Memaparkan catatan dengan label Berita SMK Selayang Bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita SMK Selayang Bharu. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

Bulan Akademik SMK Selayang Bharu 2011

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Tarikh : 5 APRIL 2011
Hari : SELASA
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Budi, SMK SELAYANG BHARU


Jumaat, 25 Februari 2011

Ceramah Trafik dan Gangguan Seksual oleh PDRM di SMK Selayang Bharu

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Cif Inspektor  Majid bin Baba
IPPD Gombak memberi
ceramah mengenai kesalahan lalu-lintas
yang sering dilakukan oleh pelajar

Puan Norlilah bt Ismail
GPK HEM
SMK Selayang Bharu

 Selayang Bharu, Batu Caves, 25 Februari 2011- Satu sesi ceramah PDRM telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Kelab Pencegahan Jenayah telah diadakan di SMK Selayang Bharu Batu Caves. Objektif penganjuran nya ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya jenayah seksual, memartabatkan maruah diri sebagai wanita yang menjaga kehormatan dan bagi pelajar lelaki pula, meningkatkan kesedaran pelajar tentang peraturan lalu lintas. Ceramah bertajuk "Kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan-hukuman dan kesannya terhadap pelajar" disampaikan oleh C/Inps.Majid bin Baba kepada pelajar-pelajar lelaki. Manakala, Insp.Shahedawati  pula menyampaikan ceramah yang bertajuk "Gangguan Seksual-kenali punca, jenis dan cara menangani" kepada pelajar-pelajar perempuan". Dalam ceramah gangguan seksual, Insp.Shahedawati menegaskan bahawa, "jangan biarkan gangguan seksual. Kalau dibiarkan menjadi kes cabul dan akhirnya menjerumus ke arah jenayah rogol."
Pn.Norlilah bt Ismail dalam kenyataan beliau, begitu berpuas hati dengan pengisian program pada hari ini. Bagi beliau ceramah yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah amat menarik dan mampu menggerakkan hati semua pelajar SMK Selayang Bharu.


Pelajar-Pelajar Lelaki Tekun
Mendengar Ceramah

Sebahagian Guru SMK Selayang Bharu
berada di luar dewan sebelum
mendengar ceramah Ganggual Seksual
untuk pelajar perempuan


Ahad, 20 Februari 2011

Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu

Oleh:

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Selayang Bharu, 19 Februari 2011- Satu sesi pertemuan dengan ibu bapa pelajar murid cemerlang SMK Selayang Bahru telah diadakan di Dewan Mutiara Budi. Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan diselaraskan oleh Puan Norlilah bt Ismail, Guru Penolong Kanan HEM SMK Selayang Bharu.
Sejak pukul 8.00 pagi lagi ibu bapa sudah mula memenuhkan ruang di dalam dewan. Menurut salah seorang kaunselor yang ditemubual oleh penulis, Puan Sarina bt Ishak, "ibu bapa yang cemerlang akan dapat mengekalkan kehebatan yang dibekalkan oleh Allah sejak lahir. Kehebatan yang ada pada seorang anak sebenarnya ada pada ibu bapanya". Syarikat Just 015 Sdn.Bhd. dan Pusat Tuisyen Prestij turut memberi sumbangan cenderamata dan banner program. Puan Arfah bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu dalam ucapan beliau menyatakan bahawa peranan ibu bapa untuk memimpin, merangsang dan menggerak pelajar cemerlang amat diharapkan oleh pihak sekolah. Potensi kecemerlangan anak sering terpendam dan gagal dikenalpasti untuk dirangsang oleh ibu bapa. Menurut beliau lagi, semua ibu bapa sayang pada anak dan mahukan anak mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Tuan Hj.Abdul Aziz bin Hj Abu, Yang DiPertua PIBG SMK Selayang Bharu yang turut berucap menyatakan rasa gembiranya apabila ramai ibu bapa yang datang memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut. Beliau menegaskan ramai ibu bapa yang mencuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat ini tetapi kurang berjaya lantaran menggunakan pendekatan yang sesuai. Justeru, ibu bapa digalakkan untuk terus bersama-sama mengikuti ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Zamri bin Shamsudin dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Puan Norlilah bt Ismail yang merupakan Penyelaras Program Pemantauan Murid Cemerlang(PMC) SMK Selayang Bharu yang memberi taklimat pelaksanaan program turut melahirkan rasa bangganya dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa murid cemerlang. Beliau mengungkapkan kata, "orang yang cemerlang sentiasa menunjukkan hasil manakala orang yang tidak cemerlang selalu memberi alasan." Beliau menambah, "tanggapan dan penghargaan ibubapa dan guru-guru akan menghasilkan apa yang ditanggap dan diharap. Oleh itu ibubapa dan guru-guru perlu bekerjasama membentuk tanggapan dan pengharapan yang positif dan cemerlang.

