Sabtu, 5 November 2011

‘Biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini’


Sumber:
Utusan Borneo
5.11.2011




MIRI: Seorang pemuda cedera parah di paha dan betis kanan setelah dibaham buaya ketika mandi di jeti Kampung Bulau, Ulu Sungai Sibuti, Bekenu lewat petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Johari Simuto, 24, dikejarkan ke Hospital Miri sekitar jam 8 malam oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan.
Ketika ditemui di wad hospital malam kelmarin, mangsa yang ditemani ibu bapanya masih dalam keadaan lemah dan trauma.
Menceritakan detik cemas itu, Johari memberitahu ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam itu, dia sedang mandi seorang diri di jeti berkenaan setelah selesai membantu ibu dan bapanya melakukan kerja-kerja di kebun.
“Ketika itu, saya sedang menceduk air sungai menggunakan gayung apabila tiba-tiba terasa paha kanan saya dibaham dan direntap sesuatu dengan kuat,” katanya.
Pun begitu, menurut Johari, dia sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan untuk mengelak daripada diherat buaya berkenaan ke dalam sungai.
“Nasib baik saya sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan dan kemudian sedaya-upaya cuba menendang buaya berkenaan menggunakan kaki kiri sambil menjerit meminta tolong. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana buaya berkenaan akhirnya melepaskan paha saya daripada gigitannya setelah gagal mengheret saya ke dalam sungai,” ceritanya lagi.
Katanya, setelah terlepas dari gigitan buaya berkenaan, dia hanya mampu terbaring di atas jeti berkenaan dalam keadaan lemah sambil menahan kesakitan yang amat sangat.
“Ketika itu, dalam hati saya hanya mampu berdoa dan membisikkan (dalam hati) biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini dan seterusnya menjadi mangsa korban awak (buaya),” katanya yang terpaksa bertarung kiri-kira tiga minit dengan buaya berkenaan untuk menyelamatkan diri.
Menurut Johari, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran reptilia itu memandangkan ketika kejadian cuaca sudah gelap, manakala keadaan air sungai yang ketika itu sedang pasang kelihatan amat tenang.
Mangsa juga memberitahu tidak pasti akan saiz buaya berkenaan memandangkan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu berlaku amat pantas.
“Saya tidak pasti saiz buaya itu memandangkan kejadian tersebut berlaku sangat pantas. Apa yang terlintas difikiran saya ialah berusaha menyelamatkan diri agar tidak menjadi mangsa bahamannya (buaya),” ujar beliau sambil tidak menolak kemungkinan buaya tersebut berukuran lima hingga enam kaki panjang.
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Rosey Yunus turut meluangkan masa untuk melawat mangsa sebaik dimasukkan ke wad hospital malam kelmarin.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai yang diketahui ada buaya supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa serangan reptilia tersebut.
Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di kawasan Sibut dalam tempoh 10 hari ini, dengan kejadian pertama membabitkan seorang wanita warga emas, Lumit Entebang di Sungai Bakas Sibuti yang berlaku pada Selasa minggu lepas.MIRI: Seorang pemuda cedera parah di paha dan betis kanan setelah dibaham buaya ketika mandi di jeti Kampung Bulau, Ulu Sungai Sibuti, Bekenu lewat petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Johari Simuto, 24, dikejarkan ke Hospital Miri sekitar jam 8 malam oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan.
Ketika ditemui di wad hospital malam kelmarin, mangsa yang ditemani ibu bapanya masih dalam keadaan lemah dan trauma.
Menceritakan detik cemas itu, Johari memberitahu ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam itu, dia sedang mandi seorang diri di jeti berkenaan setelah selesai membantu ibu dan bapanya melakukan kerja-kerja di kebun.
“Ketika itu, saya sedang menceduk air sungai menggunakan gayung apabila tiba-tiba terasa paha kanan saya dibaham dan direntap sesuatu dengan kuat,” katanya.
Pun begitu, menurut Johari, dia sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan untuk mengelak daripada diheret buaya berkenaan ke dalam sungai.
“Nasib baik saya sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan dan kemudian sedaya-upaya cuba menendang buaya berkenaan menggunakan kaki kiri sambil menjerit meminta tolong. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana buaya berkenaan akhirnya melepaskan paha saya daripada gigitannya setelah gagal mengheret saya ke dalam sungai,” ceritanya lagi.
Katanya, setelah terlepas dari gigitan buaya berkenaan, dia hanya mampu terbaring di atas jeti berkenaan dalam keadaan lemah sambil menahan kesakitan yang amat sangat.
“Ketika itu, dalam hati saya hanya mampu berdoa dan membisikkan (dalam hati) biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini dan seterusnya menjadi mangsa korban awak (buaya),” katanya yang terpaksa bertarung kiri-kira tiga minit dengan buaya berkenaan untuk menyelamatkan diri.
Menurut Johari, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran reptilia itu memandangkan ketika kejadian cuaca sudah gelap, manakala keadaan air sungai yang ketika itu sedang pasang kelihatan amat tenang.



