Rabu, 19 Oktober 2011

Beg Udara-Sejarah Ringkas


Pasang beg udara untuk kenderaan demi keselamatan bersama


 Mula diperkenalkan pada 1951 oleh Walter Linderr di Jerman
 Dibuat daripada fabrik nilon yang nipis ke dalam stereng, papan pemuka atau pintu
 Berfungsi  di saat kereta menerima impak daripada kemalangan
 Pada tahun 1973, kereta berjenama Oldmobile Toronado di Amerika Syarikat menjadi kereta pertama dilengkapi beg udara untuk tujuan komersial.
 Kuasa pengembangan beg udara bergantung pada saiz pemandu, kedudukan tempat duduk, penggunaan tali pinggang keledar dan daya hentaman
 Rekaan awal sistem beg udara bersaiz besar dan tebal
 Turut dikenali sebagai Sekatan Tambahan
Sumber: http://inventors.about.com

JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA DI TEMPAT DUDUK KESELAMATAN TANPA PENGAWASAN




Salah satu daripada perkara berikut mungkin boleh berlaku apabila anak anda ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kenderaan:

1. Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.
2. Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.
3. Anak anda boleh diculik atau dilarikan sekiranya kereta dicuri.
4. Anak anda secara tidak sengaja boleh menolak gear kenderaan dan ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak.



Sumber : Kelab Keselamatan Jalanraya KEJARA

HALAL DAN KEPERLUAN UMUM BAGI PENSIJILAN HALAL




Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.  Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan(Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
  • Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
    a)Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda  dari binatang yang   orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
    b)Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
    c)Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang   tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
    d)Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

    • Setiap pengeluar produk/ premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
    • Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
    • Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam segala aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur ini.
    • Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendali dan memastikan pematuhan prosedur pensijilan halal.
    • Disyaratkan mempunyai minima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan.
    • Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak.
    • Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratkan kesihatan.
    • Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja.
    • Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).
    • Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices) seperti berikut:
      1. Semua pekerja perlu mendapat suntikan tertentu di mana-mana pusat kesihatan yang diakui oleh kerajaan sebelum dan selepas diambil bekerja;
      2. Semua pekerja hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik, terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran;
      3. Pekerja yang kurang sihat atau mengalami kecederaan atau luka terbuka yang boleh menjejaskan kualiti sesuatu keluaran tidak dibenarkan bekerja sehingga pulih;
      4. Sentuhan secara terus di antara tangan pekerja dengan bahan mentah dan keluaran separuh siap    hendaklah dihindarkan;
      5.Merokok, makan, minum atau menyimpan makanan, minuman, rokok, ubat dan lain-lain hendaklah dilakukan di kawasan yang dikhaskan dan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran atau mana-mana tempat yang boleh menjejaskan kualiti keluaran;
      6. Semua orang yang hendak masuk ke dalam kawasan pengeluaran mestilah memakai pakaian khas untuk kilang atau pakaian sopan dan bersih (jika tidak ada pakaian khas) mengikut prosedur penjagaan kesihatan dan kebersihan diri termasuk pekerja tetap, pekerja sementara, kakitangan pengurusan, pelawat dan lain-lain;
      7. Pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang sesuai, penutup kepala dan mulut, sarung tangan dan kasut yang sesuai;
      8. Pekerja hendaklah sentiasa membasuh tangan secara sempurna dengan bahan pencuci yang bersesuaian;
      i. sebelum memulakan aktiviti pengendalian makanan;
      ii. selepas menggunakan tandas;
      iii selepas mengendali bahan mentah atau bahan yang tercemar dan sebagainya.
      9. Pekerja tidak dibenarkan memakai apa-apa barang kemas atau barang perhiasan, jam dan sebagainya di kawasan pemerosesan makanan yang mungkin menyebabkan pencemaran (contamination) dalam proses pengendalian makanan tersebut;
      10. Pekerja hendaklah sentiasa bertugas dan berfungsi di tempat yang diarahkan seperti “check point” kualiti halal dan pembelian bahan mentah yang halal;
      11. Pekerja hendaklah komited dan bertanggungjawab dengan polisi halal yang ditetapkan.
      12. Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.
    Syarat-Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Dan Logo Halal
    • Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukarmilik, dipalsukan, disalahgunakan atau dipinda dengan apa caranya sekalipun.
    • Penggunaan Sijil Pengesahan Halal tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
    • Sebarang perubahan ke atas nama dan alamat syarikat, kilang/ premis, jenama produk, bahan ramuan, pengeluar-pengeluarnya dan yang berkaitan dengannya, hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Pengarah JAIN/ Setiausaha MAIN secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.
    • Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut tertakluk kepada undang-undang. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan, pemilik hendaklah membuat laporan polis dan memberitahu secara bertulis dengan segera kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Pengarah JAIN atau Setiausaha MAIN.
    • Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa serta penggunaan logo Halal tidak dibenarkan apabila didapati ianya menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi syarak.
    • Pihak JAKIM/JAIN/MAIN boleh menyenaraihitamkan syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan boleh dipertimbangkan selepas Panel Pengesahan Halal berpuas hati.
    Tanggungjawab Pemegang Sijil Pengesahan Halal
    • Kesedaran dan Tanggungjawab
    • Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal dikehendaki mempunyai para pekerja yang terlatih dan memahami Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal.
    • Pematuhan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
    • Pemegang Sijil Pengesahan Halal perlu mematuhi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan undang-undang berkaitan termasuk memahami isu-isu halal terkini.
    Tempoh
    • Tempoh sahlaku bagi Sijil Pengesahan Halal ialah dua tahun dan terbatal bila-bila masa sahaja apabila didapati bercanggah dengan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
    • Pemegang Sijil Pengesahan Halal hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan empat (4) bulan sebelum tamat tempoh.
    • Pemegang Sijil Pengesahan Halal yang gagal memperbaharuinya tidak dibenar menggunakan logo halal bagi premis atau produk yang dikeluarkan.
    Panel Pengesahan Halal
    • Laporan pemeriksaan akan dikemukakan dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal.
    • Panel Pengesahan Halal berhak menolak atau meluluskan mana- mana permohonan.