Jumaat, 18 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH DI SMK SELAYANG BHARU

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Selayang Bharu, 18 Februarri 2011- Setiap warga SMK Selayang Bharu, Batu Caves harus mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sesama warga sekolah. Guru-guru, kakitangan, PIBG dan pelajar bersama-sama membina sekolah yang tercinta dengan nilai kasih sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina janganlah diruntuhkan.


Puan Meriam Bi bt Sulaiman(Penyelaras Program) dan
Ustaz Ahmad Tarmizy bin Hasan
mengetuai bacaan selawat
Sambutan Maulidur Rasul memberi makna tersendiri kepada seluruh warga SMK Selayang Bharu dan membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah bagi menegakkan Islam. Sambutan turut disertai oleh Puan Arfah bt Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu, Tn.Hj.Abdul Aziz bin Hj.Abu, Pengerusi PIBG SMK Selayang Bharu, Guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG serta guru-guru kanan.
Sambutan yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah itu turut dimeriahkan dengan perarakan melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar. Perarakan diketuai oleh Encik Azuan bin Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan(KGSS) SMK Selayang Bharu. Kita perlu mengenang semula betapa hebatnya perjuangan nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar Islam di Mekah dan Madinah sehingga ajaran Islam tersebar ke seluruh alam. Sambutan Maulidur Rasul di SMK Selayang Bharu menjadi kita lebih bersatu padu.




Sabtu, 12 Februari 2011

Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis SMK Selayang Bharu

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com


Insp/Kadet K.Raman sedang memberi
taklimat pertandingan

Selayang Bharu, 12 Februari 2011- Satu pertandingan kawad kaki telah dianjurkan oleh Guru-Guru Penasihat Kadet Polis SMK Selayang Bharu. Menurut Insp/Kadet K.Raman, tujuan utama penganjuran pertandingan kawad tersebut adalah untuk mencungkil kembali kemahiran kawad kaki anggota kadet. Selain itu ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota-anggota kadet polis yang baru tentang kawad kaki. Kawad kaki merupakan aktiviti yang boleh menanam semangat disiplin anggota kadet polis. Pertandingan pada hari ini juga adalah salah satu aktiviti Kadet Polis SMK Selayang Bharu yang dijadualkan secara terancang.  Banyak aktiviti telah dirangka untuk menjadikan pasukan ini disegani di daerah Gombak.


Anggota Kadet Polis Lelaki

Pasukan Kadet Polis SMK Selayang Bharu turut melancarkan Facebook Kadet Polis SMK Selayang Bharu. Pada bulan Mac Blog Kadet Polis SMK Selayang Bharu akan dilancarkan. Anggota kadet polis boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kadet polis dengan cepat.


