Isnin, 24 Oktober 2011

Jaw locking burgers. At #WildBasil for RM10.90. #MilKADeal

Jaw locking burgers. At #WildBasil for RM10.90. #MilKADeal

NGO dakwa ada plot keluarkan 'agama' dari MyKad



malaysiakini.kini.com



Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman, mendakwa terdapat konspirasi pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti daripada MyKad sekarang.


Beliau yang dipetik akhbar Berita Harianhari ini,berkata perkara itu didalangi oleh pihak tertentu secara halus, terancang dan berterusan.

“Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.

“Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini,” katanya dipetik akhbar itu.

Abdullah juga dilaporkan berkata idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.  

Cukai RM1 juta: Sekolah tua Melaka mungkin dirampas


malaysiakini.com
Elissa Helmy
3:43PM Okt 24, 2011


Location
Jalan Parameswara, Melaka, Malaysia
Melaka75000Malaysia
Information
TypeMissionary school Public day school
Established1880
PrincipalMr. Lee Bun Chuan
Enrolment1400
CampusUrban






Apa sahaja akan dilakukan bagi membantu Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis (SFI), antara sekolah tertua di Melaka, menyelesaikan cukai tanah tertunggak dan penalti lebih RM1 juta, kata exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Datuk Gan Tian Loo berkata, perkara itu termasuk mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Pelajaran Negeri, seterusnya membatalkan notis arahan pembayaran."Saya telah dihubungi Pengetua sekolah Lee Bun Chuan dan Pengarah SFI Bro Ambrose Loke, meminta saya membantu menyelesaikan permasalahan ini."Saya akan pastikan sekolah hanya membayar RM1 sebagai pembayaran token manakala tunggakan itu dimansuhkan."Sekolah ini menyimpan banyak kenangan untuk saya dan saya akan berusaha menyelamatkannya," kata bekas pelajar sekolah itu ketika ditemui hari ini.Lee berkata, beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi membawa masalah ke mesyuarat exco akan datang.SFI kini berhadapan kemungkinan dirampas berikutan kegagalannya melunaskan cukai tertungguk semenjak tahun 1967 berjumlah RM200,000 dan penalti sebanyak RM976,000.Lee yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan berkata, kegagalan membayar cukai berkenaan mungkin disebabkan perubahan pengetua yang sering berlaku di sehingga menyebabkan isu berkenaan dilupai.Sekolah berkenaan dikatakan perlu membayar RM12,000 sebagai cukai tanah setiap tahun sebagaimana disyaratkan Kanun Tanah Negara 1965.Sebelum ini, kerajaan negeri mengusulkan cadangan untuk memindahkan sekolah terbabit ke Pulau Melaka berikutan kedudukannya di tengah-tengah kawasan warisan di Bandar Melaka.Bagaimanapun, cadangan itu dibatalkan berikutan bantahan bekas pelajar sekolah berkenaan, termasuk menerusi laman sosial Facebook.Sementara itu, Lee berkata, beliau difahamkan terdapat beberapa sekolah lain juga mempunyai cukai tanah yang tinggi, termasuk Sekolah Menengah Canossa, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Fong Satu dan SJK(C) Yu Sin, Kuala Linggi.

Kastam rampas barang seludup dengan cukai hampir setengah juta ringgit






KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai RM115,319.65 membabitkan cukai  RM456,296 dalam operasi khas bersepadu selama tiga hari bermula Jumaat lepas hingga semalam.
Timbalan Pengarah Kastam negeri Hamzah Sundang berkatam antara barangan yang dirampas ialah minuman keras, rokok dan telefon bimbit buatan China.
“Dalam operasi yang membabitkan anggota penguat kuasa dari seluruh Sabah ini, sebanyak 99 premis termasuk mini market, kedai runcit, restoran dan kedai kopi telah diperiksa dan hasilnya sebanyak 26 kes telah diperolehi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, rampasan terbesar ialah di daerah Tenom, bahagian pedalaman Sabah, yang menyaksikan seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun ditangkap dan 228 kotak minuman keras dan 40,850 bungkus rokok yang dimuatkan dalam sebuah lori dirampas.
Kesemua barangan itu bernilai RM114,398.24 (termasuk nilai lori) dengan jumlah cukai sebanyak RM420,214.74, katanya.
Hamzah juga berkata, jabatan kastam dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menjalankan operasi Pacak yang bertujuan menangani masalah penjualan rokok di kawasan kaki lima.
Setakat ini 10 orang ditahan dan 6,028 bungkus rokok bernilai RM12,684.02 dengan jumlah cukai RM58,532.74 dirampas dalam operasi yang bermula 6 Okt lepas dan akan berakhir 31 Okt ini, katanya. — Bernama