19 AMALAN LESTARI SEMASA MEMBELI BELAH




Fikir Dulu Sebelum Buang


  1. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
  2. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik/ kompos tanpa racun makhluk perosak).
  3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.
  5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengelakkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
  6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘styrofoam’ yang tidak boleh lupus.
  7. Rancang pembelian untuk mengelakkan  daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurang pencemaran udara.
  9. Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  10. Pilih peralatan bebas klorofluorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  11. Sewa/ pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  12. Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan.
  13. Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  14. Gunakan bateri yang dicas semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
  15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
  16. Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
  17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
  18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
  19. Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel ‘Energy  Star’ yang menjimatkan tenaga serta wang.

TIP UNTUK MENJADI ‘IBU SUPER’ DI TEMPAT KERJA




* Tambahkan pendidikan dan ilmu pengetahuan.
* Tingkatkan kemahiran komunikasi dan perhubungan.
* Bina keyakinan diri anda.
* Tonjolkan diri anda.
* Utamakan disiplin.
* Guna keunikan atau kelebihan yang ada dalam diri anda.
* Fokus terhadap apa yang ingin dilakukan.
* Banyakkan informasi dengan membaca dan bertukar-tukar pandangan.
* Sediakan ruang kerja atau persekitaran kerja yang harmoni.
* Aturkan jadual kerja dengan baik dan berdisiplin.
* Sekiranya perlu menunda satu tugasan pastikan ia dilakukan dengan bijak dan ada penyelesaiannya.
* Pastikan diri anda tenang walau berhadapan dengan apa jua situasi sekalipun.