Anggota Kadet Polis Wanita
SMK Selayang Bharu


Rabu, 3 November 2010

Raptai Penuh Majlis Graduasi SMK Selayang Bharu 2010


Majlis Raptai Penuh Graduasi
SMK Selayang Bharu



Selayang Bharu, 3 November 2010- Majlis Raptai Penuh Graduasi Pelajar Tingkatan 5 SMK Selayang Bharu telah diadakan di Dewan Mutiara Budi. Persiapan awal telah dibuat untuk memastikan program yang akan berlangsung pada malamnya berjalan lancar.
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Selayang Bharu tidak sabar-sabar untuk mengalami sendiri pengalaman bergraduasi dan menjadi harapan sekolah agar majlis graduasi ini akan menyuntik semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih di dalam peperiksaan SPM yang kian hampir.




Rabu, 27 Oktober 2010

Hari Kerjaya SMK Selayang Bharu

Pelajar-pelajar mendapatkan maklumat peluang
melanjutkan pelajaran di kaunter-kaunter
IPTA dan IPTS
Selayang Bharu, 27 Oktober 2010- Bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMK Selayang Bharu, pameran mengenai peluang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS telah diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Selayang Bharu.
Antara IPTA dan IPTS yang terlibat di dalam pemeran sempena Hari Kerjaya pada kali ini adalah Kolej Komuniti Selayang, UNISEL, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Kolej PPTLKolej Teknologi YPC-ITWEB, GMI dan lain-lain lagi. Pihak Celcom turut membuka kaunter dengan menawarkan starter pack prepaid sim-card secara percuma.

Selasa, 26 Oktober 2010

Poco-Poco dan Chicken Wing Dance

Puan Meriam Bi, Puan Malati dan
Puan Nooraziah menjadi instruktor
tarian poco-poco dan chicken wing dance

Selayang Bharu, 26 Oktober 2010- Pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMK Selayang Bharu, aktiviti rutin pagi pelajar-pelajar tingkatan 3 ialah tarian poco-poco dan chicken wing dance. Sebelum pelajar-pelajar meneruskan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mereka perlu menjalani aktiviti senaman pagi. Justeru, poco-poco dan chicken wing dance dipilih sebagai medium untuk menggerakkan semangat pelajar-pelajar.

Pelajar-Pelajar 3 Qudus melepaskan
geram mereka

Penulis percaya kesungguhan warga sekolah terutamanya golongan guru yang bertindak sebagai instruktor tarian tersebut akan dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, terbukti aktiviti di sekolah telah menjadi tunjang kepada proses pendidikan yang dapat memperkembangkan potensi inidividu sepenuhnya demi memenuhi aspirasi negara. Kerjasama antara guru-guru dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab adalah penting.

Amalan, "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing" telah merealisasikan satu budaya kerja berpasukan di sekolah. Buat semua instruktor, teruskanlah bakti dengan penuh dedikasi dan amanah.

Puan Rooslina dan Puan Nooraziah; kelihatan Encik Shahlail
yang selesai memerhatikan perjalanan program selepas PMR

Isnin, 25 Oktober 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 di SMK Selayang Bharu






Puan Nolilah, Puan Arfah dan Puan Mahaletchumy di
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010
SMK Selayang Bharu
 Selayang Bharu, 25 Oktober 2010- Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah disempurnakan oleh Puan Arfah binti Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Bidang Bahasa yang diterajui oleh Puan Mahaletchumy a/p Balakrishnan menganjurkan program tersebut patut dipuji dan diambil iktibar oleh semua pihak dalam usaha membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Melalui tema, "1 Bahasa, 1 Bangsa dan 1 Negara", membawa gagasan yang amat bermakna dalam usaha meletakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan pada martabatnya. Tujuan pelancaran bulan bahasa adalah utnuk memperkuat rasa kecintaan, kebanggaan dan kemegahan dalam kalangan warga SMK Selayang Bharu terhadap bahasa dan sastera. Bagi memastikan penglibatan semua pelajar, pelbagai aktiviti dan acara dilaksanakan sepanjang bulan penganjurannya. Pada hari ini, selain nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, warga SMK Selayang Bharu terpukau dengan persembahan deklamasi sajak oleh pelajar. Program-program lain yang turut mendapat sambutan para pelajar adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membaca Puisi dan Pertandingan Pidato. Melalui aktiviti seperti ini, akan dapat mempererat dan memperkukuh kesatuan bangsa Malaysia melalui aktiviti bersifat kebangsaan dan kesusasteraan yang pragmatik.
Akhir sekali, melalui penganjuran dan kempen seperti ini yang diadakan secara berterusan,  diharapkan bukan sahaja membantu memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Barisan Hakim Pertandingan Membaca Puisi Yang Komited
Mencari Pemuisi Terbaik


