Ahad, 4 April 2010

SELAMAT TINGGAL BPG


Assalamualaikum buat rakan-rakan sekerja di Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak dilupakan warga Unit Latihan dan Pembangunan Staf. Sokongan dan kerjasama tuan-tuan selama saya menjadi Penolong Pengarah tidak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan. Teruskan kecemerlangan yang menjadi prinsip warga BPG. Terima kasih seikhlas hati buat Encik Zainun bin Johari, Ketua Penolong Pengarah BPG (LPS) atas tunjuk ajar dan bimbingan selama saya berkhidmat di BPG. Sekalung budi buat Encik Abdul Halim bin Abdul Razak, Timbalan Pengarah BPG yang menjadi pendorong dan penguat semangat kepada warga BPG untuk terus bekerja dan berkhidmat demi negara tercinta.


Bermula 1 April 2010, saya mula bertugas di SMK Selayang Bharu, Batu Caves. Walaupun banyak usaha yang telah dibuat untuk saya kembali ke SMK Seri Gombak, Taman Greenwood iaitu sekolah lama saya sebelum bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru, saya pasrah dengan keputusan PPD Gombak untuk menempatkan saya di SMK Selayang Bharu. Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga Puan Rahimah binti Omar, Pengetua. Guru-Guru Penolong Kanan dan Rakan-rakan Guru sekalian serta staf SMK Seri Gombak. Saya begitu menjunjung Falsafah Pendidikan Guru iaitu guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Justeru, saya perlu menyahut cabaran untuk berkhidmat di mana-mana institusi pendidikan.


Kepada warga SMK Selayang Bharu, selamat berkenalan dan menerima saya seadanya. Terima kasih.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...