Anak Yatim...tanggungjawab bersama




Anak-anak yatim ialah anak-anak yang kematian ayah atau ibu atau kedua-keduanya sekali. Selain daripada kehilangan tempat untuk mengadu dan bermanja dengan kasih sayang, mereka juga kehilangan tempat untuk bergantung dalam meneruskan hidup, kerana tanggungjawab ibu bapa itu adalah memberi nafkah yang cukup kepada anak-anaknya. Oleh itu golongan anak yatim, sebagai sebahagian daripada masyarakat, perlu diberi perhatian agar mereka dapat merasa kasih sayang dan diberi peluang yang sama seperti mana individu yang lain.
Menghulur bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan dalam kesusahan merupakan amalan mulia dan menjadi tuntutan agama. Bantuan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, kebendaan, tenaga dan buah fikiran, ditambah dengan keikhlasan sudah setentunya mendatangkan manfaat kepada yang menerimanya, bahkan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Langkah-Langkah Yang Patut Diambil Untuk Membantu Anak Yatim
Langkah terbaik yang dapat diambil ialah dengan mengadakan kutipan derma atau sedekah yang dikhususkan kepada anak-anak yatim. Bantuan ini dapat dilaksanakan tak kira sama ada melalui pihak-pihak yang berkuasa, sekolah-sekolah, badan-badan kebajikan di peringkat masyarakat, kampung dan mukim, institusi kewangan, sektor swasta dan orang-orang perseorangan. Bantuan seumpama ini sudah setentunya akan dilihat sebagai tanggungjawab dan keprihatinan pihak yang terlibat akan kepentingan persekolahan anak-anak yatim. Dan semuanya dilakukan bagi memastikan mereka tidak tersisih dari alam persekolahan dan mampu mendapat ilmu pengetahuan secukupnya.
Pihak Sekolah
Membantu dengan menyediakan dana khas bagi anak-anak yatim yang belajar di sekolah-sekolah berkenaan. Bantuan juga boleh dilaratkan dalam bentuk peralatan-peralatan sekolah di samping nasihat dan galakan untuk mereka dapat berdikari. Sebagai sebahagian anggota masyarakat, mereka juga perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Peringkat Masyarakat
Ia dapat dilaksanakan secara lebih meluas iaitu dengan melibatkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan sukarela, sektor swasta dan persendirian. Bantuan-bantuan dapat dikumpulkan bagi satu-satu tempoh yang diperlukan atau dilakukan secara berperingkat-peringkat dan bermusim atau mengikut kemampuan masing-masing. Untuk memastikan bantuan penderma terus diterima, tabung khusus anak-anak yatim perlu diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti masjid, gedung perniagaan dan tempat awam.
Pihak Institusi-Institusi Kewangan

Bertindak sebagai penyelaras bagi memproses bantuan-bantuan atau tajaan persekolahan anak-anak yatim secara lebih kemas dan teratur. Bantuan yang bukan dalam bentuk kewangan seperti peralatan-peralatan persekolahan dan harta benda atau barang-barang terpakai yang bersesuaian boleh disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan atau terus kepada anak-anak yatim atau penjaga mereka.
Mengadakan Aktiviti-Aktiviti Berupa Jualan Amal
Dikhususkan bagi membantu anak-anak yatim juga boleh menarik perhatian penderma-penderma yang ingin berbuat amal kebajikan secara tidak langsung. Bantuan yang khusus seperti motivasi, pendorong semangat untuk mereka terus belajar dan berjaya di dalam pelajaran, di samping kasih sayang, simpati dan pemedulian, perlu juga menjadi agenda masyarakat dalam usaha membantu kesejahteraan anak-anak yatim.
Kesempurnaan anak-anak yatim sememangnya menjadi perkara penting yang perlu diambil perhatian. Usaha selanjutnya juga perlu dilaksanakan seperti membekalkan mereka dengan semangat berdikari, berdaya maju serta turut menyumbang kepada kemajuan agama, masyarakat, bangsa dan negara, selain memimpin mereka ke jalan yang lurus serta diredai Allah.
Kesedaran dan keprihatinan pihak masyarakat dalam hal ini juga amat membanggakan. Setiap usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam hal ini telah disokong dengan semangat keharmonian dan kasih sayang antara sesama insan. Malah sesetengah individu juga sanggup untuk mencari sendiri mereka yang benar-benar memerlukan bantuan hanya untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah. Adalah diharapkan agar usaha-usaha dalam membantu memperbaiki kehidupan anak-anak yatim untuk diteruskan malah dipertingkatkan lagi. Pertolongan sedemikian kepada mereka yang ditimpa musibah dan kesempitan secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat dan memadam jurang perbezaan di antara individu yang berkemampuan dengan yang sebaliknya.