Kejayaan pendidikan akan realisasi misi negara



Sumber:
Utusan Borneo

by Kepu Sidi. Posted on November 5, 2011, Saturday

Guru profesional harus menambah baik kualiti, pastikan anak didik menjadi modal insan lengkap


JASAMU DIKENANG: Chung menerima cenderamata kenangan daripada Raymond sambil disaksikan oleh Mat Kamal (dua kiri) pada majlis tersebut.


BINTANGOR: Kejayaan dalam bidang pendidikan amat penting bagi memastikan misi negara untuk melahirkan modal insan berkualiti tercapai, di samping membentuk negara maju serta lengkap dari semua aspek.
Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, Raymond Gai Panting@Gaie berkata,  pendidik yang berjaya adalah pendidik yang berketerampilan, berkeyakinan, bertanggungjawab serta mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dalam usaha melahirkan generasi berkualiti.
“Sebagai guru profesional, sikap tidak mengenal jemu dan penat lelah dalam memberikan pendidikan kepada anak bangsa harus kukuh dalam sanubari.
“Guru profesional juga perlu menggunakan kebijaksanaan sendiri melalui kelebihan yang ada di persekitaran sebagai daya tarikan dalam menggiatkan aktiviti pembelajaran agar ia menarik minat pelajar untuk menerima pembelajaran pada tahap maksimum.
“Usaha untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa bukan hanya tertakluk kepada apa yang sudah diperolehi semasa di institut pendidikan tetapi berusahalah untuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan prestasi setiap sekolah serta merapatkan jurang pencapaian murid tanpa mengira lokasi dan wilayah untuk ditugaskan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Selaut Kenangan, Segunung Harapan di sebuah hotel di sini, semalam.
Raymond berkata, pembelajaran regulasi kendiri, organisasi pembelajaran, pembangunan akademik berasaskan bukti, pembelajaran tepat pada masa, persekitaran pembelajaran teragih, pembelajaran berasaskan individu dan kemahiran abad ke-21 harus dipraktikkan sebaiknya dalam usaha menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang disampaikan.
Sehubungan itu, beliau berharap para pelajar dan kakitangan IPG meneruskan usaha mencapai kecemerlangan dan mempertahankan kejayaan yang telah diperolehi bersama sepanjang tahun 2011 pada masa akan datang.
“Menjadi juara adalah satu perkara yang boleh dilakukan oleh semua tetapi apa yang paling payah sekali ialah untuk mengekalkannya… maka untuk memastikan ia terus kekal menjadi milik kita, prestasi perlu dipertingkatkan, sentiasa berusaha membuat pembaharuan yang boleh diterima ramai dan kekalkan kerjasama di antara semua pihak.
“Fenomena globalisasi, teknologi digital, anjakan ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan, anjakan daripada daya upaya mesin kepada daya upaya minda, kreativiti kepada imaginasi, invensi kepada inovasi adalah elemen-elemen penting ke arah menjuarai segala persaingan dan menguasai medan kehidupan pada abad ini,” tegas Raymond.
Terdahulu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mat Kamal Abang Majid dalam ucapan alu-aluannya berkata, program itu bertujuan untuk meraikan pelajar IPG yang telah menamatkan pengajian mereka di institut terbabit dan dua kakitangan IPG yang bersara.
“Kita berharap pelajar yang keluar dari IPG ini akan menjadi seorang warga pendidik berkualiti serta berkemampuan menunaikan segala matlamat dan misi yang termaktub dalam piagam pendidikan,” kata Mat Kamal.
Dua kakitangan yang bersara semalam ialah Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Dr Lau Hieng Soon dan Pensyarah Matematik IPG Kampus Rajang, Chiong Yew Kai.



