Rabu, 22 Disember 2010

Cerita Budak Pengemis



















Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Dipetik daripada Buku Pelan Pengajaran Hak Asasi Manusia Untuk Sekolah-Sekolah Asia Tenggara, halaman 96.

Santi berbadan kecil bagi kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia kelihatan tidak begitu sihat dan selekeh. Kulitnya melepuh dan berpenyakit. Katanya bapanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Ibunya menyara tujuh orang adik beradiknya sendirian dan mendapat rezeki dengan menjual rokok di pasar. Kini kakak-kakaknya telah bekerja di wilayah lain. Santi tidak dapat mengenal pasti asal-usulnya kerana dia masih terlalu kecil semasa meninggalkan rumah.
Kata Santi dia datang ke bandaraya dengan seorang 'nenek', orang yang kelihatannya tidak ada tali persaudaraan langsung dengannnya. Menurutnya, seorang lelaki berkereta mengambil mereka di kampung dan membawa mereka terus ke bandar.
'Neneknya' memaksa Santi meminta sedekah dari subuh hingga tengah malam. Dia telah dibawa ke merata tempat untuk meminta sedekah oleh mereka yang tidak dikenalinya. Dia terpaksa mendapat jumlah wang yang tertentu setiap hari, jika tidak dia akan dipukul oleh 'neneknya'. Kata Santi, 'neneknya' menghabiskan semua wang tersebut dengan berjudi.
"Saya benci padanya kerana dia selalu memukul saya. Kadang-kadang saya cuba menyembunyikan duit syiling dalam baju saya, tapi dia menjumpainya dan mendera saya dengan teruk. Saya mahu lari daripadanya tapi saya tak tahu ke mana hendak pergi. Saya nak balik ke rumah untuk tinggal dengan keluarga saya, tapi saya tak tahu bagaimana," kata Santi.
Santi pernah ditangkap bersama-sama 'neneknya' dan ditahan di balai polis selama sepuluh hari. Mereka dihantar pulang ke kampung mereka. Namun, tidak lama kemudian 'neneknya' membawanya balik ke bandar dan perkara yang sama berulang.
Situasi Santi
1.    Dipaksa meminta sedekah
2.    Didera secara fizikal
3.    Keadaan fizikal yang teruk
4.    Terdedah kepada matahari sepanjang masa
5.    Tidak pergi ke sekolah
Keperluan Asas yang Tidak Diperoleh oleh Santi
1.    Peluang untuk bermain atau menghabiskan masa dengan cara berguna atau kreatif
2.    Keselamatan fizikal
3.    Pemakanan, sokongan perubatan yang cukup
4.    Perlindungan daripada unsur berbahaya seperti pancaran matahari atau gas ekzos kenderaan
5.    Pendidikan

Kesimpulannya, hakikat kemiskinan bagi kanak-kanak yang bekerja untuk manfaat keluarga atau dirinya tidak dapat dielakkan. Kanak-kanak tidak sepatutnya dieksploitasikan untuk maksud ekonomi. Bantuan mereka dalam aktiviti ekonomi keluarga mungkin diperlukan tetapi bukanlah sehingga meletakkan mereka dalam situasi yang membahayakan mereka. Kanak-kanak mempunyai hak mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan fizikal dan riadah atau bermain. Penulis menggesa sokongan ibu bapa, penjaga sah, institusi, kerajaan mahupun masyarakat antarabangsa dalam menyelesaikan isu yang sukar ini.

3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Untuk Tahun 2011

Artikel oleh:

iMotivasi

Tahun 2010 tinggal 2 minggu saja lagi. Pada saat ni, pasti Anda sedang memikirkan azam baru, atau mungkin merancang mahu meneruskan azam lama.


Apa azam tahun 2011?

Untuk itu, berikut adalah 3 langkah asas bagaimana meletak azam tahun 2011.
1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.
Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama.  Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.

2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)
Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.


3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.
Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

Hak Kanak-Kanak Untuk Berehat dan Beriadah

Kanak-kanak perlu rehat dan tidur
yang cukup untuk mereka membesar
dan mempunyai tubuh dan minda yang sihat


oleh:
MD RASUL BIN HARON

Siapakah yang lebih sihat? Adakah kanak-kanak yang suka menonton televisyen dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang aktif lebih kuat daripada kanak-kanak yang bermain di luar rumah.
Rehat dan rekreasi adalah perlu untuk kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. Mereka akan stress jika sentiasa dipaksa belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam exams tetapi mereka tidak diberi peluang untuk berehat. Stress akan memberi kesan terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Kanak-kanak remaja seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperli berlari, melompat, memanjat pokok, berenang, berbasikal dan menunggang kuda untuk membina otot-otot dan stamina mereka.
Berdasarkan Perkara 31(1) dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak; Negara-negara Pihak mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk rekreasi yang sesuai dengan umur kanak-kanak itu dan menyertai secara bebas dalam kehidupan, kebudayaan dan kesenian.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...