Rabu, 20 Julai 2011

Hadir

Hadir

by Norlilah Ismail on Monday, July 18, 2011 at 4:30pm

jika hadir ku

memberi erti
berjanjilah ...
kita bergandingan hingga ke akhir


jika hadir ku
sekadar mengisi ruang
berjanjilah...
cukup di sini ia berakhir
inilah permulaan .....yang tidak akan berakhir

Nukilan
Norlilah Ismail

jika hadir ku
ibarat gerimis yang melenyapkan kemarau
umpama damar menyumbi tiris
seperti rempah ratus penyedap rasa
berjanjilah

Sekolah Dalam Hospital

Sekolah Dalam Hospital
Posted: 15 Jul 2011 05:49 AM PDT
Konsep Pembelajaran Sekolah Dalam Hospital
Sekolah Dalam Hospital, satu konsep baru yang akan memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai kesakitan atau penyakit berpanjangan di hospital. Kini terdapat dua buah hospital yang telah memulakan sesi pembelajaran di dalam hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang. Seramai 16 guru telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria untuk bertugas di bilik darjah hospital berkenaan.
Guru-guru yang telah dipilih itu perlu terlebih dahulu menjalanilatihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pedatrik HKL bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan projek khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital. Sesi pembelajaran SDH hanya akan fokus kepada subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas di SDH, guru akan berjumpanya dan mengajarnya di bilik wad pelajar tersebut.
Program “Sekolah Dalam Hospital” ini memang tepat pada masanya memandangkan ramai pelajar yang ketingglan pembelajaran di sekolah  disebabkan oleh masalah kesihatan kini dapat diselasaikan malah dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk terus belajar walaupun mereka jatuh sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah. Saya berharap program ini dapat diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Hakikat Kepimpinan

Hakikat Kepimpinan




e-Disiplin akan diperluas ke semua sekolah

The Borneo Post
Posted on July 19, 2011, Tuesday
Sistem tersebut mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian
PUTRAJAYA: Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilancarkan semalam untuk mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian, akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, melalui e-Disiplin iaitu aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web, guru disiplin akan melapor salah laku pelajar secara dalam talian.
Ini sekali gus memudahkan kementerian mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan selanjutnya dan akan dilaksanakan sebagai program pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-10, pada tahun ini, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin serta pelancaran e-Disiplin, di sini semalam.
Sejak 2009 sehingga kini, e-disiplin hanya dilaksanakan di 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara yang mendapat maklum balas positif daripada guru-guru kerana mencatatkan penurunan masalah disiplin murid yang begitu signifikan, katanya.
Ia dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk membantu usaha kementerian memantapkan pengurusan disiplin murid.
“Kita seru supaya pihak sekolah sentiasa mengisi maklumat dengan jujur. Kita akan lihat juga mana sekolah yang rekodnya nampak mungkin kita akan tanya soalan atau kita hantar pasukan ke sekolah itu (untuk menyiasat), kadang-kadang sekolah tidak lapor tetapi ada masyarakat yang laporkan (kes disiplin),” katanya.
Mengenai tindakan yang akan diambil kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan banyak kes salah laku pelajar, Abd Ghafar berkata kementerian akan turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sekolah itu supaya ia dapat diatasi segera selain mengadakan kursus motivasi untuk pelajar.
Sementara itu beliau berkata sumbangan komputer riba itu adalah usaha kementerian dan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid untuk memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah FELDA dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun. — Bernama

Budaya Nasihat

Amalkan budaya nasihat


DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmanNya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhi lah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Intipati Bajet 2011

 


* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
 * Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
 * Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
* Melancarkan Dana Pencen Swasta.
* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. -
* Memberi fleksibel cuti bersalin sehingga 90 hari.
Sumber: BERNAMA

Kurikulum alternatif untuk murid istimewa

 

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran.
Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka.
Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran.
Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani.
Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.
Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif.
Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.
Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.
Mereka juga akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama pelajar-pelajar biasa di kelas aliran perdana serta dibenarkan untuk mengambil peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM.
Berdasarkan pencapaian, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di SMPK(V) Indahpura, Kulai, Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas.
KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan khas selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua murid diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang sama rata

sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...