Ahad, 21 Ogos 2011

BAHANA RASUAH MENJADI BUDAYA



BAHANA RASUAH MENJADI BUDAYA Oleh
Dato’ Ahmad Khusairi Haji Yahaya
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Di negara ini, rata-rata masyarakat telah mengetahui bahawa rasuah merupakan suatu perbuatan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda 5 kali nilai ganda suapan atau kedua-duanya sekali. Di samping tindakan punitif tegas yang dikenakan kepada pesalah rasuah, pelbagai dasar, peraturan dan program-program berbentuk pencegahan serta pendidikan masyarakat dilaksanakan bagi membendung gejala ini.
Rasuah ibarat barah yang secara perlahan menyelinap ke seluruh setiap inci anggota tubuh manusia badan dan akhirnya memusnahkan keseluruhan sistem yang ada. Natijah keburukan jenayah rasuah bilamana ianya mula diserap menjadi budaya dalam sesebuah organisasi amatlah digeruni. Jenayah rasuah sekiranya berleluasa dan menjadi budaya sesebuah organisasi akan memberi kesan serta menjejaskan keseluruhan entiti dalam sistem sosial organisasi berkenaan. Ini termasuklah kesan terhadap pekerja, pelanggan, interaksi sosial, perkhidmatan yang ditawarkan, sistem dan prosedur dan sebagainya.
Dalam konteks jenayah rasuah, golongan pekerja dalam sesebuah organisasi dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu koruptor, oportunis dan berintegriti.
Koruptor merupakan golongan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda. Golongan ini merupakan golongan minoriti tetapi amat berpengaruh dalam sistem sosial sesebuah organisasi. Berani meminta dan memujuk rayu suapan rasuah dan menggunakan unsur-unsur ugutan serta penindasan jika terdesak.
Oportunis merupakan kumpulan pekerja yang bersifat tunggu dan lihat. Tidak berani untuk membuat keputusan dan sentiasa berhati-hati dalam tindakan. Tidak meminta atau memujuk rayu tetapi menerima jika ditawarkan Golongan oportunis merupakan kumpulan majoriti dalam organisasi dan biasanya terdiri dalam kategori pertengahan dan bawahan. Mudah terpengaruh dengan kemewahan yang ditonjolkan oleh golongan koruptor dan dalam masa yang sama takut tertangkap.
Golongan berintegriti merupakan kumpulan yang mempunyai prinsip hidup yang utuh dan sentiasa berpegang kepada undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakan. Akibatnya, golongan ini sentiasa diketepikan dan diasingkan dalam sebarang proses membuat keputusan oleh pihak atasan yang korup. Ada juga di sesetengah organisasi, golongan ini digunakan sebagai boneka untuk menutup segala kelemahan dan keburukan yang berlaku dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh, dilantik memegang jawatan berkaitan pelaksanaan aktiviti integriti, pencegahan rasuah dan sebagainya yang mana program-program ini hanya untuk golongan-golongan pekerja tertentu dan tidak pernah dihadiri oleh pegawai atasan.
Apakah petanda yang menunjukkan jenayah rasuah telah menjadi budaya dalam sesebuah organisasi?
Rasuah Menjadi Budaya bila mana:
 Tohmahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan semakin banyak ke atas organisasi;
 Pemusatan kuasa hanya kepada seorang individu sahaja;
 Kuasa budi bicara melebihi peraturan dan prosedur;
 Semakin ramai orang tengah berurusan di kaunter;
 Broker projek, orang tengah, pembekal bebas keluar masuk pejabat;
 Keistimewaan diberikan kepada sesebuah syarikat atau individu;
 Wujud amalan
 Tiada dasar putaran kerja, pegawai berkhidmat di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama;
 Pegawai enggan bertukar walaupun dinaikkan pangkat;
 Kehidupan pegawai dan staf amat mewah;
 Produktiviti dan prestasi organisasi turun naik, ada proses kerja yang cepat tapi ada yang sengaja dilewat-lewatkan;
 Birokrasi bertambah meruncing;
 Pelanggan dikenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya;
 Pegawai meminta upah secara terang-terangan bagi mempercepatkan proses;
 Pembekal terpaksa membayar komisen dalam setiap pembekalan kepada pegawai;
 Rasuah berleluasa di setiap peringkat kakitangan bermula dari pengawal keselamatan hinggalah ke ketua jabatan;
Bagaimana jenayah rasuah dapat memberi kesan dalam konteks pekerja? Kita biasa mendengar rungutan dan rasa tidak puas hati golongan pekerja yang ditindas termasuk dari segi tidak diberikan peluang untuk kenaikan pangkat malahan ditukarkan ke kawasan pendalaman hanya semata-mata enggan
memenuhi arahan si ketua yang mahu meluluskan sesuatu permohonan kepada kroninya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Akan tetapi bagi golongan oportunis undang-undang dan peraturan diketepikan semata-mata untuk memenuhi arahan ketua jabatan. Ada saja jalan pintas yang boleh dicipta menerusi peraturan yang lemah untuk memenuhi hajat si ketua. Undang-undang dan peraturan yang lapuk dimanipulasikan bagi mengukuhkan asas tindakan. Undang-undang dan peraturan diinterpretasikan mengikut kepentingan dan kehendak tertentu. Inilah kreativiti yang berjaya dipupuk oleh organisasi yang mengamalkan budaya rasuah.
