Sumber:
Utusan Borneo
16/3/2012
Utusan Borneo
16/3/2012
Gambar Hiasan |
MIRI: Seorang kakak terkejut terlihat adiknya diperkosa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bekas ipar dalam kejadian awal pagi semalam. Kejadian disedari sekitar jam 5.30 pagi ketika kakak mangsa balik semula ke bilik sewanya untuk mengambil barang yang tertinggal.
Setelah sampai di bilik berkenaan, dia terkejut melihat adiknya yang seperti tidak sedarkan diri sedang diperkosa oleh suspek yang merupakan bekas suami kakak mangsa.Mangsa yang berusia 14 tahun, dipercayai dipukul sehingga pengsan atau terminum minuman yang mengandungi bahan memabukkan sebelum diperkosa oleh suspek. Mangsa menetap bersama kakaknya di sebuah bilik sewa di pusat bandar raya.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an, dikatakan sering melawat bekas keluarga isterinya termasuk mangsa dan sering cuba mencuri peluang untuk bersendirian dengan mangsa.Suspek didakwa pernah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa pada pertengahan tahun lalu. Kes telah dilaporkan di Balai Polis Miri pada pagi semalam dan polis masih menjejaki suspek berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan sebatan.