Selasa, 8 Mac 2011

2 sebab kenapa anda tak gembira

Sumbangan Artikel:


Norlilah binti Ismail
Penolong Kanan HEM
SMK Selayang Bharu

Dalam tips motivasi kali ni, kami tampilkan 2 sebab kenapa Anda tak gembira. Sebabnya adalah…

1. Sebab Anda sering persoalkan HAK, bukan melebihkan PERANAN dan SUMBANGAN.

Anda mempersoalkan hak, maruah dan siapa Anda kerana Anda di api-apikan oleh rasa EGO. Setiap orang ada ego masing-masing cuma dalam jumlah berbeza-beza. Anda tak gembira sebab Anda tak mainkan peranan dalam komuniti Anda berada sekarang ni – di rumah, di pejabat, di sekolah, di tempat kerja, di kalangan kawan-kawan Anda.

2. Sebab Anda selalu ingat kesusahan di masa lalu.

Anda selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada Anda. Anda selalu bayangkan kesusahan di masa lalu. Anda selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati Anda. Anda tak pernah memberi ruang untuk hati Anda mensyukuri nyawa dan hidup Anda!

Untuk Anda jadi gembira dan merasa gembira, Be humble, bersederhana dan bantulah orang lain ikut kemampuan Anda. Orang lain ini adalah orang-orang di sekeliling Anda. Mulakan dari rumah atau di tempat Anda berada sekarang.

Cuba bantu mak Anda buat kerja-kerja rumah. Bantu dia sebab Anda ikhlas nak bantu. Just do it! Anda akan rasa gembira melihat orang lain gembira apatah lagi orang tu adalah ibu Anda. Contoh lain, jika Anda bekerja, relakan diri membantu kawan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu sebab nak buat apa yang perlu, bukan nak harap pujian. Lakukan ini selalu dan Anda rasa gembira apabila dia kata ‘thank you’.

Artikel Motivasi- Hati-Hati Apabila Mendengar Perbualan Negatif Sebab Ia Meracuni

Sumbangan Artikel:



Norlilah binti Ismail
Penolong Kanan HEM
SMK Selayang Bharu

Bila Anda berbual-bual dengan seseorang atau dengan sekumpulan orang, hati-hatilah sebab perbualan biasa boleh mencemarkan fikiran positif yang telah Anda cuba bina.

Ramai orang di sekeliling Anda takkan pernah tahu pekebendanya fikiran positif ni, mereka menganggap ia sesuatu yang tidak berguna, tidak menyumbang apa-apa (sebab itulah cuma ada sedikit saja orang berfikiran positif!).

Jika Anda mahu jadi orang berjaya, Anda MESTI merubah fikiran Anda menjadi fikiran positif.

Kenapa? Sebab fikiran positif membina kejayaan dan membuat Anda semakin dekat dengan kejayaan, fikiran positif akan Anda membuat Anda senang mencapai apa yang Anda inginkan.

Fikiran negatif memusnahkan kejayaan, fikiran negatif menghalang Anda daripada mengecapi kejayaan sebab fikiran negatif membuat Anda tidak dapat membuat apa-apa simply sebab Anda tidak yakin dengan diri Anda sendiri dek diselubungi kenegatifan. Anda tak nampak jalan untuk Anda berjaya dalam hidup.

Apabila ada orang mengajak Anda berbual, jangan memberi respon pada perbualan yang meceritakan perkara-perkara buruk, berita-berita buruk, situasi buruk.

Diamkan diri apabila perbualan yang Anda dengar mengarah kepada sikap buruk seseorang, kepada sifat buruknya, kesilapan-kesilapan buruk yang dilakukan oleh orang tu.

Hati-hati ya, jangan terperangkap.

Perangkap fikiran negatif ni ada di mana-mana!

Apabila Anda mendengar kata-kata buruk seperti umpatan, caci-maki, kemarahan atau sindiran, lafazkan istighfar di dalam hati banyak-banyak supaya Anda terhindar dari dijangkiti virus fikiran negatif juga untuk mengelak diri Anda dari terlibat sama dalam perbualan negatif yang Anda dengar itu.

Fikiran negatif sifatnya menggoda, membuat sesiapa saja suka bercakap hal-hal negatif sebab ia menyeronokkan, mengasyikkan. Tidak ramai di kalangan kita suka berbual hal-hal positif sebab bagi mereka segala yang positif tu tidak menyeronokkan dan membebankan fikiran.

Penawar untuk tenang dan senang

Oleh:



Norlilah Ismail













dalam tempoh itu
aku memerhati diri
kekadang peluang datang tanpa diundang
ku terima dengan  diulit rasa kesyukuran
hati rasa cemas dan terdesak
dengan termampu yang boleh ku buat
mahu memenuhi syarat

dan di hujung  malam
aku sujud memohon pada Mu Ya Rabb
berserah dan tawakal atas segala usaha
menghulur nya  pada Mu yang maha berkuasa


hamba kerdil mu ini
tunduk dengan ketentuan
tawaran jemputan pun dah amat menyenangkan
sebagai tanda Allah sayang
penguat iman
menerima apa sahaja keputusan
adalah yang terbaik dari Mu tuhan

Aku kini sedar...
Kaulah perancang sebenar
apa yang berlaku adalah iktibar
Aku kini sedar..
kini aku dapat penawar
untuk buat hati tenang
untuk buat jiwa senang
dengan mengaku kekerdilan
dan menerima segalanya dengan kesyukuran
mengaku diri adalah seorang  hamba penuh kehinaan
di sisi MU TUHAN!!!

nukilan
Norlilah Ismail

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...