Sebagai balasan kepada si oportunis, pelbagai bentuk keistimewaan diberikan oleh si ketua termasuk yang biasa kita dengar seperti cepat naik pangkat, bebas keluar masuk pejabat, tidak perlu buat kerja, hidup mewah, kekal selama-lamanya di tempat yang sama dan berkuasa penuh sehingga tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun.
Kesannya perpecahan akan berlaku dalam sesebuah organisasi yang akhirnya mewujudkan perasaan berpuak-puak antara golongan pekerja, menimbulkan rasa tidak puas hati, melemahkan semangat kerja, mengabaikan peraturan serta prosedur dan yang paling membimbangkan bila mana orang luar yang tiada kena mengena dengan jabatan pun bebas keluar masuk ke pejabat ketua jabatan dan boleh pula memberikan arahan kepada pegawai dan staf untuk membuat itu dan ini.
Bagi golongan pekerja yang lemah psikologinya, akan mudah terjerumus dalam kancah jenayah rasuah. Rasa tidak puas hati dilepaskan dengan turut sama meminta wang rasuah bagi melaksanakan tugas masing-masing. "Apa yang nak dihairankan, bos pun sama, kalau kita tak ambil orang lain akan ambil juga" merupakan antara kata-kata yang sering diungkapkan bagi memujuk hati dan perasaan untuk menghalalkan perbuatan yang haram.
Bila rasuah menjadi budaya dalam organisasi, kedudukan di bahagian-bahagian strategik seperti perolehan, pelesenan, penguatkuasaan, pembangunan, teknikal dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai lubuk emas akan diletakkan pegawai-pegawai yang sehaluan demi melicinkan "urusan" peribadi. Tidak hairanlah, kebelakangan ini muncul kes-kes di dada-dada akhbar yang berkaitan tangkapan BPR terhadap ketua jabatan hingga ke pembantu am pejabat, penguat kuasa lapor kegiatan rasuah penguat kuasa lain hanya kerana pembahagian wang rasuah dibuat secara tidak adil dan bermacam-macam kes panas yang membimbangkan.
Salah satu lagi entiti penting yang terjejas bila rasuah menjadi budaya organisasi adalah golongan pelanggan. Pelanggan terpaksa membayar lebih dari apa yang sepatutnya dibayar disebabkan "caj-caj" tertentu yang dikenakan oleh pegawai mahupun orang tengah (perantara). Pemohon yang benar-benar layak akan diketepikan disebabkan jenayah rasuah dan kronisme. Proses pembayaran bil yang sepatutnya diproses dalam tempoh 14 hari mengambil masa berbulan-bulan lamanya sehingga menjejaskan pembekal untuk membuat modal pusingan. Pelanggan terpaksa datang awal untuk merebut nombor giliran dan beratur panjang sedangkan kenalan dan kroni-kroni di biar masuk ikut pintu belakang.
Pelbagai bentuk masalah dan tekanan seperti karenah birokrasi, kelewatan proses, borang permohonan hilang, dokumen tak lengkap, pemeriksaan mengejut, saman dan kompaun atas kesalahan yang sengaja diada-adakan, operasi bagi mengganggu perniagaan dan berbagai-bagai cara dibuat bagi memaksa pelanggan membayar wang rasuah. Yang anehnya, bila duit kopi diselitkan pada borang permohonan, pegawai dibawa berhibur di pusat-pusat karaoke, hadiah-hadiah berharga disedekahkan dan perjanjian komisen ditetapkan kesemua proses berjalan dengan lancar, cepat, cekap dan efisien.
Kesan yang paling mengaibkan bila rasuah menjadi budaya adalah terhadap golongan pelanggan yang kurang berkemampuan, masyarakat luar bandar, kurang berpendidikan yang cuba mendapatkan perkhidmatan dan pembelaan daripada organisasi terbabit. Kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai yang sepatutnya mengagihkan bantuan kebajikan kepada orang kurang upaya dan warga emas telah menyelewengkan peruntukan terbabit untuk kepentingan diri masih berlaku. Orang kurang upaya dan warga emas yang bergantung pada bantuan kewangan ini ditipu dengan cap jari dan tandatangan diambil sebagai pengesahan palsu bahawa mereka telah menerima bantuan tersebut. Walhal bantuan kewangan tersebut di seleweng untuk kemewahan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Melihat kepada kesan jenayah rasuah bila ia menjadi budaya organisasi amatlah menggerunkan. Jenayah rasuah harus diperangi kerana ia mengakibatkan kerosakan yang berpanjangan khususnya terhadap imej dan kepercayaan masyarakat terhadap organisasi. Adalah mudah untuk kita mencapai kecemerlangan, tetapi sukar untuk kita mengekalkan kecemerlangan tersebut ditambah pula apabila imej organisasi tercalar disebabkan jenayah rasuah.
Bersama Kita Lakukan Perubahan Perangi Rasuah