Pemikiran positif bantu penyembuhan


Utusan Borneo
by Sandy Mark Luna. Posted on October 24, 2011, Monday



CEGAH BARAH: Fatimah (lima kanan) menunjukkan isyarat ‘Kekuatan’ bersama kumpulan Sistem Sokongan Sosial pada Seminar Kesedaran Barah Payudara di Kuching, semalam.



Sistem sokongan sosial bantu pesakit barah payudara berpeluang tinggi untuk sembuh

KUCHING: Pesakit barah payudara yang menerima bantuan sistem sokongan sosial, selain bantuan perubatan memiliki peluang lebih tinggi untuk sembuh. Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, sistem sokongan itu membantu membentuk pemikiran yang positif yang dapat memberi kekuatan kepada pesakit.
“Pemikiran yang positif merupakan bahagian paling penting dalam proses penyembuhan kerana ia memberi kekuatan dan harapan ketika pesakit bertarung dengan barah.
“Sebab itulah kedua-dua bantuan perubatan dan sosial ini sama-sama penting kerana pembedahan, radioterapi atau kemoterapi sahaja tidak memadai untuk memastikan penyembuhan sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Seminar Kesedaran Barah Payudara di sini, semalam.
Beliau menjelaskan, pesakit akan berhadapan dengan perasaan sunyi, emosi dan tertekan dan untuk itu, bantuan itu akan membantu membina pemikiran yang positif.
“Perasaan itu boleh mengurangkan peluang untuk sembuh. Sebab itulah penting untuk pesakit untuk kekal positif dengan bantuan sokongan sosial semasa rawatan,” katanya.
Dalam pada itu, Fatimah memberitahu bahawa barah payudara paling banyak dihidapi oleh kaum Cina, diikuti oleh India dan seterusnya Melayu.
Katanya, wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
“Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina adalah 1 per 14, kaum India 1 per 15 dan kaum Melayu 1 per 24,” katanya.
Fatimah memberitahu, lebih separuh daripada jumlah wanita yang didiagnosis dengan barah itu berumur kurang daripada 50 tahun.
“Anggaran agensi antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa pada tahun 2000, terdapat 3,285 kes dilaporkan dan  1,707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.


Sarang tebuan ancam keselamatan orang ramai


Utusan Borneo





SRI AMAN: Orang ramai memohon pihak berkua­sa tempatan supaya segera memusnahkan sarang tebuan yang membuat sarang di se­batang pokok berhampiran Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman di sini.
Utusan Borneo yang mem­buat tinjauan selepas dimak­lumkan penemuan sarang itu mendapati terdapat dua sarang tebuan pada pokok terbabit.
Tebuan itu yang dikenali ‘gamang’ dalam bahasa Iban dikhuatiri boleh mengancam kepada kanak-kanak sekolah yang sering berjalan kaki menuju ke Sekolah Jenis Ke­bangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau bimbang kanak-kanak daripada SJK Chung Hua Simanggang akan mengganggu sarang ‘gamang’ itu yang boleh mengancam keselamatan orang ramai yang berhampiran sarang serangga berbisa itu.
Ujarnya, sengatan tebuan itu amat berbahaya sehingga boleh meragut nyawa mangsa yang alah kepada bisa serangga itu.
“Saya berharap pihak ber­wajib tampil bagi menghalau serangga ini,” katanya kepada Utusan Borneo, di sini, se­malam.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, belum ada mangsa diserang tebuan itu sejak ia membuat sarang pada pokok itu bulan lepas, ujarnya.

