Sabtu, 17 Disember 2011

Pelik: Erika More Mengahwini Menara Eiffel






.



Saya mempunyai cita rasa sendiri. Kalau orang lain boleh bercinta dengan pasangan mereka, kenapa saya tidak boleh biarpun cinta saya itu kepada busur,dawai mahupun besi..."
Erika More

Pembaca yang dirahmati Allah SWT, perkahwinan adalah satu ikatan kudus lelaki dan wanita untuk berlabel suami isteri. Namun, lumrah hidup ini amat berbeza dengan seorang wanita dari San Francisco yang sanggup menjadi suri hati Menara Eiffel di Paris, Perancis. Bagi Erika More,36, walaupun orang ramai beranggapan bahawa dia gila, cintanya terhadap Menara Eiffel begitu mendalam.

Bagi keluarga dan kawan rapatnya, keputusan Erika untuk berkahwin dengan ikonik Paris tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana, sebelum ini Erika pernah berkahwin dengan objek-objek tidak bernyawa seperti busur(pemanah), Tembok Berlin, Sepotong Pagar Besi. Biliknya dipenuhi kekasihnya, busur, serpihan tembok Berlin dan sepotong pagar besi dan dijaga dan dibelai manja. Walaupun terpaksa berpisah jauh dengan Menara Eiffel, Erika memastikan bahawa dia datang sebulan sekali untuk menemui kekasih hatinya. Saya mempunyai cita rasa sendiri. Kalau orang lain boleh bercinta dengan pasangan mereka, kenapa saya tidak boleh biarpun cinta saya itu kepada busur,dawai mahupun besi.

Menurut Alice,32, rakan baik Erika, mengakui bahawa Erika mempunyai keinginan yang pelik. Walaupun secara lahiriah keadaannya normal tetapi disebaliknya dia mempunyai satu sifat yang aneh. Tetapi bagi Erika, itulah kepuasan dan keinginan yang memaksa dirinya mencintai benda-benda bukan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...