Sabtu, 26 November 2011

Video Penunjuk Perasaan Kaherah


26 Nov-Sekurang-kurangnya satu orang dilaporkan terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan Mesir cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan Kaherah






Doktor maut dalam kemalangan


Sumber:
Utusan Borneo

by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on November 26, 2011, Saturday


MALANG...Kereta yang dipandu mangsa terbabas lalu merempuh sebatang pokok di atas pembahagi jalan.


KOTA KINABALU: Seorang doktor wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan di Kilometer 6.5 Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, awal pagi kelmarin.
Mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Cheng Siew Kuan, 26, yang bertugas di Hospital Likas dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Cendawan Batu 3.5, Jalan Penampang, menuju ke Hospital Likas, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa jenis Proton Wira dipercayai hilang kawalan.
Selepas itu, kenderaan mangsa kemudian terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok yang berada di atas pembahagi jalan berkenaan.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata mangsa dari arah bulatan Yayasan Sabah di lorong kanan, mangsa disyaki hilang kawalan lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ketika kejadian tiada kesan pecahan perlanggaran dengan kenderaan lain dan tiada kesan brek. Kenderaan mangsa rosak di bahagian kiri pemandu dan ketika kejadian cuaca baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai doktor difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Likas.
“Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizebath (HQE) untuk proses bedah siasatan sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” tambahnya.
Sementara itu, Sofi berkata dalam satu kes lain, tiga lelaki diberkas selepas dipercayai mencuri pintu rumah bernilai RM2,000 daripada sebuah rumah milik seorang lelaki berumur 40 tahun yang sedang dibaik-pulih di Kampung Likas di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada 19 November kira-kira 4.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek dikatakan mengambil kesempatan ketika penduduk di kampung berkenaan sedang nyenyak tidur untuk melarikan pintu rumah milik pengadu.
Bagaimanapun, tindakan mereka disedari salah seorang jiran pengadu yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan salah seorang daripada suspek yang ketika itu sedang mengangkat pintu terbabit.
Sofi berkata suspek yang ditahan itu merupakan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun.
“Ketika tangkapan dibuat, polis turut berjaya merampas semula pintu rumah yang dicuri oleh suspek kerana ketika ditahan suspek sedang mengangkat pintu rumah itu,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.
Sofi berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan terhadap suspek pertama terbabit, polis berjaya menahan dua lagi rakan suspek yang dipercayai turut terlibat.
“Kedua-dua suspek itu masing-masing ditahan di sekitar kampung berkenaan pada jam 5 pagi dan 4 petang,” tambahnya.
Menurut Sofi lagi, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Kesekasaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, mereka turut akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka didapati positif dadah.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...