukhwah katanya; dan sebenarnya saya memang nak ke rumah Umi untuk menjemput Aliff… …senyap setakat itu. Jantung hati ku berdegup kencang, dan masih aku ingat degupan yang serupa aku alami semasa di mahkamah, tika kami dipanggil untuk melafaz talak….huhuhu airmata ku memang setia menemani ku… datang tepat pada waktu aku memerlukannya… Saya minta maaf….saya tak berniat nak buat awak sedih…..itulah kata kata yang keluar dari mulutnya dan aku mengangguk …. tanda aku faham; yakin bahawa dia memang tak berniat untuk mengguris perasaan aku………

Sunyi. Hanya suara pelakon sinetron di TV sahaja yang kedengaran dan suara gelak ketawa aliff dan manja sahaja yang kedengaran kerana rasa lucu menonton gelagat pelakon dari seberang tu …… dan Umi menghulurkan sesuatu pada ku…dalam kesamaran mata ku yang dipenuhi dengan air mata,..aku menyambut nya tanpa berfikir panjang…dan suara dia sekali lagi kedengaran….itu surat yang diamanahkan pada kami untuk sampaikan pada awak. Awak tenang ya… Haaa???? Ada surat plak??? Ohhhhhh….Ya Allah, perlukah aku melalui semua ini??

Ibarat seorang murid yang patuh pada arahan gurunya, aku pun membuka surat itu……menggeletar tangan ku.. berbalam balam pandangan mata,..tapi aku kuatkan semangat, aku kawal diri… membaca isi kandungan surat tunang bekas suami ku…huuhuuuu dalam hati ku membentak hebatlah kau janda..kau Berjaya merampas tempat ku…………………… aarrgghhhh!! Baca isi sudahhhh… dan di antara ayat ayatnya…   

                ……..Saya dapat rasakan awak masih sayangkan abang, dan awak mengharapkan

            untuk diterima kembali. Sebenarnya, saya selamanya  dah mengenali abang kerana

             kami pernah berjiran masa kecil dahulu,…dan saya tau dia memang lelaki yang baik.

             Saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang ditemukan dengan abang, kerana saya

             yakin hanya abang dapat  mengembalikan sesuatu yang telah ‘hilang’ pada saya dan

              anak saya. Dan saya meletakkan syarat pada abang untuk merujuk kembali pada awak

              sebelum kami bernikah….agar awak dan abang tidak terpisah,…saya redha!!

              Saya sangat faham bagaimana rasanya kehilangan suami…kerana saya telah alami.

              Sudilah kita berkongsi kasih……………………………

Ya Allah!!!!!......setakat itu sahaja yang boleh ku baca…..dan aku memandang ke arah Umi, mengharapkan bantuannya,…merayu sokongannya..tetapi Umi terus menundukkan pandangannya sambil mengesat air matanya,..dan aku terbiar terkapai kapai bak anak burung yang baru belajar terbang,… terpulanglah pada ku sekarang, kalau aku terus mengepak sayap..selamat jika aku berhenti mengepak..alamatnya, terhempas ke bumilah jawabnya!!!Umi..tolonggggggggggggg…sayap ku lemah.. tak berdaya. Berkecamuk fikiran ku ….. doaku termakbul untuk terus berada di situ, tetapi bukan ini pilihan ku, bukan bukan bukan!!! dan terlintas di fikiranku, patutkah aku berada di situ?..

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...