Ahad, 13 November 2011

Merangsang 'booster' semangat




Para pembaca yang dirahmati Allah SWT dan kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi SPM 2011 yang akan bermula pada 14.11.2011. Kekalkan tahap motivasi anda dan rangsang 'booster' semangat anda.

1) Ucapkan kata-kata positif
Ini dapat menerbitkan getaran positif dari minda. Berilah semangat pada diri sendiri setiap pagi, setiap hari, dan setiap anda bernafas.
2) Baca artikel-altikel motivasi pendek
Ini dapat merangsang ‘booster’ semangat, supaya ia menjadikan gelombang minda anda menjadi lebih positif.
3) Beristighfar
Saat anda sedar berfikiran negatif, bersangka buruk, atau tiba-tiba memaki hamun sebab anda tidak puas hati, latih diri untuk beristighfar. Ini kerana istighfar dapat mencucikan kekotoran yang terbit dari hati. Perkataan yang kita  baca, lihat dan dengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

PERMOHONAN KEMASUKANTINGKATAN 1 MRSM 2012



Pembaca yang dirahmati Allah SWT

Untuk informasi  kepada semua pembaca.

-PERMOHONAN DIBUKA PADA HARI KEPUTUSAN UPSR 2011(17.11.2011)
-TARIKH TUTUP PADA  30.11.2011

Layari Portal Rasmi
MAJLIS AMANAH RAKYAT
http://www.mara.gov.my

10 kerjaya paling stres di dunia



Disunting dari Kosmo

Satu kajian oleh CareerCast, agen pencari kerja Internet dari United Kingdom pada tahun ini mendapati sebanyak 70 peratus pekerja mendakwa kerjaya adalah punca stres dan kemurungan dalam hidup mereka. Stres juga berbeza mengikut kerjaya. CareerCast mengumumkan senarai 10 kerjaya paling stres di dunia. Ia bermula:

1.  Juruterbang pesawat komersial
2.  Pegawai Perhubungan Awam
3.  Eksekutif Korporat
4.  Wartawan/Jurugambar Akhbar
5.  Pembaca Berita
6.  Eksekutif Pengiklanan
7.  Arkitek
8.  Broker Saham
9.  Juruteknik
10.Agen Hartanah

Guru Sebagai Makmal Percubaan



Para pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Marilah sama-sama kita terutamanya golongan DG  menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor. Tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar. Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. 

Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu ambulans jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau guru itu guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah.

Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang. Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah.

Kerajaan perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.  Jangan jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI. Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematik seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.



Emas untuk Malaysia



MANISNYA KEJAYAAN: Nur Suryani Muhamed mengucup senjata riflenya selapas berjaya memenangi pingat emas pertama negara dalam 50m Rifle Wanita pada kejohanan Sukan Sea Ke-26 di Palembang, semalam. — Gambar Bernama

PALEMBANG: Penembak kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi penyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia selepas memenangi acara 50m Rifel 3 Posisi pada temasya Sukan SEA ke-26 di Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, semalam.
Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi penembak negara, Nur Ayuni Farhana.
“Saya sememangnya tidak menjangkakan pingat emas pada penyertaan kali ini,” kata penembak berusia 29 tahun itu ketika ditemui Bernama.
Menurut beliau, insiden kelewatan ketibaan peluru tidak menjejaskan  konsentrasi beliau.
“Soal itu adalah kepada pihak pengurusan. Bagi saya, saya mahu mencuba yang terbaik dan menumpukan perhatian kepada acara yang saya sertai,” kata pemenang pingat emas acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.
Beliau kini akan tumpukan perhatian kepada acara 10m Air Rifle pada Rabu ini bergandingan dengan Shahera Rahim Raja.
Pada acara 50m Rifel 3 Posisi wanita hari ini, Nur Suryani mengumpul 679.8 mata, mengatasi saingan terdekat Sununta Majhacheep dari Thailand yang mengumpul 676.3 mata.
Nur Ayuni Farhana pula mengumpul 675.4 mata.
Selain kejayaan Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana, skuad menembak turut  meraih dua pingat perak melalui Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki dan Mohd Hadafi Jaafar dalam acara 10m Air Rifel lelaki.
Acara penyampaian pingat bagi pemenang-pemenang hanya akan berlangsung hari ini.
Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara tidak meraih  pingat emas dan sekadar membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki dan wanita kebangsaan.
Sementara itu di Jakarta, harapan melihat kilauan pingat emas pertama negara menerusi sukan karate semalam tidak kesampaian apabila Jamaliah Jamaludin setakat meraih gangsa dalam acara kumite atas 68kg.
Dalam acara yang diadakan di Dewan Indoor Tennis Senayan, beliau meraih gangsa bersama dengan atlet Laos, Kiettisack Sengdal selepas masing-masing kalah di saingan separuh akhir kepada atlet Vietnam dan atlet tuan rumah.
Atlet muda bukan pilihan dari Vietnam, Thach Thi Trang memperoleh emas manakala atlet Indonesia, Mardiah Nasution meraih perak.
Jamaliah, pemenang pingat perak Sukan Asia 2010, itu gagal mempertahankan emasnya yang diraih pada edisi 2009 di Vientiane, Laos dan sebelum itu di Korat, Thailand pada 2007.
Ini sekali gus meranapkan impian atlet berusia 27 tahun ini untuk mencipta hatrik setelah aksi yang kurang konsisten dipamerkan dalam pertandingan tersebut seperti yang diharapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
“Ini pertemuan pertama saya dengan atlet muda dari Vietnam itu. Saya kecewa dengan diri sendiri dan minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal raih emas pertama buat negara.
“Saya sebenarnya mampu menang tetapi saya mula hilang fokus setelah dia (atlet Vietnam) mendahului saya satu mata atas kesilapan taktik yang saya buat hinggakan dia ambil peluang tersebut semasa saya hadapi tekanan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.
Turut gagal menepati ramalan emas bagi acara Kata individu lelaki dan wanita Ricky Leong Tze Wai dan Thor Chee Yee apabila masing-masing terkandas di saingan separuh akhir.
Dalam acara Kata individu lelaki, Ricky dan peserta Filipina, Oj Delos Santos bersama meraih pingat gangsa sementara atlet tuan rumah, Faizal Zainuddin menumpaskan Pham Thai Huy dari Vietnam untuk meraih pingat emas. — Bernama


