Rabu, 8 Februari 2012

FORMULA MENGUBATI ‘PENYAKIT’ MULUT CELUPAR DARIPADA RASULULLAH SAW



Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”
Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan. Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyallah.
Oleh: NAIMAH SHAARI(Persatuan Pengguna Muslim Malaysia)

Jangan terlalu dedahkan profil diri



by Clare Cinderella. Posted on February 8, 2012, Wednesday

LIHAT SENDIRI: (Dari kiri) Robert Lawson, Rosey dan Fatimah sama-sama memerhati sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Pusat Jagaan Harian Sunflower melakukan terapi kepada salah seorang kanak-kanak jagaan pusat itu semasa lawatan semalam.

Wanita gemar ‘chatting’ dalam laman sosial perlu waspada elak ditipu


MIRI: Golongan wanita yang gemar berkomunikasi atau ‘chatting’ di laman web sosial, jangan terlalu mendedahkan profil diri mereka kepada orang luar bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah ketika mengingatkan demikian berkata, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa penipuan ini dijejaki melalui profil atau status mereka.
“Mereka yang terlibat dalam kes penipuan seperti ini bukan golongan sembarangan, sebaliknya begitu berpengalaman dan merujuk profil mangsa untuk mengetahui status mereka, terutama golongan ibu tunggal, wanita berusia dan mereka yang sedang mencari teman dan kasih sayang.
“Mereka juga telah mengkaji terlebih dahulu kelemahan golongan wanita yang akan dijadikan ‘kumpulan sasaran’ mereka itu dan kemudian menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang boleh menjerat sosial dan emosi mangsa, ditambah dengan janji-janji palsu,” katanya.
Menurut Fatimah lagi, dengan kebijaksanaan berkata-kata dengan menabur puji-pujian, maka wanita yang menjadi mangsa mereka tanpa sedar, begitu mudah ‘jatuh cinta’ kerana beranggapan diri mereka benar-benar disayangi hingga tanpa sedar ditipu wang ringgit yang melibatkan angka besar hingga mencecah jutaan ringgit.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes-kes wanita dari negeri ini yang banyak menjadi mangsa penipuan yang melibatkan wang ribuan ringgit akibat ‘cinta Internet’ dan juga ‘cinta palsu’ yang menjadikan mereka keldai dadah dan kambing hitam yang ‘dikorbankan’ dalam jenayah terancang sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Ditanya kenapa wanita Sarawak kerap menjadi mangsa, Fatimah berkata, kes-kes seumpama itu bukan hanya berlaku kepada wanita di Sarawak sahaja sebaliknya di negeri-negeri lain juga.
“Mereka bukan menumpukan kepada negeri ini semata-mata tetapi seperti yang saya katanya tadi, profil mangsa, terutama mereka yang kesunyian dan perlukan kasih sayang daripada seseorang yang bernama lelaki.
“Justeru, saya menasihatkan wanita-wanita kita (di Sarawak) supaya berhati-hati terutama membabitkan soal lelaki yang tidak diketahui latar belakang mereka. Golongan ini (penipu) ada di luar sana, sentiasa menunggu dan mencari mangsa-mangsa mereka,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat meminta ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak perempuan mereka terutama lepasan sekolah yang belajar di kolej-kolej dan institusi pengajian tinggi seluruh negara termasuk yang bekerja di luar negeri ini.
“Ketahui dengan siapa mereka berkawan terutama apabila ia melibatkan warga asing bagi mengelak mereka terbabit dengan sindiket dadah antarabangsa ini.
“Dalam pada itu golongan wanita muda terutama pelajar, supaya berhati-hati apabila ‘chatting’ di laman web sosial. Jangan begitu mudah terpengaruh dengan apa yang dijanjikan dan kata-kata terutama daripada lelaki yang baru dikenali,” tambahnya.
Terdahulu, kedua-dua mereka mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Harian Sunflower iaitu pusat jagaan anak-anak istimewa dan kurang upaya di sini, yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/08/jangan-terlalu-dedahkan-profil-diri/#ixzz1lm9cmPhL

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...