Sabtu, 29 Januari 2011

Jangan Terlalu Sensitif Sehingga Menafikan Kebenaran Sejarah

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara.
Menurut Ibn Khaldun; Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Muhd Yusof Ibrahim pula memberi erti sejarah; Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Bapa Sejarah Dunia, Herodotus memberi makna; Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya. Peristiwa yang bersejarah dipaksikan oleh 3 elemen:


1. Fakta yang benar dan tepat
2. Penting dan bermakna
3. Sebab dan akibat
Penulisan sejarah adalah berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. Sumber sejarah terbahagi kepada 2 iaitu;
1. Sumber primer (fosil, artifak, kertas, keterangan lisan, diari, batu bersurat, surat peribadi fail rasmi jabatan dan manuskrip yang belum bercetak- Belum diolah dan ditafsir)
2. Sumber sekunder (buku, majalah, jurnal, risalah, ensiklopedia, laporan tahunan jabatan- Bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum)
Sekarang kita mendengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita, sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. Persoalannya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Kesannya nanti, maka sejarah yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah. Jiika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh pelajar-pelajar. Salah satu faedah kita mempelajari sejarah ialah untuk menjadikan panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan.

Tekad Sentiasa Tambahkan Ilmu


Kenapa orang berjaya sentiasa menambah ilmu? Berikut adalah dua sebab utama:
1. Mereka mahu tahu banyak ilmu baru.
2. Mereka mahu menguasai, bukan sekadar mengetahui.
Orang berjaya tak pernah merasa cukup dengan ilmu yang dia ada. Bukan sebab orang berjaya ni tamak, tapi sebab mereka seronok berkongsi ilmu – iaitu ilmu yang mereka ada dan ilmu yang mereka baru jumpa.
Anda kena contohi orang-orang berjaya. Elak merasa puas hati dengan ilmu yang Anda ada sekarang ini. Tekad belajar seumur hidup! Tambah ilmu dengan banyakkan membaca kerana membaca adalah cara paling mudah untuk Anda mempelajari ilmu baru. Gali lebih banyak ilmu berkenaan bidang Anda. Beri tumpuan pada apa yang Anda perlu tahu.


Sebagai contoh, jika Anda seorang penulis buku, pelajarilah lebih banyak ilmu tentang bagaimana menjadi penulis buku supaya Anda boleh muncul menjadi seorang penulis buku yang berjaya satu hari nanti.
Jika Anda seorang pemuzik, pelajari lebih banyak perkara mengenai muzik supaya Anda menonjol menjadi pemuzik berjaya. Anda berjaya kerana Anda tahu banyak perkara mengenai muzik.
Selepas itu, pelajari lebih banyak, dua kali lebih banyak jumlahnya dari jumlah ilmu yang dipelajari oleh orang-orang di sekeliling Anda.
Jika Anda seorang penasihat kewangan, pelajari lebih banyak ilmu tentang hal-hal kewangan supaya Anda berjaya sebagai seorang penasihat kewangan berjaya satu hari nanti. Bila Anda menguasai banyak perkara mengenai bidang Anda, pasti Anda menonjol. Pasti Anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.
Mengetahui saja tidak cukup.
Anda perlu menguasai, iaitu dengan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai bidang Anda.

Orang Cemerlang Suka Memaafkan


Oleh:


Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seteursnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Menumpang suka, Berkongsi Duka














Pada ketika
sana sini membicarakan
kisah enak dan gembira
kejayaan
ada yang seperti dijangkakan
maupun seperti dirancang
aku...
menumpang suka
seronok dan turut bangga

namun..
jauh di pojokan sana
ada yang disimpul duka nestapa
ada yang dah tak mampu berfikir apa apa
malah kusut hingga buntu belaka
usaha pun tak jadi apa apa
aku...
berkongsi duka
bingung dan turut menawar kata

tak pelah
yang suka
ramai yang berserta
tak perlu diundang dan  sapa
semua datang bak semut mencari gula

yang duka
tak ramai yang memahami
tak ramai yang mengerti
tak ramai yang mahu berkongsi
biarlah hanya kita berdua
cemas mengharungi masa
namun terus berusaha
sehingga hasrat diizin oleh yang Maha Kuasa....

nukilan
Norlilah Ismail

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...