Oleh:
Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
Pengetua
SMK(F) Besout
35600 Sungkai, Perak
Pengetua
SMK(F) Besout
35600 Sungkai, Perak
Bidang “peer councelling” diperkenalkan oleh IAB kepada para pendidik pada pertengahan tahun 1980an atas inisiatif Puan Zuraidah bt Abdul Rahman.Latihan “Training of trainers” dalam bidang berkenaan melahirkan jurulatih yang menyebarkan kefahaman dan pendekatan pergerakan rakan sebaya di kalangan pelajar sendiri. Ramai pelajar mendapat menafaat penjelasan nilai, kematangan emosi dan kecerdasan pemikiran daripada program ini.
Sementara pelajar mendapat menafaat dari program ini, golongan guru dan kakitangan dalam sistem pendidikan terabai dalam program yang serupa. Terdapat jurang kekosongan antara pengalaman rakan sebaya pelajar dan pengalaman bimbingan guru dan kakitangan di kalangan pekerja dalam sistem pendidikan.
Encik Shahbuddin Ashaari menyebarkan “peer councelling’ untuk guru dan kakitangan dalam sistem pendidikan. Ilmu bagi program PERASA didasari oleh Program Pembimbing Rakan Sebaya. Ilmu PERASA diperkayakan dengan mengambil kira psikologi orang dewasa, pengalaman kerja dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran orang dewasa (andragogi). Seterusnya program latihan perintis dilaksanakan bagi kelompok kliental yang berbeza bagi seluruh negara Malaysia dan Brunei. Antara yang penah mengikuti program ini dan memberikan maklumbalas positif adalah PPD, pengetua, guru besar, penolong kanan, guru-guru pakar, nazir dan staf sokongan. Kini program PERASA adalah antara satu program latihan yang paling popular.
KONSEP PERASA
Sebagai satu program yang diubahsuai daari program PRS. Program ini ditumpukan kepada golongan pekerja di dalam sesebuah organisasi. PERASA bermakna seseorang pekerja yang berminat untuk membaiki diri ke arah yang lebih positif. Mereka diberi latihan asas perhubungan kemanusiaan, penerokaan kendiri dan kemahiran lanjutan mengikut keperluan sesebuah organisasi. Ini merupakan satu cara membantu pekerja menghadapi isu dan cabaran seharian dalam dunia pekerjaan dengan lebih berkesan. PERASA dianggap sebagai satu perkhidmatan sokongan, yang mempunyai kemahiran asas membimbing rakan ke arah mencapai matlamat institusi.
RASIONAL PERASA
Individu lebih mudah menceritakan sesuatu isu atau masalah kendiri kepada orang yang rapat dengannya. Ini termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja.Oleh itu adalah amat sesuai rakan sekerja dilatih
dengan kemahiran-kemahiran untuk membantu rakan sekerja. Cabaran kehidupan hari ini semakin meningkat kerana manusia semakin ramai, saingan semakin sengit dan tekanan semakin bertambah. Rakan sekerja adalah individu yang paling sesuai untuk dilatih dengan kemahiran “rakan membimbing rakan” kerana individu ini lebih banyak masanya bersama sakan sekerja setiap hari.
dengan kemahiran-kemahiran untuk membantu rakan sekerja. Cabaran kehidupan hari ini semakin meningkat kerana manusia semakin ramai, saingan semakin sengit dan tekanan semakin bertambah. Rakan sekerja adalah individu yang paling sesuai untuk dilatih dengan kemahiran “rakan membimbing rakan” kerana individu ini lebih banyak masanya bersama sakan sekerja setiap hari.
FALSASAH PERASA
Sebagai manusia biasa PERASA mempunyai sifat-sifat diri yang positif dan sifat-sifat diri yang boleh dibaiki sebelum membimbing rakan sekerja. PERASA seharusnya meneroka dirinya, mengenali dan membina dirinya ke arah positif. Ia seharausnya ‘MEMBINA DIRI,MEMBIMBING RAKAN’.
OBJEKTIF PERASA
Program PERASA diwuudkan agar mancapai objektif berikut :
- Mewujudkan persekitaran kerja yang harmanis, saling membantu dan memahami sesama rakan.
- Menyediakan khidmat yang lebih sistematik secara formal atau tidak formal sebagai saluran mencurahkan perasaan dengan beretika.
- Mewujudkan kumpulan pekerja yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif, contohnya proaktif dalam pekerjaan, bermotivasi dan rajin. Ini menjadi “role model” kepada pekerja lain.
- Mewujudkan kumpulan pekerja yang mengamalkan budaya membimbing dengan sifat-sifat penyayang, memahami, boleh dipercayai, menerima, sabar, berfikiran positif, mahu mendengar, empati dan asertif.
KEBAIKAN MENJADI AHLI PERASA
Untuk diri sendiri:
- Perkembangan dan pembinaan diri ke arah positif.
- Membina keyakinan diri.
- Berpengalaman melatih diri ke arah menyumbang kepada orang lain.