Terap pengajaran kreatif



Sumber:
Utusan Borneo
by Florence Nervyn. Posted on November 13, 2011, Sunday


Guru Tabika KEMAS diseru berbuat demikian bagi lahirkan modal insan berkaliber dan berpendidikan, kata Entulu
TANIAH: Entulu (kanan) menyampaikan skrol dan trofi kepada salah seorang penerima pada Majlis Konvokesyen Mini Gabungan Tabika KEMAS Selangau, semalam.



SIBU: Guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diseru menerapkan konsep pengajaran secara kreatif dalam sesi pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak dalam usaha melahirkan modal insan berkaliber dan berpendidikan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, pendekatan pengajaran kreatif juga mampu menarik minat pelajar serta mencungkil bakat kanak-kanak di peringkat usia mereka.
“Tugas seorang guru Tabika KEMAS bukan setakat mengajar kanak-kanak agar pandai membaca, mengeja dan mengira.
“Tujuan utamanya ialah mendidik kanak-kanak secara menyeluruh dalam membentuk modal insan holistik pada masa akan datang,” jelasnya.
Katanya, tugas guru KEMAS kian mencabar terutama mereka yang ditempatkan mengajar di kawasan luar bandar dalam menangani masalah sikap pemalu di kalangan kanak-kanak ini.
“Dalam kata lain, cara mengajar perlu kreatif tanpa bergantung sepenuhnya kepada sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan.
“Selain itu, guru KEMAS juga harus menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut keadaan,” ujar Ahli Parlimen Selangau itu.
Entulu berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Mini Gabungan Tabika KEMAS Selangau yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Katanya, kerajaan menerusi KEMAS sentiasa komited terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak menerusi peruntukan bajet tahunan negara bagi merealisasi hasrat negara melahirkan golongan muda berpendidikan.
“Kerajaan sentiasa mempertingkatkan pembangunan prasarana pendidikan prasekolah dengan pembukaan tabika di rumah-rumah panjang bagi memberi peluang kepada anak-anak mendapat pendidikan formal awal,” jelasnya.
Seramai 145 kanak-kanak Tabika KEMAS daripada 18 Tabika KEMAS di kawasan Selangau menerima sijil dan trofi konvokesyen masing-masing dalam majlis yang serba meriah itu.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pegarah KEMAS Negeri Sarawak Abang Rabaee Abang Muhi, Pegawai KEMAS Daerah Selangau Nur Amalia Abdul Manan, Pegawai Daerah Selangau Wan Akil Wan Ahmad Bujang dan pengerusi pengelola Enya Jana.
Pada majlis yang sama, Entulu turut mengumumkan peruntukan RM200 kepada setiap kanak-kanak tabika KEMAS dan RM3,000 kepada 27 kelas Tabika KEMAS di Parlimen Selangau.
“Peruntukan ini akan diagihkan mulai sekarang hingga hujung tahun ini,” katanya.
Selain itu, Tabika KEMAS Sungai Dijih memenangi Anugerah Ahli Jawatan kuasa Tabika Cemerlang dan Demai Chalat daripada Tabika KEMAS Sekolah Kebangsaan Sungai Tamin dinobatkan Anugerah Ibu Mithali.
Tabika KEMAS Pasira diumumkan pemenang Anugerah Tabika Contoh dan Rosenna Anggat daripada Tabika KEMAS Skim Sekuau A dinobatkan Anugerah Pemaju Masyarakat Contoh.


