Khamis, 17 Februari 2011

LADAP Guru Merangsang Perubahan


MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com



Sebelum menghadiri sesuatu latihan atau kursus pembangunan profesionalisme guru seseorang guru itu perlu membentuk azam untuk berubah agar menjadi guru yang cemerlang. Guru harus bersedia mengakui kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Kita menanam azam untuk menyerlahkan nilai diri yang sebenar (self-essence). Guru mesti bersedia menerima teguran dengan lapang dada. Bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan. Kita juga perlu sedar bahawa Allah yang menggerakkan sebarang perubahan yang akan dilakukan.
Kunci kepada pembangunan diri guru ialah kesediaan untuk melakukan sesuatu perubahan positif walaupun kecil. Jika kita berubah, semua orang di persekitaran kita akan berubah. Jika kita tidak mampu melakukan sesuatu perubahan, jadilah orang baru yang mampu untuk melakukan perubahan tersebut. Semua guru dilahirkan sama hebat tetapi tidak serupa. Kehebatan kita berbeza-beza. Guru yang hebat ialah guru yang telah menggunakan segala sumber dan kekuatan yang Allah berikan secara produktif dan terarah. Otak kita mampu menyimpan atau menampung sekurang-kurangnya 300 skills.  Marilah kita sama-sama melakukan setiap aktiviti dengan bersemangat. Mesti ceria setiap masa. Jika kita mengikuti sesuatu latihan pembangunan diri, ia harus dilakukan dengan ceria. Kesannya kita tidak terasa penat untuk mengikuti sesuatu latihan atau kursus. Malah kita akan menjadi lebih bertenaga dan kreatif. Setiap keputusan dan tindakan guru mesti mempunyai pertalian emosi. Emosi seperti insaf, marah, sayang, teringin, seronok, bahagia dan sebagainya akan mendorong kita untuk bertindak secara profesional.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...