Jumaat, 22 Oktober 2010

Bengkel Pembinaan Pelan Strategik 2011-2016 Hal Ehwal Murid

Puan Norlilah mengendalikan Bengkel
Pembinaan Pelan Strategik 2011-2016
Hal Ehwal Murid SMK Selayang Bharu
Selayang Bharu, 22 Oktober 2010: Bertempat di Bilik Teratai SMK Selayang Bharu satu bengkel Pembangunan Profesionalisme Keguruan telah diadakan melibatkan guru-guru di bawah pengurusan HEM. Bengkel ini adalah berkaitan dengan Key Performance Indicator(KPI).
Puan Norlilah memulakan sesi bengkel tersebut dengan bacaan Ummul Kitab dan seterusnya beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru di bawah pengurusan beliau.
Menurut beliau, KPI dapat didefinisikan sebagai suatu perimeter yang boleh diukur dan telah dipersetujui bersama yang mencerminkan kejayaan sesuatu organisasi. Menurut Kaplan(2003), If we can't measure, we cannot manage, if we can't manage, we can't change, if we can't change, we can't improve and if we can't improve, we can't success.


Guru-Guru daripada pelbagai Unit HEM SMK Selayang Bharu memberi komitmen
yang tinggi dalam bengkel tersebut
 Terdapat empat jenis pengukuran prestasi:
1.  Pengukuran input (sumber manusia, bajet masa, peralatan untuk proses penyampaian perkhidmatan)
2.  Pengukuran output (perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi seperti jumlah manusia, jumlah  
     manusia, jumlah perkhidmatan, peratus pencapaian sesuatu aktiviti.
3.  Pengukuran Proses (kecekapan, keberkesanan, kapasiti kualiti dan kualiti persekitan kerja).
4.  Pengukuran outcomes (menilai impak sebenar tindakan sesuatu organisasi)

Sekian.

Jumaat, 2 Julai 2010

Perkhemahan Perdana SMK Selayang Bharu 2010

On June 25, 2010 to June 27, 2010, Camp Prime SMK Selayang Bharu Uniform Unit, Batu Caves, Selangor was successfully held at the foot of Mount Nuang, Hulu Langat, Selangor. Camp is organized by the Unit Co-curriculum and Guidance and Counselling Unit SMK Selayang Bharu. A total of 120 participants from the unit uniform SMK Selayang Baru, Batu Caves joined the camp this year.




     The picture below shows the teacher escort with Mrs Rohani binti Jaafar, PK KoKu travel briefing program to escort teachers while waiting for food orders at a restaurant in the town of Batu 14, Hulu Langat. Also during the session with Mr Shah Lail, Mr Junazman, Mr. Mustafa, Mr. Ramadan and the authors' own files can not be published. The presentation of prizes and certificates to the participants, teachers and facilitators from MKA Consultan was executed by Mrs. Arfah binti Abd Rahman, Principal of SMK Selayang Baru, Batu Caves. Mrs Arfah express congratulate and appreciation to all those involved to ensure the success of Camp Prime SMK Selayang Bharu Uniform Unit in 2010.

Thank you.