Remaja berasmara dalam kereta gagal memecut lari



Sumber:
Utusan Borneo
5.11.2011

Gambar Hiasan



KUCHING: Dua remaja yang sedang bercinta dikenakan lima saman trafik awal pagi semalam selepas percubaan mereka untuk melarikan diri daripada dikejar polis, gagal.
Pasangan kekasih tersebut yang masing-masing berusia 16 tahun dari Kampung Bako, dikatakan sedang bermadu asmara di dalam sebuah kereta Viva yang diparkir berdekatan sebuah bank di kawasan Padungan.
Semasa polis memeriksa kereta tersebut sekitar jam 3 pagi, remaja berkenaan terus memecut laju keretanya.
Dalam usaha melarikan diri, remaja terbabit melanggar lampu isyarat di Jalan Padungan, Sekama dan Foochow sebelum kereta mereka terbabas di longkang kecil kerana tayarnya pancit.
Difahamkan, kereta terbabit milik seorang lelaki dipercayai rakan mereka yang pada awalnya menjemput pasangan itu dan satu lagi pasangan kekasih lain untuk keluar malam bersama di bandar raya ini.
Lima individu terbabit dikatakan singgah di Taman Sri Sarawak sebelum pasangan kekasih itu meminjam kereta lelaki berkenaan dan beredar mengikut hala tuju masing-masing.
Polis mengeluarkan tiga saman atas kesalahan melanggar tiga lampu isyarat, satu saman atas kesalahan melarikan diri dari pemeriksaan polis dan satu saman kerana memandu tanpa lesen.
Pasangan kekasih itu kemudiannya dilepaskan atas jaminan ibu bapa mereka, yang tiba di balai polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.KUCHING: Dua remaja yang sedang bercinta dikenakan lima saman trafik awal pagi semalam selepas percubaan mereka untuk melarikan diri daripada dikejar polis, gagal.
Pasangan kekasih tersebut yang masing-masing berusia 16 tahun dari Kampung Bako, dikatakan sedang bermadu asmara di dalam sebuah kereta Viva yang diparkir berdekatan sebuah bank di kawasan Padungan.
Semasa polis memeriksa kereta tersebut sekitar jam 3 pagi, remaja berkenaan terus memecut laju keretanya.
Dalam usaha melarikan diri, remaja terbabit melanggar lampu isyarat di Jalan Padungan, Sekama dan Foochow sebelum kereta mereka terbabas di longkang kecil kerana tayarnya pancit.
Difahamkan, kereta terbabit milik seorang lelaki dipercayai rakan mereka yang pada awalnya menjemput pasangan itu dan satu lagi pasangan kekasih lain untuk keluar malam bersama di bandar raya ini.
Lima individu terbabit dikatakan singgah di Taman Sri Sarawak sebelum pasangan kekasih itu meminjam kereta lelaki berkenaan dan beredar mengikut hala tuju masing-masing.
Polis mengeluarkan tiga saman atas kesalahan melanggar tiga lampu isyarat, satu saman atas kesalahan melarikan diri dari pemeriksaan polis dan satu saman kerana memandu tanpa lesen.
Pasangan kekasih itu kemudiannya dilepaskan atas jaminan ibu bapa mereka, yang tiba di balai polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.




6 Bahaya Pujian

 

Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Manusia yang suka memuji dan minta dipuji banyak terdapat dalam dunia ini. Namun begitu terdapat 6 bahayanya. 4 bahaya melibatkan pemuji dan 2 lagi bahaya melibatkan orang yang dipuji.