Jangan Pukul Ibu





Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Sedih pun ada. Geram puan ada apabila tersiar di dada akhbar, seorang anak memukul ibu sendiri. Apa nak jadi dengan manusia pada masa kini? Sejak ibu melahirkan anak-anaknya dia menjadi seorang vegetarian, kerana ibu tidak mahu membeli daging, itu terlalu mahal baginya, wang untuk daging yang sepatutnya dibeli, ibu asingkan untuk ank-anaknya. Untuk dirinya sendiri ibu tidak pernah mahu membeli pakaian baru, ibu selalu menerima dan memakai pakaian bekas pemberian orang, tetapi untuk anak-anak yang tercinta, hanya yang terbaik ibu berikan, mulai dari pakaian,makanan dan keperluan lain.

Pada suatu saat ibu jatuh sakit, demam panas. Cuaca di luaran sangat dingin sekali, kerana pada waktu itu lagi musim tengkujuh menjelang.Ibu telah menjanjikan untuk memberikan hadiah untuk anak-anaknya, tetapi ternyata wang yang telah dikumpulkannya belum mencukupinya. Ibu tidak ingin mengecewakan anak-anakya, maka dari itu walaupun cuaca di luar dingin kehujanan sekali, bahkan dalam keadaan sakit dan lemah, ibu tetap memaksakan diri untuk keluar rumah dan bekerja. 

Apabila anak-anak membesar dan kuat fizikal, ibu tidak pernah mendapatkan layanan khusus, bahkan binatang peliharaan mereka jauh lebih dikasihi oleh anak-anak daripada dirinya sendiri. Di samping itu sering sekali di bentak dan dimaki oleh  anak darah dagingnya sendiri, kalau hal ini terjadi ibu hanya mampu berdoa sambil menangis di dalam bilik kecil di belakang dapur. Ibu berdoa agar Allah SWT  mengampuni kesalahan anak-anaknya, ibu berdoa agar hukuman tidak dilimpahkan kepada anak-anaknya, ibu berdoa agar hukuman itu dilimpahkan saja kepadanya, kerana ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Seorang ibu melahirkan dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan apapun juga. Seorang ibu  mampu memberikan waktunya 24 jam sehari bagi anak-anaknya, tidak ada perkataan siang mahupun malam, tidak ada perkataan lelah ataupun tidak mungkin dan ini 365 hari dalam setahun. Seorang ibu mendoakan dan mengingat anak-anaknya setiap hari bahkan setiap minit dan ini sepanjang masa. Bukan hanya setahun sekali sahaja atau pada hari-hari tertentu. 


Maruah tercalar?



Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.



Setiap daripada kita pernah merasai atau melalui pengalaman memandu yang tidak menyenangkan di lebuhraya dan jalan-jalan di Malaysia. Manakan tidak, sedang kita 'feel' memandu, datang dari celah-celah aliran trafik, pemandu kereta yang mengemudikan kereta terpakai kebanggaannya menyelinap cuba memotong kereta-kereta berlabel mewah. 

Kita faham perasaan pemandu sebegini, mungkin dia rasa 'maruahnya' tercalar dek kelancaran perjalanan kereta mewah tadi. Manakan tidak, sebelum ini sudah siap berhabis duit gaji ke kedai aksesori untuk membesarkan lubang ekzos. Dah make-up macam-macam. Sebaik sahaja masuk ke lebuhraya, terkejut apabila melihat di depan mata, kereta mewah yang memasuki lorong smart-tag berdesup meninggalkannya yang sedang mengambil 'kupon'. Apa lagi, marahnya bukan kepalang. Mula ditekan minyak semahunya. Bunyi bising ekzos menarik perhatian pengguna lain. Kita bimbang semangat berlumba ini disalah ertikan. Kenapa tidak digunakan semangat itu untuk perkara yang lain? Sepatutnya kita berusaha untuk menjadi seperti pemilik kereta mewah tadi. Secara fizikalnya, golongan ini dianggap berjaya dan memiliki pendapatan yang kukuh. 

Jangan kita mengundang rasa marah orang lain kepada kita dengan sikap kita yang mencelah kiri dan kanan di lebuhraya. Sekiranya berlaku kemalangan, banyak kesan yang akan menimpa diri kita. Kereta perlu dibaiki. Kecederaan perlu dirawat. Kematian perlu disempurnakan. Apabila kita menyedari yang masa itu tidak dapat diganti dan setiap tahun umur kita meningkat, kita akan menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Mulakan pagimu



Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.



"Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cintakan ilmu, jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa." Hadis ini menunjukkan pentingnya seseorang yang berlabel orang Islam itu mencari ilmu dan menjadi orang yang berilmu dan mencintai ilmu.

Confucius ada mengatakan, "Jangan kamu risau jika kamu tidak ada kedudukan, risaukanlah jika kamu tidak ada pendidikan. Sekiranya kita tidak memiliki dan mencari ilmu pengetahuan kita akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak baik, tidak dapat menilai perkara yang baik dan buruk, akan dipandang rendah dalam masyarakat, mudah ditipu oleh orang lain dan kita sentiasa hidup dalam kejahilan dan kemunduran.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...