Tiga ahli kumpulan rompak treler bawa kenderaan ditangkap


Utusan Borneo




SIBU: Kelicikan sekumpulan penjenayah yang melarikan empat kenderaan pacuan empat roda yang dibawa oleh sebuah treler dari Kuching ke Miri berakhir dengan tertangkapnya tiga ahli kumpulan tersebut empat jam selepas kejadian rompak itu berlaku lebuh raya Pan-Borneo berdekatan Bulatan Dudong dekat sini malam kelmarin.
Dua daripada tiga lelaki yang dicekup tersebut berusia 22 tahun manakala seorang lagi berusia 27 tahun.
Menurut sumber polis, Kejadian rompak itu berlaku pada jam 11.20 malam kelmarin semasa pemandu treler keturunan Cina berusia 38 tahun dan seorang kelindan, 22, berketurunan Bidayuh sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Miri apabila sebuah kereta Proton memintas mereka sebelum mengarahkan pemandu memberhentikan treler.
Difahamkan pemandu Proton tersebut keluar dari kereta Proton berwarna perak dan terus mendakwa treler itu telah melanggar keretanya. Ketika pemandu treler dan kelindannya sedang bertikam lidah dengan pemandu Proton itu, tiba-tiba tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang keluar dari kereta Proton.
Salah seorang daripada mereka meletakkan parang di leher pemandu treler tersebut dan mengarah mangsa menutup muka dengan baju mereka sendiri sebelum diarah masuk ke dalam kereta Proton tersebut.
Semasa menaiki kereta itu, kelindan tersebut sempat melihat sebuah kereta Myvi berwarna putih yang dipercayai daripada kumpulan penjenayah yang sama. Pemandu dan kelindan tersebut dihantar ke Batu 16 Jalan Oya di mana mereka dibelasah oleh kumpulan penjenayah sebelum ditinggalkan di situ.
Selepas kumpulan itu beredar dari situ, kedua-dua mangsa berikhtiar mendapatkan pertolongan daripada orang awam untuk menghantar mereka ke Balai Polis Sibu Jaya untuk membuat laporan polis.
Pada masa yang sama sekitar jam 12 pagi semalam, seorang pemandu treler pengangkut kenderaan yang juga merupakan rakan mangsa terkejut apabila melihat sebuah treler berenti di tepi jalan berdekatan dengan Bulatan Dudong tanpa pemandu dan kelindannya.
Dia juga hairan apabila melihat hanya terdapat tiga daripada tujuh buah kenderaan pacuan empat roda yang berada di atas muatan treler tersebut.
Menurut pemandu treler tersebut, sebanyak tujuh treler daripada syarikatnya sedang dalam perjalanan menghantar kenderaan-kendaraan baru dari Kuching ke Miri pada malam tersebut.
Bertindak daripada laporan itu, polis terus berusaha mencari penjenayah-penjenayah itu di merata-rata tempat di bandar ini.
Akhirnya,sebuah pasukan peronda polis telah terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton di tapak pelupusan sampah di Jalan Seng Ling pada jam 3.00 pagi semalam.
Polis peronda tersebut bertindak cekap dan pantas apabila menahan sebuah kereta Myvi berwarna putih yang secara kebetulan baru sahaja keluar dari kawasan itu.
Polis terus memberkas tiga lelaki yang menaiki Myvi tersebut termasuk dua daripada suspek berumur 22 tahun dan seorang lagi berumur 27 tahun, kesemua mereka berketurunan Iban.
Ketiga-tiga suspek terus dibawa ke Balai Polis Sentral sementara menunggu perintah reman terhadap mereka.
Polis percaya sekurangkurangnya enam penjenayah terlibat dalam kes rompakan pacuan empat roda pelbagai jenama daripada treler tersebut.
Polis kini sedang menjejaki rakan-rakan suspek yang masih bebas dan juga tiga kenderaan pacuan empat roda yang masih hilang itu.

Wanita ditipu RM315,000 oleh rakan Facebook


Utusan Borneo

Gambar Hiasan


KUCHING: Seorang wanita tempatan baru-baru ini ditipu sebanyak RM315,000 oleh seorang lelaki ‘Eropah’ yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook, tetapi mungkin rugi lebih banyak jika penipuan itu tidak dikesan oleh suaminya.
Mangsa berusia 44 tahun yang juga merupakan pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta mengenali lelaki tersebut menerusi Facebook pada bulan Ogos lalu dan menyangka lelaki tersebut dari Eropah berdasarkan gambar profilnya.
Mereka berhubung dengan satu sama lain sehingga 5 Oktober apabila lelaki itu menelefon mangsa untuk menyatakan dia sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tetapi ditahan oleh pegawai kastam kerana mendakwa membawa wang tunai sebanyak 500,000 pound.
Atas permintaan lelaki tersebut, mangsa seterusnya memindahkan RM50,000 ke dalam akaun bank tempatan pada keesokan hari untuk membantu membebaskan ‘rakannya’ itu dan dihubungi lagi tidak lama kemudian oleh seorang lelaki lain yang mendakwa dirinya sebagai seorang pegawai kastam.
Lelaki itu memintanya memasukkan RM123,000 lagi ke dalam akaun sama sebagai insurans untuk mengeluarkan duit rakan Facebooknya.
Pada 7 Oktober, lelaki sama menghubungi wanita itu lagi dan berkata mangsa perlu mengirim RM96,000 lagi untuk membeli sijil bagi mengesahkan rakannya itu tidak terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Mangsa melakukan apa yang disuruh dan tidak me-nerima sebarang panggilan lagi sehingga 12 Oktober apabila pegawai kastam yang sama memintanya memasukkan RM46,000 ke dalam bank untuk membeli Sijil Anti- Keganasan bagi membuktikan wang rakannya itu tidak digunakan untuk membiayai aktiviti keganasan di negara ini.
Sekali lagi, wanita itu melakukan apa yang disuruh dan boleh ditipu seterusnya jika dia tidak membawa perkara itu kepada perhatian suaminya.
Menyedari isterinya telah ditipu, si suami terus menyuruhnya membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, sumber memberitahu bahawa polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri percaya wanita itu telah menjadi mangsa sindiket penipuan yang beroperasi menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook.
Sumber itu seterusnya menyatakan siasatan awal mendapati akaun yang digunakan da-lam penipuan itu adalah milik seorang warga asing yang membukanya di sebuah bank di Semenanjung Malaysia.
Ketika dihubungi, seorang pegawai kanan polis menasihati pengguna Facebook supa-ya berwaspada apabila meng-ambil orang yang tidak di kenali sebagai rakan.
Beliau berkata ciri Internet yang tidak berwajah bermakna sesiapa sahaja boleh menyamar sebagai orang lain.