Lapor setiap penerimaan hamper musim perayaan



MELAKA: Kakitangan awam mahupun swasta yang menerima hadiah atau hamper pada musim perayaan Aidilfitri yang ada berurusan rasmi dengan pemberi, diminta melapor dan mengisytiharkan pemberian itu kepada ketua jabatan masing-masing.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan berkata sebaik-baiknya mereka yang berurusan rasmi dengan pemberi hamper atau hadiah menolaknya bagi mengelakkan unsur salah guna kuasa.
“Pemberi hamper ini selalunya mereka yang mempunyai urusan rasmi kerana kalau tidak mereka tidak akan beri, kita tidak mahu kerana hadiah itu kelak ada unsur-unsur salah guna kuasa atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti ke Arah Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka di Seri Negeri di sini semalam.
Beliau adalah salah seorang panel forum itu yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut dihadiri lebih 100 orang termasuk ketua dan kakitangan awam negeri ini.
Menurutnya ketua jabatan akan menentukan sama ada pegawai atau kakitangan terbabit boleh menerima hamper atau hadiah itu atau dikembalikan kepada pemberi.
“Ini adalah keperluan yang mesti dipatuhi sebagaimana Surat Pekeliling, Bilangan 3, 1998 yang menya-takan bahawa setiap pemberian hadiah itu perlu diisytiharkan kepada ketua jabatan yang akan menentukan sama ada disimpan atau dipulangkan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ada unsur jenayah bagi hadiah atau hamper itu yang berkaitan dengan urusan rasmi boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009 kepada pemberi dan kepada penerima pula mengikut Seksyen 17 (A) akta yang sama.
Katanya kesalahan mengikut seksyen itu meliputi kakitangan sektor awam dan swasta sebagai contoh pegawai bank yang menerima hamper daripada penerima yang mempunyai urusan perniagaan atau pinjaman dengan pegawai terbabit.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kempen perangi pemberi rasuah kepada kakitangan awam khususnya kepada agensi-agensi penguat kuasa yang dilancarkan SPRM pada tahun lepas menampakkan impak positif bagi golongan itu melaporkan kes-kes rasuah.
“ Ini terbukti pada tahun lepas, kita dapat mengurangkan kadar kes-kes rasuah,” katanya sambil menambah inisiatif kempen perangi rasuah itu telah diteruskan pada tahun ini.

Warna




NORLILAH ISMAIL
 warna kurniaan Allah
menghiasi kehidupan yang bertuah
di bumi sementara kita dipindah

warna ciptaan tuhan
memberi indah pada pandangan
dan manusia yang memulakan
warna menjadi lambang,
warna ada pengertian
warna ada sekatan
warna ada hukuman

kacau!!!
ada yang biru benci hijau..
ada yang merah sekongkol dengan kuning
ada kuning musuh ketat pada merah
ada putih ...

bila awan jatuh ke bumi




NORLILAH ISMAIL
 bila awan jatuh ke bumi
jatuhnya tiada gegaran
tiada gempa yang menakutkan
namun hati penuh pertanyaan

bila awan jatuh ke bumi
mungkin benar
atau hanya mainan kecanggihan rekaan
ada agenda menipu manusia
yang mungkin teruja
dan terperangkap dalam bida'ah
awan di langit turun membawa tuah..
cebisan awan disimpan sebagai tangkal rumah
bila awan jatuh ke bumi
ima...

