"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai
tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam
tempoh terdekat
MELAKA: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi
menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.dalam tempoh
terdekat.
Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah
Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi
yang ditimbulkan sebelum ini.
"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai
tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam
tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai novel
berkenaan selepas merasmikan perlawanan bola sepak Piala Datuk Seri S. Samy
Vellu anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Ayer Keroh, di sini,
hari ini. Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa
perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan
perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang
ditubuhkan oleh kerajaan.
Sementara itu, Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berharap
kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan pengumuman dalam bahasa Tamil di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya yang membabitkan
penerbangan ke Chennai, India.
Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan ekoran kira-kira 90 peratus
penumpang ke negara berkenaan berbahasa Tamil. -- BERNAMA
Sejarah menyedihkan novel Interlok hasil penulisan dan minda Sasterawan Negara berlaku lagi. Kali ini novel tersebut terus disingkirkan daripada terus dipelajari oleh pelajar. Sebelum ini, pada awal tahun 2011, agak menyedihkan apabila novel bertajuk Interlok milik Datuk Abdullah Hussain dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini. Tindakan kumpulan berkenaan menampar, membakar gambar penulis novel Interlok itu dan menggelarnya sasterawan bodoh dianggap keterlaluan dan satu penghinaan tidak bertamadun.
Penghinaan terhadap sasterawan negara itu dilihat sama seperti penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana gelaran itu diberikan baginda. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) yang agresif bertindak menggesa kerajaan untuk mengharamkan dan menarik semula novel itu daripada dijadikan bahan rujukan sekolah telah berjaya dalam perjuangan mereka.
Sepatutnya pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan. Perbincangan secara intelektual dan bertamadun adalah perlu. Malah penulis itu tidak pernah berada atas pentas politik. Namun perkara ini sebaliknya berlaku, terlalu kebudak-budakan, kurang matang dan terburu-buru serta bersifat politik. Penulisan novel adalah berdasarkan fakta sejarah, menceritakan ikatan dan pertalian antara tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India yang membawa mesej keharmonian. Ketika karya ini diterbitkan 40 tahun dahulu tiada siapa bangkang tetapi peliknya kenapa sekarang baru jadi sensitif! Karya yang dihasilkan berdasarkan fakta-fakta sejarah yang tepat.
Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal. Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India.
Tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu. Mengapa mereka perlu takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.
Bagi penulis kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, itu bukanya suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan. Golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.
Sehubungan penulis meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah. Perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.