Polis selamatkan bayi ditinggalkan dalam kereta berkunci



Utusan Borneo
Gambar Hiasan


MIRI: Orang awam di sini gempar apabila mendapati tangisan seorang bayi berumur dalam lingkungan setahun datang dari sebuah kereta yang enjinnya dimatikan.
Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi semalam di kawasan parkir di Pejabat Residen Miri, beberapa orang awam terdengar tangisan seorang bayi yang membuatkan mereka musykil.
Setelah memeriksa, tangisan itu sebenarnya datang dari dalam sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan ber-kenaan dalam keadaan berkunci.
Enjin kenderaan tersebut dipercayai dimatikan manakala kuncinya pula ditinggalkan di dalam kereta.
Menyedari akan keadaan berbahaya itu, beberapa orang awam di kawasan terbabit terus melaporkan kejadian di balai polis berdekatan dan membuat panggilan kepada pihak bomba dan penyela-mat.
Bagaimanapun pihak polis bertindak tangkas dengan memecahkan cermin kenderaan untuk segera mendapatkan bayi berkenaan.
Menurut sumber, bayi berkenaan terus dikejarkan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan perubatan segera.

Ulang kaji secara efektif



Sumber:
Portal Pendidikan Utusan(ADAP)

MENGULANG kaji sama ada membuat pembacaan atau membuat latihan hendaklah dilakukan dalam keadaan yang tenang dan suasana yang sesuai.
Buat persiapan yang rapi sebelum memulakan ulang kaji supaya ia boleh berlaku secara berkesan tanpa banyak gangguan.
Sila ikuti panduan yang berikut untuk membantu keberkesanan ulang kaji anda.

1. Pastikan mata anda sentiasa segar dan ceria

Anda perlu memastikan bahawa ada dibekalkan dengan cahaya yang mencukupi sewaktu membaca.

Pembacaan yang dilakukan dalam keadaan yang agak kelam atau pun terlalu terang boleh memberikan keadaan tidak selesa kepada mata anda. Mata juga akan menjadi cepat letih.

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesegaran mata, anda harus memastikan bahasa anda mendapat bekalan Vitamin A yang mencukupi. Vitamin A sangat berguna untuk mata anda.

Sumber-sumber vitamin A yang asas termasuklah sayur-sayuran seperti lobak merah, perahan air buah, ubi kentang, jagung, telur dan sebagainya.

Baik juga jika anda dapat mengamalkan senaman mata yang ringkas namun berguna kepada mata anda. Antara senaman ringkas yang boleh anda gunakan ialah:

i. Memanaskan mata (yang terpejam) dengan cahaya matahari atau di bawah sinaran cahaya dalam suhu yang sesuai.

Cara ini amatlah mudah. Apabila berada di luar rumah atau bangunan, anda pejam mata anda dan kemudian halakan wajah ke arah matahari. Pejamkan mata. Alih-alihkan pandangan anda ke kiri dan ke kanan supaya cahaya matahari mengenai mata secara tidak langsung.

ii. Panaskan mata dengan telapak tangan anda.

