Selasa, 13 Disember 2011

Kawasan sekitar tapak Lembah Bujang dilindungi



Sumber:
Bernama






Datuk Maglin Dennis D”cruz berkata, langkah itu adalah untuk menjaga kawasan sekeliling supaya tidak bercampur
Kerajaan akan membeli tanah di sekitar kawasan berhampiran tapak warisan di Lembah Bujang di Kedah bagi mengelak berlakunya pembangunan perumahan dan pertanahan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”cruz berkata, langkah itu adalah untuk menjaga kawasan sekeliling supaya tidak bercampur dengan kawasan yang menjadi ruang kerja ahli-ahli arkeologi di situ.

"Kita selalu menjaga kawasan sekeliling di mana kita akan membeli kawasan-kawasan sebelah supaya tidak bercampur dengan ahli arkeologi untuk buat kerja,” katanya ketika menjawab soalan Senator Syed Husin Ali yang ingin tahu jaminan kerajaan bahawa tidak akan berlaku pembangunan perumahan atau pertanahan di kawasan tapak warisan Lembah Bujang.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...