- Mempelajari kemahiran perhubungan kemanusiaan.
- Membina imej kendiri yang positif.
- Mempelajari kemahiran menghadapi masalah dan membuat keputusan.
- Mendapat kepuasan diri dalam memberi sumbangan kepada orang lain.
Untuk keluarga:
- Menjadi ahli keluarga yang ingin membina diri.
- Lebih dapat merasai peranan ahli keluarga.
Untuk organisasi
- Membina satu program yang positif dalam organisasi yang berkesan.
- Membina satu pasukan untuk khidmat sokongan dalam organisasi.
- Mewujudkan semangat bekerja dalam satu pasukan.
- Mewujudkan suasana organisasi yang harmonis.
CIRI-CIRI PERASA
- Mendapat latihan kemahiran asas perhubungan kemanusiaan dan penerokaan kendiri.
- Mempunyai sifat peribadi yang positif, contohnya bersifat terbuka, sabar dan berminat dalam mengendalikan hal-hal kebajikan dan membimbing orang lain.
- Mudah diajak berunding, bertolak-ansur dan senang memahami perasaan orang lain.
- Mempunyai perasaan empati dalam interaksinya sesama rakan sekerja.
- Mengamalkan sifat-sifat positif yang boleh dicontohi oleh orang lain.
PERANAN PERASA
Selepas mendapat latihan asas, diharapkan PERASA akan dapat melaksanakan peranan sebagai rakan:
- yang mempunyai kemahiran perhubungan kemanusiaan yang baik, contohnya kemahiran mendengar, empati, menghadapi masalah dan kemahiran membimbing rakan menghadapi isu dan cabaran hidup dengan lebih berkesan.
- yang mengamalkan model cara gaya kerja yang berkualiti dan produktif.
- yang berminat merancang, menyelaras, melaksana dan mengawal aktiviti kebajikan di tempat kerja, contohnya program orientasi staf baru dan hari keluarga.
- yang menjadi golongan penyokong pihak pekerja dan pihak pengurusan ke arah mencapai wawasan institusi.
- yang menjadi penggerak khidmat masyarakat dengan tujuan membantu ahlinya dalam membina satu masyarakat penyayang.
TANDA-TANDA TINGKAHLAKU BERMASALAH DI SEKOLAH:
- Kurang minat bekerja.
- Selalu merungut.
- Sering menyalahkan orang lain.
- Tidak suka bekerjasama.
- Produktiviti menurun.
- Selalu lewat datang bertugas.
- Selalu lewat menyiapkan tugasan.
- Pengurusan diri tidak teratur.
- Selalu MC.
- Menyalurkan kerja kepada orang lain.
- Ponteng.
- Masa rehat yang panjang.
- Menentang pembaharuan.
- Tidak dapat mengawal perasaan , marah, menangis.
- Mempertahankan diri walaupun salah.
- Menunggu arahan.
- Kurang perhatian pada pekerjaan.
- Rasa kecewa.
- Timbul konflik/krisis.
- Ujud kumpulan-kumpulan tidak formal.
- Muram
ETIKA PERASA
Dalam melaksanakan peranan sebagai seorang PERASA, individu perlu mengamalkan etika tertentu. Ini akan mempertingkatkan kepercayaan pihak lain terutamanya rakan sekerja terhadap PERASA. Kepercayaan rakan akan memudahkan lagi menyebarkan budaya positif di tempat kerja melalui ikatan tingkahlaku PERASA yang boleh dijadikan “role model”.
Kerahsiaan
Keyakinan dan kepercayaan rakan sekerja terhadap PERASA akan membantu mereka membuat pendedahan kendiri dengan lebih berkesan. Pendedahan kendiri yang jujur menolong PERASA mendapat maklumat yang tepat mengenai rakannya. Maklumat yang tepat akan membolehkan PERASA membimbing rakannya dengan lebih berkesan.
Keyakinan rakan sekerja kepada PERASA akan meningkat jika mereka tahu bahawa segala maklumat yang diceritakan kepada PERASA adalah selamat dan tidak akan dibocorkan kepada orang lain.
Maklumat boleh diceritakan kepada orang lain yang dapat membantu jika sekiranya rakan tersebut membenarkan maklumatnya diceritakan kepada orang lain. Sekiranya maklumat tersebut boleh merosakkan dirinya atau orang lain, maka maklumat tersebut bolehlah diceritakan kepada orang lain yang dapat membantunya walaupun tanpa kebenaran rakan. Contohnya, jika raka PERASA berkata dia akan membunuh diri atau membunuh orang lain.
Tidak Mengambil Kesempatan
Rakan yang menghadapi isu dan cabaran hidup yang berat akan mempercayai PERASA yang sanggup memberi perhatian dan mendengar luahan isi hatinya. Kepercayaan ini jangan diabaikan. Kepercayaan ini harus dibalas dengan bimbingan yang jujur. Elakkan dari “menangguk di air yang keruh”.