Selepas membaca buat beberapa jam, gosokkan kedua-dua telapak tangan anda antara satu sama lain. Selang beberapa lama, setelah anda berasa tapak tangan anda agak panas, tekupkan kedua-dua telapak tangan anda pada kedua-dua mata anda. Mata anda akan kembali segar dan bersedia untuk terus membaca dengan berkesan.

Selepas anda berusaha mengulangkaji, dan menguasai teknik-teknik menghafal serta membaca, tibalah masanya untuk anda menghadapi hari penentuan, atau hari peperiksaan.

Peperiksaan selalunya dikaitkan dengan pelbagai perkara. Antara lain, ia bertujuan untuk:

1. Menguji setakat mana maklumat dapat diterima oleh anda sebagai pelajar yang mempunyai pendidikan formal.

2. Memberi peluang untuk anda menunjukkan kemahiran dalam pelbagai perkara yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran sepanjang hidup anda.

3. Mengukur keupayaan pembelajaran.

4. Menentukan kelayakan mengenai keupayaan kognitif atau mental anda sebagai pelajar.

5. Menentukan kecenderungan dan tanggapan anda terhadap apa yang anda pelajari dalam proses pembelajaran formal anda di sekolah.

Doakan anak setiap hari





"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!"
"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
 "Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).
Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.
Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.
Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?

Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.

 

- Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.

Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.

- Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.

Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.

Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.

- Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.



Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.

Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

- Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.

Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.

Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.

- Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.

Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.

Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak.

- Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).

Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik. 



- Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.

Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak 'makan' dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.

Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.


sumber : Siti Zarinah Sahib. www.hmetro.com.my
              sitizarinah@hmetro.com.my


Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya




Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad. Masalah “lupa” sering dialami oleh semua orang terutama pelajar. Mereka cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Justeru itu, masalah ini menjadi kebimbangan dikalangan pelajar apatah lagi apabila masalah lupa ini menghantui mereka disaat peperiksaan hampir tiba.
Anda perlu tanya kepada diri sendiri, kenapa saya mudah lupa ? Apakah punca yang menyebabkan saya mudah lupa? dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ? Pasti anda akan dapat jawapannya.
Melalui blog ini, terdapat beberapa orang pelajar menghantar komentar dan bertanya kepada KAM bagaimana cara untuk mengatasi masalah lupa. Di sini adalah di antara komentar-komentar yang sempat KAM masukkan sebagai contoh bahawasanya masalah lupa ini amat serius dan menjadi penyakit kepada pelajar-pelajar.
Hana :
assalammualaikum ckgu..!
hana nk tnye n nk mntak tlg dr ckgu..hana nie ade satu msalah yg hana x dpt nk slesaikan dr dlu lagi..iaitu msalah untk mengingati sbjek yg hana dah blajar..stiap kali hana bt revision dlm 2-4 hri tu ingt lagi lah tapi bla smpai jew hari pperksaan mse nk jwb tu tros blank!hana tros lpew ape yg hana blajar..hana rsau laa ckgu,law hana x dpt nk atasi msalah ni cm ner hana nk tmpuh PMR thn ni..!!tlg hana ckgu..
Farah :
cgu,cmna nk tnamkn minat utk study sbject sejarah? sya memg tak minat ngn sbject 2..thn ney sya amek spm..wlaupun sya baca,tp sya mudah lupa la..hrp cgu bantu..
Erylia :
Sy ni student fom 3..sy nk tahu tips utk mdh igt ilmu yg cikgu2 kasi..sy harap cikgu leh tolong.kalau boleh,,ada x ayt2 quran yg boleh sy amal??
Emal :
salam….cikgu,saya form5…jadi tahun ni saye akn ambik pekse spm….takut sangat…camne tak nak kasi gemuruh bile time exam tibe????dan ada tak tips nak cepat ingat dlm pelajaran???sebab saya ambik aliran bahasa arab….susah nak hafal bile perkataan tu susah…hehehe…tolong please….wasalam…
Luahan-luahan di atas menunjukkan masalah lupa ini amat serius dan membimbangkan diri pelajar itu sendiri. Jika masalah ini tidak di atasi dengan segera ia boleh menyebabkan prestasi seseorang pelajar itu terjejas.
Oleh itu, melalui kalam ini KAM cuba sedaya upaya untuk memberi beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.
Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.
Akhir kalam, KAM ucapkan selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh insyaallah mudah-mudahan masalah lupa dapat di atasi dalam diri masing-masing.
Rujukan : Laman Program Score A (Pantas Menuju Kecemerlangan Akademik)

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...