Puan Meriam Bi, Puan Malati dan Puan Nooraziah menjadi instruktor tarian poco-poco dan chicken wing dance |
Selayang Bharu, 26 Oktober 2010- Pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMK Selayang Bharu, aktiviti rutin pagi pelajar-pelajar tingkatan 3 ialah tarian poco-poco dan chicken wing dance. Sebelum pelajar-pelajar meneruskan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mereka perlu menjalani aktiviti senaman pagi. Justeru, poco-poco dan chicken wing dance dipilih sebagai medium untuk menggerakkan semangat pelajar-pelajar.
Pelajar-Pelajar 3 Qudus melepaskan geram mereka |
Penulis percaya kesungguhan warga sekolah terutamanya golongan guru yang bertindak sebagai instruktor tarian tersebut akan dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, terbukti aktiviti di sekolah telah menjadi tunjang kepada proses pendidikan yang dapat memperkembangkan potensi inidividu sepenuhnya demi memenuhi aspirasi negara. Kerjasama antara guru-guru dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab adalah penting.
Amalan, "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" telah merealisasikan satu budaya kerja berpasukan di sekolah. Buat semua instruktor, teruskanlah bakti dengan penuh dedikasi dan amanah.
Amalan, "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" telah merealisasikan satu budaya kerja berpasukan di sekolah. Buat semua instruktor, teruskanlah bakti dengan penuh dedikasi dan amanah.