Remaja maut selepas motosikal rempuh kereta


Utusan Borneo
PARAH: Mangsa cedera parah di kepala selepas motosikal yang ditunggangnya
bertembung dengan kereta di Jalan Maigold, Desa Senadin Fasa 4, Miri, petang kelmarin.




MIRI: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merem­puh sebuah kereta di Jalan Maigold, Senadin Fasa 4 petang kelmarin.
Dalam kejadian seki­tar jam 6.45 petang itu, mangsa, Michael Ling­idai Mungkum, 21, yang menunggang motosikal bersendirian datang dari Tudan Desaras, keluar dari simpang di Taman Pe­rumahan Senadin namun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Wira Aeroback.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai me­kanik itu keluar dari ru­mahnya kira-kira jam 6.30 petang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas tanpa menggu­nakan topi keledar.
Rempuhan kuat menyebabkan mangsa melambung tinggi ke udara sebelum jatuh ke tengah jalan sementara motosikalnya terseret kira-kira tujuh meter dari tem­pat kejadian.
Pegawai Penyiasat Trafik Miri Rosmadi Ibrahim, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima pang­gilan kecemasan kira-kira jam 7.30 malam sebelum bergegas ke tempat ke­jadian.
Menurutnya, mangsa yang mengalami keceder­aan parah di kepala akibat hentakan kuat kemudian dikejarkan ke Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang semalam, lapan jam selepas ke­jadian.
Sementara pemandu kereta terbabit patah tan­gan kanannya.
Inspektor Rosmadi menambah, setakat ini pihaknya masih men­jalankan siasatan ber­hubung kejadian dan ber­harap orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan polis.


Bekalan beras negara cukup


BINTANGOR: Bekalan beras bagi negara ini pada masa kini masih mencukupi dan terkawal walaupun negara pembekal utama beras negara iaitu Thailand dilanda bencana banjir, kata Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Katanya, walaupun terdapat beberapa kesan sampingan daripada keadaan tersebut, orang ramai dan masyarakat diharap tidak melakukan pembelian secara panik terhadap bahan terbabit kerana sikap seperti ini boleh memburukkan lagi keadaan.
Beliau berkata, pihaknya telah memantau bekalan beras negara pada masa kini dan ia mencukupi bagi kegunaan rakyat di negara ini pada masa kini.
Katanya, rakyat tidak perlu bimbang terhadap keadaan tersebut kerana kerajaan mempunyai strategi yang tersendiri dalam mangatasinya dan apa yang penting sekali ialah kerjasama daripada pengguna (rakyat) amat diperlukan agar tidak melakukan pembelian secara panik.
Wan Ahmad Uzir turut menegaskan bahawa masalah tersebut dan masalah lain  yang berkaitan memang tidak dapat dielakkan daripada berlaku terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini.
“Kenaikan harga barang seperti makanan pada setiap hari di pasaran, mungkin tidak dapat dielakkan kerana kadar pertumbuhan penduduk telah meningkat dua kali ganda daripada pengeluaran bahan makanan.
“Namun begitu semua ini dapat kita atasi jika seseorang pengguna itu bijak dalam memainkan peranannya iaitu dengan menggunakan dan memanfaatkan hak mereka dengan betul,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Perintis Program Kepenggunaan di SK Abang Amin Bintangor, semalam.


Tambahnya, penguna yang bijak ialah pengguna yang tahu tentang perbelanjaan berhemat iaitu hanya membeli barang yang perlu dan sihat sahaja.


“Seperti isu kekurangan minyak makan pek plastik baru-baru ini, bukan kerana kekurangan bekalan tetapi ia disebabkan oleh sikap segelintir pihak yang membeli bahan terbabit dalam kuantiti yang besar bagi kegunaan sendiri.
“Sebenar minyak makan dalam pek plastik disediakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah, tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah para pengusaha restoran atau premis makanan yang besar turut mengguna produk berkenaan dan tidak menggunakan pakej yang telah disediakan khas buat mereka iaitu minyak makan dalam botol berkuantiti melebihi lima kilogram,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut menyeru kepada pihak-pihak terbabit agar menggunakan kemudahan yang telah disediakan kepada mereka dan memberi kerjasama kepada pihak yang tidak berkemampuan ini agar dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung.


