Isnin, 22 November 2010

Apakah Hak Asasi Manusia?

widgets

MD RASUL BIN HARON
Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul)
mrasulharon@yahoo.com

Hak asasi manusia biasanya difahami sebagai hak yang dipunyai manusia secara sedia ada atau semula jadi. Konsep hak asasi manusia menerima realiti bahawa setiap insan berhak untuk menikmati hak asasinya tanpa membezakan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, asal-usul bangsa atau sosial, harta-benda, status kelahiran atau status lain.
Hak asasi manusia dijamin dari segi undang-undang oleh UNDANG-UNDANG HAK ASASI MANUSIA, yang melindungi individu dan kumpulan daripada sebarang tindakan yang mengganggu gugat kebebasan dasar dan maruah manusia. Hak-hak ini dinyatakan dalam triti, undang-undang antarabangsa adat, kumpulan prinsip dan sumber lain undang-undang. Undang-undang hak asasi manusia meletakkan kewajipan kepada negara pihak untuk bertindak dengan cara khusus dan melarang negara tersebut daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Walau bagaimanapun undang-undang tidak menetapkan hak asasi manusia. Hak asasi manusia merupakan hak sedia ada yang diperoleh setiap insan yang lahir sebagai manusia. Triti dan sumber lain undang-undang berperanan untuk melindungi secara formal individu dan kumpulan terhadap sebarang tindakan atau pengabaian tindakan oleh kerajaan yang mengganggu hak asasi yang dinikmati oleh mereka.

Hak Kepada Pendidikan

widgets

FARIDAH BT MOHAMAD SAAD
Institut Pendidikan Guru
Kampus Teknik
Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
noniemsaad@yahoo.com

Pendidikan adalah penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Pendidikan juga telah diiktiraf sebagai hak asasi kepada semua. Semua negara yang telah menandatangani dan meratifikasikan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan rendah secara percuma dan wajib kepada setiap kanak-kanak. Pendidikan hendaklah tertumpu kepada perkembangan personaliti, kemahiran, keupayaan mental dan fizikal kanak-kanak sepenuhnya.
Sistem persekolahan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk memastikan disiplin pelajar dipatuhi hendaklah selaras dengan maruah kanak-kanak sebagai seorang manusia.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...