Ahad, 14 Ogos 2011

Bayaran Khas Kewangan Tahun 2011 - Bagi Pesara


PORTAL RASMI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pemberian Bayaran Khas Kewangan RM 500.00 kepada pesara kerajaan Malaysia. Bayaran Khas Kewangan itu akan diberi kepada semua pesara yang bersara pada atau sebelum 08 Ogos 2011 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 07 Ogos 2011 dan menerima pencen terbitan pada 08 Ogos 2011.
Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 19 Ogos 2011. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.
Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500.00 ini. Penerima yang dibayar melalui waran akan menerima waran yang diposkan pada 19 Ogos 2011 boleh menunaikannya dengan serta merta.
Sebarang kemusykilan sila hubungi Pusat Panggilan Setempat bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-8885 4906.

Sambutan Hari Malaysia janjikan keunikan





Acara di Dataran Perbarisan DUN, Tebingan Kuching sesuatu yang baru: Abang Johari
KUCHING: Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam memberi jaminan sambutan Hari Malaysia, 16 September tahun ini bakal menampilkan gimik persembahan yang unik dan istimewa.
Beliau yang enggan mendedahkan gimik persembahan dengan lanjut bagaimanapun berkata apa yang pasti acara berkenaan berkaitan dengan sungai.
Jelasnya acara yang diadakan pada sebelah malam 16 September itu diadakan di Dataran Perbarisan Dewan Undangan Negeri baru dan sebahagian daripada Tebingan Kuching (di Square Tower).
“Ia merupakan salah satu acara formal dengan persembahan unik di Sungai Sarawak dan merupakan sebahagian daripada promosi pelancongan kita.
“Kita menjanjikan ia satu persembahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan melibatkan pelbagai gimik menarik dan unik,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang.
Beliau menjelaskan gimik persembahan yang diadakan mungkin mengambil masa 20 hingga 30 minit sebelum acara kemuncak.
Menurut Abang Johari, acara pada malam berkenaan akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tetamu.
Malahan kata beliau, persembahan yang diadakan juga merupakan sebahagian daripada acara Regata Sarawak yang diadakan pada 15 hingga 17 September 2011.
“Kita berharap rakyat seluruh negeri datang beramai-ramai menyaksikan acara yang amat penting ini begitu juga sektor swasta dan awam agar bersama-sama meriahkan acara dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera negeri sebagai tanda kesetiaan kepada negara,” tegasnya.
Tahun ini genap 48 tahun terbentuknya negara Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung Malaysia pada 16 September 1963.
Justeru itu, kerajaan menjadikan 16 September sebagai Hari Malaysia bagi menerapkan dan meningkatkan semangat serta nilai perpaduang di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Sumber: The Borneo Post

Hari kemerdekaan disambut bersama Majlis Rumah Terbuka Khas





KUCHING: Sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Sarawak pada tahun ini akan diraikan dengan menggabungkan bersama majlis rumah terbuka khas, yang berbeza daripada sebelumnya.
Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sambutan kali ini menggunakan pendekatan berlainan kerana tarikh berkenaan jatuh pada Hari Raya iaitu 30 dan 31 Ogos.
“Kita akan menggabungkan tarikh penting dan majlis rumah terbuka khas yang dipanggil Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Merdeka 1Malaysia untuk meraikan Hari Merdeka tahun ini.
“Pada 30 Ogos iaitu Hari Raya pertama, kita adakan rumah terbuka Merdeka sementara 31 Ogos pula acara kemuncak bagi sambutan kemerdekaan,” katanya pada satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Namun menurut beliau, venue bagi acara berkenaan berkemungkinan akan diadakan sama ada di Stadium Perpaduan di Petra Jaya ataupun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
“Kita akan sahkan tempat yang sebenar secepat yang mungkin,” tegasnya yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.
Abang Johari dalam pada itu menyeru kepada orang ramai untuk menyertai sambutan Hari Merdeka yang bertemakan ‘1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.
Beliau berharap premis sama ada swasta dan kerajaan supaya bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan dan sebagai tanda kesetiaan kepada negara.
Hadir sama pada sidang media, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang.
Sumber: The Borneo Post

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...