MD.RASUL BIN HARON

Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Di SMK Selayang Bharu


Pada 17.5.1970 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Batu Caves telah diadakan Sambutan Hari Guru 2010. Saban tahun kita menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru. Menyelami setiap cabaran yang mesti diharungi oleh guru dalam memenuhi tuntutan kemajuan negara dan membentuk keperibadian insan yang mulia, kita perlu memahami bahawa guru sebenarnya memikul amanah yang besar. Melaksanakan amanah ini pula bukanlah satu tugas yang mudah . Harapan masyarakat terhadap guru amat tinggi dan cabaran yang dihadapi bukannya sedikit.
Sukar dinafikan, siapapun diri kita dan apa jua diri dan kedudukan kita, semuanya adalah berkat tunjuk ajar ada bimbingan para guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu. Justeru sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai ingatan terhadap jasa dan pengorbanan guru yang seringkali menjadi seperti lilin membakar diri demi menerangi orang lain.

Pelbagai acara diatur untuk sambutan Hari Guru pada tahun ini. Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan, Encik Azuan bin Abdul Aziz melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama semua pihak baik ahli-ahli mahupun pelajar-pelajar yang terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah dalam menjayakan program tersebut. Pendapat beliau disokong oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizy bin Hasan, Naib Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Selayang Bahru. Selain acara persembahan daripada Kumpulan Giat Budaya SMK Selayang Bharu di bawah Pengurus Seni Persembahan, Puan Nor Hafidah binti Abdul Hanit, pelajar-pelajar dan guru-guru, pertandingan 'dart', bola tampar, congkak dan ping pong  turut diadakan. Encik Joshua Hooi Chee Shing turut diberi Anugerah 'Wedding Of The Year' dan menerima cenderamata sebagai Pengantin Terbaru SMK Selayang Bharu. Ini menimbulkan semangat baru untuk Encik Ramadan bin Jamaluddin dan Encik Mohd Zul Fahmi bin Abd Rashid untuk berebut gelaran 'Wedding Of The Year' pada tahun 2010. Tokoh Guru SMK Selayang Bharu, dirangkul oleh Puan Norlilah binti Ismail, Guru Penolong Kanan HEM. Guru-guru popular pada kedua-dua sesi turut diberi penghargaan. Encik Jasmin bin Jalil dan Puan Meriam Bi Binti Sulaiman mendominasi anugerah Guru Paling Popular Sesi Pagi manakala Encik Mohd Mirashab bin Mohamad Hussein dan Cik Siti Norazwane binti Abd Rahman mendapat undian tertinggi sebagai Guru Paling Popular Sesi Petang.  Guru-guru perempuan yang melahirkan anak turut diberi cenderamata. Guru-guru yang menyambut hari lahir bermula Januari hingga Mei turut diberi cenderamata. Penulis turut bertuah kerana pada hari yang sama, turut diraikan hari lahir yang ke 40 tahun. Persembahan daripada pelajar-pelajar begitu mengkagumkan hati dan perasaan guru-guru. Lagu dendangan secara berkumpulan pengawas-pengawas sekolah membuktikan keunggulan Puan Rabiah binti Jawa memimpin kumpulan tersebut ke peringkat antarabangsa. Penulis bersama Encik Mohd Mirashab bin Mohamad Hussein mendeklamasikan sajak luahan rasa Usman Awang 'Guru O Guru'.
Pada kesempatan ini, penulis mengucapkan Selamat Hari Guru 2010  kepada semua kawan-kawan penulis di Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Guru-Guru SMK Seri Gombak dan Guru-Guru di SMK Selayang Bharu.Dalam era globalisasi kini kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak lagi berfungsi sekadar untuk mengisi keperluan lokal tetapi memenuhi tuntutan global.








Khamis, 13 Mei 2010

Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak 2010


SMK Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor-13 Mei 2010
Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak 2010 telah diadakan di Dewan Mutiara Budi SMK Selayang Bharu. Menurut Penyelaras Pertandingan, Pn Mahaletchimi a/p Balakrishnan persiapan untuk majlis tersebut sudah bermula sejak berakhirnya Pertandingan Peringkat Zon. Sebanyak 4 buah sekolah yang mewakili zon masing-masing terlibat di dalam pertandingan ini iaitu SMK Selayang Bharu, SMK Seri Keramat, SMK Sungai Pusu dan SBPI Rawang.

