Sabtu, 31 Disember 2011

Pelajar dimabukkan dengan pil khayal sebelum dirogol


Sumber:
http://www.theborneopost.com/2011/12/30/pelajar-dimabukkan-dengan-pil-khayal-sebelum-dirogol/

Gambar Hiasan
Pelbagai Bentuk Dadah Halusinogen






Mangsa mendakwa dirinya telah dimabukkan setelah terminum minu-man yang diletakkan bahan disyaki pil khayal
MIRI: Hasrat bergembira bersama kawan untuk berjalan-jalan di Miri pada Hari Krismas lalu menjadi memori hitam bagi seorang pelajar Tingkatan Dua setelah mendapati dirinya dipergunakan untuk memuaskan nafsu rakan lelaki kepada kawannya sendiri.
Mangsa mendakwa dirinya telah dimabukkan setelah terminum minu-man yang diletakkan bahan disyaki pil khayal, yang dijadikan kesempatan kepada lelaki berkenaan untuk me-rogolnya.
Pada 25 Disember lalu, mangsa yang berusia 14 tahun, berasal dari Keluru Jaya Bekenu, dekat sini, diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia 20-an iaitu rakan kepada teman perempuannya.
Rakan mangsa yang berusia 16 tahun mengajak mangsa untuk berjalan-jalan meraikan Hari Krismas di bandar raya Miri iaitu setengah jam perjalanan de-ngan menggunakan kereta Perodua Kancil milik lelaki berkenaan.
Kampung Bukit Bom Batu Niah
Ketika singgah untuk minum di sebuah restoran di Miri, mangsa memesan minuman tin berkarbonat dan mendakwa 
berasa pening dan hampir pitam setelah meminum minuman berkenaan.
Mangsa mendakwa minumannya itu telah diletakkan sesuatu dipercayai pil khayal.
Mangsa tidak ingat apa yang berlaku kepadanya selepas pengsan sehingga dia tersedar dan terkejut berada di pantai pada keesokan harinya.
Menurut laporan yang diberikan, mangsa tersedar pada sebelah petang dengan masih ditemani oleh suspek di pantai berdekatan Kampung Beraya, Bakam dekat sini.
Keliru dan bimbang terhadap apa yang telah berlaku kepada dirinya, mangsa dipujuk dan kemudian dihantar suspek ke kediaman sepupunya di Kampung Bukit Bom Batu Niah.
Mangsa kemudian dihantar kembali ke kediamannya di Bekenu oleh sepupunya dan menceritakan punca kehilangannya kepada ibu bapanya.
Mangsa mengadu sakit di badan dan kemaluannya kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.
Seksyen 372 Kanun Keseksaan
Ibu bapa mangsa sebelum itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Bekenu yang kemudian dirujuk ke Balai Polis Daerah Miri.
Ketua Polis Daerah (KPD) ACP Jamaluddin Ibrahim yang dihubungi semalam mengesahkan kes ini dan menerima laporan dari ibu bapa mangsa pada malam kelmarin.
Menurutnya, ketika disoal siasat, mangsa tidak dapat mengingati kembali warna kereta dan nombor plat Perodua Kancil milik lelaki berkenaan.
“Kami masih menjejaki lelaki dan teman perempuan mangsa.
“Kami akan siasat kes ini bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan 20 tahun penjara dan sebatan,” jelasnya.
Mengulas lanjut tentang kes ini, Jamaluddin menasihati penduduk Miri khasnya golongan remaja agar tidak mudah terikut-terikut ajakan daripada individu yang tidak dikenali.
Beliau bimbang kejadian jenayah seperti ragut, culik dan rogol akan menimpa golongan berkenaan sekiranya bersikap sambil lewa dan tidak berhati-hati.

Ari Software 



INFO 1

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.


Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia digunakan oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.



INFO 2

Presiden MCPA Ravi Ponnan berkata berdasarkan pemantauan NGO itu, cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual.

"Kesemua barangan ini dan juga alat renjatan elektrik dan pistol mainan berkualiti tinggi juga boleh didapati dengan mudah dan murah di pasar-pasar awam dan kedai runcit," katanya dalam satu sidang media.

Ravi berkata sebagai contoh, sejenis ubat khayal buatan India yang didakwanya boleh menyebabkan kanser boleh didapati dengan harga 60 sen di pasar malam, kedai runcit dan juga restoran mamak.

"Ia berupa serbuk kasar yang merupakan campuran pinang dan tembakau. Meskipun ia bukan dadah, namun ia boleh memberi efek khayal selepas 15 minit memakannya, malahan di India serbuk ini diharamkan.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...