Rabun bukan penghalang genggam segulung ijazah


Utusan Borneo

KOTA SAMARAHAN: Walaupun mengalami masalah rabun mata yang kronik, ia tidak mematahkan semangat seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menggenggam segulung ijazah.

Rebecca Dawi, 24, dari Kampung Rembus Kota Samarahan mengalami masalah rabun sejak berusia tiga tahun merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik dengan abangnya, Kukun Dawi, 25, turut mengalami nasib yang sama dengannya.
Masalah rabunnya semakin kronik ketika berusia 15 tahun semasa belajar di Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang.
Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang guru suatu hari nanti yang menjadi pemangkin kepada dirinya untuk terus belajar sehingga ke tahap ijazah sarjana muda di UNIMAS.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mengiringi saya ke kelas.
“Malah, mereka (rakan) meluangkan masa demi saya serta berkongsi ilmu, belajar bersama-sama dan membantu saya dalam membuat ulang kaji pelajaran,” katanya.
Namum, Rebecca enggan mendedahkan nama rakan-rakannya kerana tidak mahu sesiapa tersinggung jika nama mereka tidak disebut.
Rebecca merupakan pelajar Program Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif(FSGK) di UNIMAS.
Sementara itu, ibunya Rinya Dorong, 57, berharap anaknya itu akan mendapat pekerjaan.
“Saya amat gembira atas pencapaian anak saya tetapi saya tidak tahu apakah nasibnya selepas ini ekoran keadaan yang sebegitu, justeru saya berharap ada pihak memberi peluang kepada anak saya membantu untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan,” katanya dalam nada sebak kerana gembira dengan kejayaan anaknya itu.
Bapanya, Dawi Maban, 70, bekas pengawal keselamatan sektor swasta yang turut hadir pada majlis konvokesyen anaknya kini tidak lagi bekerja kerana faktor usia dan kesihatan.


Ambil kira beban guru


Utusan Borneo

by Sandy Mark Luna. Posted on October 24, 2011, Monday


Gambar Hiasan- Guru-Guru SMK Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor


KUCHING: Beban dan tanggungjawab yang dipikul guru di luar waktu persekolahan patut diambil kira sebelum meningkatkan jumlah jam golongan pendidik itu bekerja.
Ketika ditemui pemberita semalam, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah memberitahu profesion perguruan cenderung untuk disalah faham sebagai profesion ‘setengah hari’ kerana ramai yang tidak mengetahui kerjaya itu merangkumi aspek-aspek lain, selain mengajar di kelas.
“Orang ramai kadang-kadang melihat bahawa profesion perguruan hanya bekerja setengah hari dari Isnin hingga Jumaat.
“Tetapi sebenarnya terdapat aspek-aspek lain yang orang awam tidak nampak seperti penyediaan rancangan pelajaran harian dan mingguan, menandakan kertas peperiksaan dan menyelia aktiviti-aktiviti kokurikulum, “katanya selepas merasmikan Seminar Kesedaran Kanser Payudara di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menghendaki golongan pendidik itu untuk bekerja sembilan jam sehari.
Baru-baru ini, beberapa guru menyuarakan ketidaksetujuan mereka mengenai cadangan JPA yang mahu guru-guru bekerja sembilan jam sehari.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata cadangan itu seolah-olah mengatakan guru-guru di negara ini tidak bekerja cukup apabila kebanyakan, jika tidak semua, guru-guru telah bekerja lebih daripada 10 jam sehari.
Menurut Fatimah, guru juga dikehendaki untuk menghadiri seminar dan kursus-kursus dari semasa ke semasa.
Beliau yang juga bekas pengetua turut mengimbau kembali di mana beliau perlu menandakan kertas peperiksaan walaupun dalam cuti bersalin.
Katanya, cadangan untuk guru-guru bekerja sembilan jam sehari mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa rakyat telah mula membezakan faedah beban kerja dan kewangan di antara guru dan profesion lain dalam perkhidmatan awam.
“Dengan ganjaran yang diterima oleh guru baru-baru ini mungkin orang ramai mula membezakan dan mempersoalkan mengapa guru diberi faedah jika mereka hanya bekerja setengah hari,” katanya.
Fatimah seterusnya berkata, idea itu tidak dapat dilaksanakan kerana ruang yang sangat terhad di dalam bilik guru terutama di sekolah-sekolah bandar dan dua sesi.
“Guru malah berkongsi meja yang sama untuk sesi pagi dan petang.
Jadi ia tidak mudah untuk memaksa mereka tinggal di sekolah untuk melakukan kerja tambahan mereka. Itu keanehan dua sesi,” katanya.


Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar



Harakahdaily.net
Aslani M   
KOTA BHARU, 23 Okt: Saksi plaintif kes saman anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad memberitahu defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010 dia membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.
“Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Datuk Husam.
“Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.
“Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca wris saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Kes terebut dibicara di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.
Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.
Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.
Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.
Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.
Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu mahkamah sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.
Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbir kerajaan terjejas teruk.
”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya.
Husam berkata, berdasar kepada pencarian dibuat blog tersebut didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar, sedangkan nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan daerah mengundi merupakan milik Mohd Faisal.
Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan alamat yang sering berubah-rubah, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.
Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.
Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan.
Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.
Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Wartawan Karam Singh kini bergelar Datuk



Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar mendahului senarai penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (bawah, kanan)yang ke-81, hari ini.


Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).

Seramai 15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri", lima menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing membawa gelaran "Datuk".

Penerima SSAP ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd Datuk Mohamad Salleh Ismail; Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohamed Apandi Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulung.

Panglima Operasi Udara Left Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin; Pengarah Arctiquator (M) Sdn Bhd Datuk Sunny Ung Eng Huat; Pengarah Eksekutif Syarikat Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Datuk Ibrahim Mahmud; Pengarah Urusan IRDK Group Of Companies Datuk Dr Ramasamy a/l Muthusamy.

Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Prof Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Subahan Kamal; Datuk Chin Seak Huat dan Pengarah Kiara Jujur Sdn Bhd Tan Kooi Chew.

Lima penerima darjah SIMP ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia  Paul W Jones; Timbalan Panglima Tentera Darat Lef Jen Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin; Ahli Lembaga Disiplin UMNO Datuk Mohd Zihim Mohd Hassan; Pengerusi Dr Mohamed Mydin dan Rakan-Rakan Sdn Bhd Datuk Dr Mohamed Mydin Mohd Musa dan Prof Ulung Universiti Malaysia Profesor Dr Looi Lai Meng.

Antara penerima DSAP ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek; Anggota Dewan Undangan Negeri Tahan, Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Mazlan Mohamad; Pengarah Kesihatan Pahang Dr Nooraini Baba; Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Left Jen Datuk Pahlawan Abd Razak Md Yusoff; Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Panglima 8 Briged Mejar Jen Datuk Abdul Rahim Mohd Yusuff; Pakar Perunding Perubatan Kanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan  Datuk Dr Sapari Satwi; Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan peniaga Datuk Chan Ang Ngan.

Bagi darjah DIMP, antara penerima ialah Ketua Penolong Pengarah (Latihan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Paramasivam a/l Arunasalam; Ahli Dewan Negara Senator Muhammad Olian Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Haris Wong Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Huzir Mohamed dan penyanyi serta penggubah muzik Syed Mohd Sobri Syed Kechik.

Seramai 27 menerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang, 57 (Setia Mahkota Pahang), 69 (Ahli Ahmad Shah Pahang), 175 (Ahli Mahkota Pahang), 126 (Pingat Khidmat Cemerlang), dua (Pingat Gagah Perwira), 153 (Pingat Kelakuan Terpuji ), 264 (Pingat Jasa Kebaktian).

Pengamal media iaitu wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Rubiah Mohamed dianugerahkan AMP.

Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.

- Bernama

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...