Khamis, 21 Oktober 2010

Tidur Dalam Kelas


Dalam permasalahan pelajar tidur dalam kelas, terdapat beberapa punca berlakunya aktiviti tersebut. Antaranya latar belakang keluarga pelajar tersebut, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan kedudukan dalam kelas. Lazimnya, pelajar yang memiliki rekod dan masalah disiplin sering tidur di dalam kelas terutamanya pada waktu subjek yang tidak diminati ataupun terhadap guru yang tidak digemari oleh mereka. Punca utama pelajar tidur di dalam kelas semasa proses P&P adalah kerana tidur yang tidak mencukupi. Pada usia sedemikian, mereka perlu tidur 8-10 jam sehari.



Sekolah, Guru dan Murid


Sekolah, guru dan murid adalah tiga faktor utama yang saling berkait rapat dalam pembentukan sahsiah murid cemerlang dan ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Kecemerlangan seseorang individu ialah perkembangan intelek, emosi, jasmani dan rohani. Murid menghabiskan hampir kebanyakan masa mereka di sekolah. Jadi, selain rakan sebaya, guru adalah individu dewasa yang terdekat dan secara tidak langsung bertanggungjawab untuk memastikan bahawa murid tadi mempunyai sahsiah yang cemerlang dan seimbang.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...