Sabtu, 3 Disember 2011

Kanak-kanak maut ditimpa pokok ditebang jiran



Besut,3 Nov.2011-Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat Besut petang semalam.

    
Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan melintas secara tiba-tiba di bawah pokok kelapa yang ketika itu sedang tumbang setelah ditebang.

Penebangan pokok kelapa yang condong ke arah rumah jiran kanak-kanak itu dilakukan oleh jiran mereka dengan bantuan keluarga kanak-kanak itu.
    
Ibu kanak-kanak itu, Rogayah Mohamad, 41, turut menyaksikan kerja penebangan pokok itu dan Muhammad Faiz Hakimi melintas di bawah pokok berkenaan untuk pergi ke arah ibunya," kata Kamaruddin kepada pemberita hari ini.
    
Rogayah, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok sedang tumbang.
    
"Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain segera mencarinya di celahan daun kelapa.

"Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah," kata ibu kepada lapan anak itu.

- Bernama

Zaman Batu: Pembohongan Besar Terus Terbongkar



Pembaca yang dirahmati Allah SWT.
Kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia, artikel yang dibincangkan adalah berdasarkan penemuan bukti artifak dan fosil. Semoga pelajar tidak keliru dengan sukatan pelajaran sekolah menengah yang mengandungi Bab Zaman Batu Awal. Artikel ini adalah perbincangan ilmiah dan tidak menyentuh sukatan pelajaran Sejarah.


Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus? Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?
Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mampu berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.
Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.

Kepingan-kepingan tembikar yang baru-baru ini ditemui oleh para pakar arkeologis di Gua Yuchanyan di Cina telah sekali lagi merobohkan pemikiran evolusionis mengenai sejarah. Menurut sebuah laporan di BBC News, usia pecahan-pecahan tersebut yang telah ditentukan dengan menggunakan 40 jenis teknik Karbon-14 yang berbeza berkisar antara 17 500 dan 18 300 tahun. Kewujudan periuk setua itu merupakan sebuah kekalahan penuh, dalam istilah evolusonis, karena mereka menyatakan bahawa manusia memulai kehidupan beradab dan menetap pada masa yang mereka sebut sebagai Zaman Batu.

Evolusonis menyatakan bahawa manusia pertama adalah makhluk setengah-beruk yang bentuk tubuh dan kemampuan akalnya berkembang seiring dengan perjalanan waktu, bahawa mereka mendapatkan keterampilan baru, dan bahawa peradaban berevolusi disebabkan oleh hal tersebut.
Jika anda mengkaji sejarah manusia seperti mana yang didakwa oleh evolusionis, anda akan menemui paparan terperinci tentang bagaimana moyang manusia yang kononnya primitif menjalani kehidupan seharian mereka. Sesiapa pun yang tertarik dengan cara berwibawa dan berkeyakinan ini tanpa sebarang ilmu tentang subjek tersebut, juga akan menganggap semua 'rekaan semula yang serba artistik' ini adalah berdasarkan bukti saintifik. Para saintis evolusionis hadir dengan penerangan terperinci seolah-olah mereka telah wujud sejak ribuan tahun dahulu dan berpeluang untuk melakukan pemerhatian. Mereka mengatakan bahawa moyang kita - yang kini telah belajar untuk berdiri di atas dua kaki dan tidak tahu menggunakan tangan - mula membuat peralatan dari batu, dan untuk sekian lamanya mereka tidak menggunakan selain daripada peralatan yang diperbuat daripada batu dan kayu. Hanya kemudiannya mereka mula menggunakan besi, tembaga dan loyang. Tetapi dakwaan ini lebih berdasarkan salah tafsiran dalam penemuan yang selari dengan pra-andaian evolusionis, bukan fakta saintifik.
Hakikatnya, bukti kukuh tentang kelemahan hipotesis pengikut Darwin boleh ditemui dalam rekod arkeologi. Jika mereka benar, maka kita berharap untuk melihat kewujudan serentak bukti dalam rekod-rekod arkeologi dan fosil bagi hidupan berkaki dua, teknologi dan pembesaran saiz otak. Tetapi tidak kita. Hanya satu aspek rekod pra-sejarah sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa hipotesis itu tidak benar: rekod perkakasan batuan. Ditambah pula penemuan kepingan tembikar di Gua Yuchanyan membuktikan pembohongan sejarah Zaman Batu terus terbongkar.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...