Persediaan awal telah dibuat oleh pihak penganjur meliputi aspek teknikal, latihan pemantun, jamuan, tempat kuarantin, hadiah dan sijil serta majlis penutupan rasmi. Puan Arfah binti Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu merangkap Pengerusi Pertandingan Pantun Daerah Gombak 2010 sentiasa menyokong penuh dengan usaha pihak Urusetia untuk menjayakan program tersebut demi mengangkat martabat pantun ke dalam arus perdana. Saingan sengit di antara pasukan-pasukan pantun tidak dapat dinafikan dan menyukarkan Para Hakim pantun yang diketuai Puan Nooraziah binti Abdullah KS Ko Akademik Daerah Gombak.

Keputusan akhirnya telah menjulang nama pasukan pemantun dari SMK Sungai Pusu sebagai Johan Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak 2010. Pasukan pemantun dari SMK Selayang Bharu memberi saingan maha sengit dan hanya dinobatkan sebagai Naib Johan. Tempat ketiga dikongsi bersama pasukan pemantun SBPI Rawang dan SMK Seri Keramat. Apapun Adik Farah Shuhada, pemantun karisma SMK Selayang Bharu diiktiraf sebagai Pemantun Terbaik Daerah Gombak 2010.
Majlis perasmian penutup turut dihadiri Puan Rohani binti Jaafar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Arfah binti Abd Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu dan Encik Ahmad Shukri bin Mansor, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Pihak Jawatankuasa Penganjur merakamkan sekalung budi junjungan kasih kepada;
· Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak
· Pentadbir SMK Selayang Bharu
· KS Ko Akademik Daerah Gombak
· Jemaah Hakim
· Guru-Guru Pengiring
· Panitia Bahasa Melayu SMK Selayang Bharu
· Ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu dan Pelajar-Pelajar SMK Selayang Bharu yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak Tahun 2010
Akar keladi melilit selasih
selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman

Segarnya melur kembangan pagi
Indahnya alam ciptaan Tuhan
Dengan adanya majlis pantun ini
semoga dapat meningkatkan perpaduan

Sekian,
MD RASUL BIN HARON (mrasulharon@yahoo.com.)atau(mrasul).haron@moe.gov.my
Guru SMK Selayang Bharu





Sabtu, 10 April 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SELAYANG BHARU

Pada 10 April bertempat di Taman Metropolitan, Kepong, kejohanan merentas desa telah diadakan dengan jayanya. Tahniah buat Saudara Mustafa bin Ripin, Setiausaha Sukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut. Walaupun hujan lebat pada awal pagi dan berterusan sehingga pukul 8.30 pagi, kejohanan tersebut dapat diteruskan tanpa sebarang masalah apabila hujan mula berhenti pada pukul 9.00 pagi.
Rasional penganjuran kejohanan merentas desa SMK Selayang Bharu pada tahun ini adalah memupuk budaya hidup sihat dan mengintegrasikan nasional dalam kalangan pelajar dalam sukan sekolah. Selain itu, melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan sentiasa ceria dalam meningkatkan mutu sukan sekolah. Ia juga menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar dalam bidang kokurikulum untuk mematangkan pergaulan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.
Memang tidak dapat dinafikan, kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Apa yang penting, ia juga memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar berkenaan pengurusan dan pengalaman baru mengendalikan kejohanan di luar kawasan sekolah. Semangat kerjasama antara guru-guru dan pelajar membuahkan hasil menjayakan kejohanan merentas desa sekolah pada tahun ini.

Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Encik Mohd Kassim bin Mohd Noor, Penolong Kanan Petang, Puan Rohani binti Jaafar, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norlilah binti Ismail, Penolong Kanan HEM dan Puan Noordiah binti Harun, Penolong Kanan.

Oleh:

MD RASUL BIN HARON

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...