Selasa, 15 November 2011

Calon SPM dipukul sekumpulan pelajar


Sumber:
Utusan Borneo
15.11.2011
MANGSA BULI: Mangsa yang mengalami luka di bahagian kepala semasa ditemui di balai polis di Kuching, semalam.

KUCHING: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dipukul oleh sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama selepas dia secara tidak sengaja telah menjatuhkan seorang pelajar perempuan.
Insiden tersebut telah berlaku di sebuah sekolah di Kenyalang Park semalam.
Mangsa yang beruasia 17 tahun berasal dari Chawan Road sebelum ini bersekolah di sebuah sekolah di Padungan namun berpindah ke sekolah tersebut kerana kerap dibuli oleh pelajar nakal.
Menurut ibu mangsa, dia mengharapkan anaknya dapat menduduki SPM dengan baik pada tahun ini di sekolah yang baru dan tidak menjangkakan insiden tersebut akan berlaku.
Menurut sumber, mangsa sebelum ini juga kerap dibuli oleh kumpulan yang sama malah turut mengugut mangsa yang mereka akan merosakkan kereta ibunya.
Mangsa yang mengalami luka di bahagian kepala ekoran insiden tersebut telah dibawa ke balai polis oleh keluarganya untuk membuat laporan berhubung kejadian.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...