Bersikap Terbuka
Sebagai PERASA seharusnya dapat menerima semua rakan secara terbuka dan tidak pilih kasih. PERASA juga perlu menerima teguran, pendapat dan pandangan orang lain terhadapt sesuatu isu secara terbuka dan rasional.
Membimbing Rakan Ke Arah Hidup Berdikari
PERASA tidak menggalakkan rakan yang dibimbingnya sentiasa bergantung kepadanya. Rakan seharusnya dibimbing ke arah hidup berdikari dan boleh membuat keputusan sendiri serta bertanggungjawab terhadap keputusan.
Mengekalkan Objektif PERASA Dalam Melaksanakan Peranannya
PERASA harus sentiasa bertindak di tempat kerjanya ke arah mencapai objektif penubuhan PERASA.
Membuat Rujukan
PERASA harus menyedari keupayaan dan kemampuan dirinya untuk membimbing rakannya. Beliau harus membuat rujukan kepada orang lain yang dapat membimbing rakannya dengan lebih berkesan jika PERASA tidak mampu lagi membimbing rakannya. Jika rakannya tidak mahu dirujukkan kepada pakar lain, PERASA haruslah menjelaskan limitasi dan kemampuan dirinya.
Mengimbang Keperluan
PERASA harus menyedari keperluan diri, organisasi dan komuniti supaya dapat mengisi keperluan tersebut dengan seimbang. Dengan ini dapat mengelakkan daripada sesuatu pihak dipergunakan atau dijadikan mangsa.
PRINSIP-PRINSIP PERASA
Pendekatan Membimbing Bukan Menghukum
PERASA tidak menjalankan peranan sebagai penghukum atau pelaksana hukuman. Urusan hukum menghukum diserahkan kepada pihak pengurusan. PERASA terus membimbing walaupun ke akhir hayat
Penerimaan Tanpa Syarat
Setiap manusia ingin diterima, unik dan penting. PERASA menerima manusia lain tanpa syarat.
Melihat Dalaman
PERASA membimbing rakan melihat ke dalam diri sendiri, kenal diri, bina diri dan yakin diri melalui keputusan yang dibuat sendiri dan bertanggungjawab ke atas keputusan tersebut.
Setiap Manusia Mempunyai Potensi Tersendiri
PERASA mempercayai dan yakin bahawa setiap manusia mempunyai potensi tersendiri untuk berubah dan berkembang ke arah yang positif. Perubahan akan berlaku melalui tindakan yang bersungguh-sungguh secara penuh kesabaran dan bertawakal kepada Tuhan.
Sopan
PERASA mengamalkan tingkahlaku yang halus dan sopan dalam semua tindakan secara lisan dan bukan lisan.
Pendirian Tersendiri
Setiap manusia unik dan mempunyai pandangan tersendiri terhadap sesuatu isu atau cabaran. Apabila ia tahu, sedar dan faham tentang isu dan cabaran, ia berupaya mengatasinya sendiri.
Keihklasan
PERASA memberi bimbingan dan bantuan kepada orang lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Manusia Mempunyai Keperluan
PERASA percaya bahawa setiap manusia mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi. Antara keperluan tersebut ialah:
- Keperluan keselamatan
- Keperluan kasih sayang
- Keperluan penghargaan
- Keperluan kesempurnaan kendiri
Gigih
PERASA akan sentiasa membimbing rakannya tanpa merasa jemu dan kecewa walaupun hasilnya negatif dan seterusnya bertawakal kepada Tuhan.
KEMAHIRAN PERASA
Kemahiran Asas
Sebelum membimbing rakan, PERASA seharusnya meneroka dan mengkaji dirinya. Ini bertujuan mengenalpasti sifat dirinya dari aspek rohani, emosi, jasmani, sosial dah sahsiah. Sifat yang baik diperkembangkan dan yang kurang perlu diperbaiki. Kemahiran mengkaji dan meneroka diri perlu dipelajari.
PERASA juga perlu mempunyai kemahiran asas yang lain :
- Mengamalkan sifat pembimbing
- Mengamalkan sifat sahabat yang baik
- Mendengar
- Melayan
- Berkomunikasi
- Membuat keputusan
- Memahami punca masalah
- Menghadapi masalah
- Menghadapi konflik
- Mediasi
- Harga diri
- Pembinaan pasukan
- Asertif
- Pengurusan tekanan
- Motivasi dan penghargaan
- Pengurusan masa
- Bersikap positif
KESIMPULAN
Sesungguhnya, PERASA merupakan satu pendekatan dalam membantu mewujudkan sekolah berkesan. Pengetua dalam pelbagai stail kepimpinan yang berkesan sepatutnya dapat diterima dalam organisasinya tersendiri. Suasana organisasi yang harmonis, ceria dan interaksi serta hubungan yang erat menjadi pemangkin pengurusan berkesan.
Rujukan;
1.PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) Dalam Pengurusan Pendidikan, IAB,1996.
2.Muhamad Jantan,Ibubapa Profesional,Nurin Enterprise,KL 1993.