Isnin, 24 Oktober 2011

JPJ tumpu kepada penunggang dan pembonceng motosikal




JASIN: Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan kumpulan sasar yang akan diberi tumpuan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata, ini berikutan jumlah kemalangan maut membabitkan golongan itu sentiasa meningkat.
“Kerajaan memandang serius dan memberi tumpuan kepada perkara ini, oleh itu JPJ bersama agensi lain akan turun padang serta membuat penguatkuasaan khususnya di kalangan penunggang dan pemboceng motosikal,” katanya.
Terdahulu beliau menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di sini, semalam.
Pada program itu, seramai 324 peserta SKSJ yang berumur 45 tahun ke atas dari pelbagai kaum berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan (P) bagi Kelas B2 (motosikal).
“Secara keseluruhan kami mempunyai 30 SKSJ di seluruh negara dengan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya tiga SKSJ manakala Sabah dan Sarawak memiliki lima SKSJ.
“Pada tahun 2010 kami mengeluarkan lesen B2 kepada 12,800 orang dan tahun ini kira-kira 19,000 orang telah memperoleh lesen yang sama,” katanya. —Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...