Kesan dan Punca Stress




Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.





Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.
Tanda-tanda Awal
Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-
  • Degupan jantung yang cepat
  • Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  • Banyak berpeluh
  • Risau dan bimbang
  • Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  • Bernafas kencang
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  • Sukar untuk tidur
  • Kaki dan tangan terasa sejuk
  • Keinginan seks menurun
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Gangguan keseksualan
  • Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.
Kesan Tekanan Yang Berpanjangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  • Serangan jantung
  • Masalah sinus
  • Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Serangan migrain
  • Gangguan kebimbangan
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan
Punca Tekanan
  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Keadaan yang se
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

Tokoh Akademik Britain Prof John Shaw Iktiraf Kualiti Pendidikan Di Malaysia




KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, kata Naib Canselor Antarabangsa University of East London (UEL) Prof John Shaw.
Beliau berkata Malaysia telah mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.

"Mereka ke sini kerana yakin akan mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UEL dengan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini Khamis.

Pada majlis yang disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, Picoms diwakili pengerusi eksekutifnya Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad.

Shaw berkata beliau gembira kerana Malaysia memberi komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia dan Britain mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Mengenai MoU berkenaan, Shaw berkata UEL memilih Picoms kerana rekod cemerlangnya sebagai penyedia pendidikan bioperubatan.
Shaw, yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, berkata selain Picoms, UEL juga mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti lain termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menubuhkan pusat kewangan Islam bersama di UiTM dan di kampus UEL di Timur London.
Ahli akademik itu berkata beliau tidak sabar menunggu kedatangan pelajar Britain untuk melanjutkn pengajian di sini melalui program berkembar.
UEL mempunyai lebih 28,000 pelajar, 3,500 daripada mereka rakyat Malaysia, katanya.

Ibu Bapa Perlu Lapor Kepada Jabatan Agama Islam Jika Guru Cuba Sebar Agama Lain - TPM




KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di sini Khamis.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di sini, mengajar murid-muridnya yang kebanyakan mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan 'Hari ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.
Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, para murid tersebut diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan pusat tuisyen itu bukan diadakan di dalam kawasan sekolah di situ tetapi di luar sekolah.
Ibu bapa pelajar yang terlibat perlu menyiasat bagi memastikan keadaan sebenar dan Kementerian Pelajaran akan pantau perkara tersebut, katanya.
"Hal begini tak boleh dilakukan, kerana kita ada undang-undang tertentu (dan) enakmen tertentu," katanya.
Sementara itu, mengenai isu peletakan jawatan 146 staf akademik Universiti Malaya sejak 2009 kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Muhyiddin berkata adalah tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendapatkan laporan yang sebenar.
"Perlu melihat apakah isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh mereka dengan Naib Canselor, dan lihat apakah hal-hal lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah demikian.
"Kita tidak boleh membuat andaian di peringkat awal," katanya.
Beliau berkata apa yang penting adalah memastikan pentadbiran universiti itu berjalan dengan baik, dan hubungan antara kakitangan dan pimpinan tertinggi berjalan dengan akrab.
Ini merupakan sasaran untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti, katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

BERNAMA

Pra Sekolah



 

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Latar Belakang
18 Disember 1991
  • Mesyuarat Jemaah Menteri
  • KPM melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 
  • Mesyuarat antara Kementerian.
  • Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)
Akta Pendidikan 1996 
  • Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 Jun 2001
  • Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Peluasan program Prasekolah KPM.
Kriteria Pemilihan Sekolah
a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.
b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.
c) Tiada Operator Tadika Lain.
d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.
f) Permintaan Masyarakat Setempat.
Kriteria Pemilihan Murid
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 5 dan 5+ tahun.
c) Setiap kelas 25 orang murid.
d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program-Program Prasekolah KPM
a) Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
b) Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001
Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih)
Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas
( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
  • SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
  • SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
  • SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas
  • Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
  • Prasekolah Bermasalah Penglihatan
  • Prasekolah Bermasalah Pendengaran
e) Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004
 
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...