4 Bahaya Pemuji

1. Bila berlebihan dalam pujiannya sehingga kesudahannya menjadi dusta.
2. Timbul perasaan riak di dalam diri.
3. Dengan pujian itu, dia telah mengatakan yang dia sendiri belum tahu.
4. Mungkin dia telah menggembirakan hati orang yang dipujinya meskipun orang itu zalaim dan fasik.

2 Bahaya Orang Dipuji

1. Dengan menerima pujian itu, akan timbul perasaan riak, sombong dan bangga diri.
2. Dengan pujian itu, hatinya akan merasa gembira dan sangat senang dan sesudah itu akan menjadi cuai tentang kesalahannya dan menyangka dirinya telah sempurna.

Blog Rangsang Nafsu





Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Akibat tunduk kepada kemahuan nafsu, terdapat blogger yang sanggup menyiarkan atau menerbitkan cerita-cerita atau gambar-gambar yang boleh merangsang nafsu para pembaca bagi tujuan menarik perhatian orang ramai supaya membaca entrinya. 
Tindakan seperti itu pasti mendatangkan banyak keburukan. Bagi mereka yang berlabel suami isteri membaca entri sebegitu mungkin tidak kisah bagi mereka, tetapi bagi pemuda dan pemudi, pasti lain jadinya. Disebabkan membaca atau menonton entri yang merangsang nafsu, pemuda dan pemudi pasti akan terus terangsang untuk melakukannya. Itulah yang menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian tidak diingini di dalam masyarakat. Puncanya bukan kerana pemuda dan pemudi itu tetapi kerana penyiaran dan penerbitan entri seperti itu oleh blogger yang tidak bertanggungjawab.






Ekonomi Tidak Seimbang- Rumah tangga Tunggang langgang





Pembaca yang dirahmati Allah SWT

Banyak masalah rumah tangga umat Islam berpunca dari ekonomi yang tidak seimbang. Segalanya itu berlaku kerana mengikut nafsu. Kalau ikutkan nafsu, kita pasti mahu memiliki semua benda. Akibatnya, banyak suami isteri yang berbelanja dengan boros sehingga gagal menyesuaikannnya dengan kedudukan ekonomi masing-masing. Selain itu, terdapat juga isteri-isteri yang mendesak suami masing-masing untuk membeli barangan yang dikehendakinya dengan seribu satu alasan. Dalam masa yang sama, mereka tidak pula memikirkan kemampuan ekonomi suaminya.
Untuk memenuhi permintaan isteri, terdapat suami yang sanggup berhutang sehingga menyebabkan mereka hidup dalam timbunan hutang. Keadaan itu pasti akan membebankan suaminya dan akan menimbulkan ratusan ribu masalah kepada suami terbabit. Ia boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga masing-masing.
Bagi suami yang berstatus cerdik akal, mereka mungkin tidak akan menghiraukan desakan isterinya itu. Namun bagi isteri yang tidak faham, mereka mungkin tidak boleh menerima keadaan itu. Akibatnya, ia pasti akan menimbulkan perang dunia antara suami isteri dan menjejaskan kebahagian rumah tangga yang dibina itu.

Seksualiti Merdeka: PERKASA berdemo di masjid


Sumber:
malaysiakini.com








Sekumpulan umat Islam mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur bagi menyatakan perasaan tidak senang terhadap usaha penganjuran program kontroversi "Seksualiti Merdeka".


Bagaimanapun, jumlah kehadirannya tidak memberangkangkan apabila hanya kira-kira 30 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 10 minit di perkarangan Masjid Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam mengisytiharkan pengharaman terhadap semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan antara 9 hingga 13 November ini.

Mereka mengangkat poster bantahan bertulis "Semua Agama Tolak Seks Sejenis", "Haramkan Sahaja Majlis Peguam" dan "Jabatan Agama Islam Perlu Bertindak Tegas".

Sementara itu, dalam ucapannya, Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris menyeru semua pihak menentang "kejahilan" gerakan hak asasi manusia.

"Sokongan kepada gay dan lebisan bakal merosakkan negara kita," katanya.

'Jihad nyahkan petualang'

Mengulas pendirian Majlis Peguam yang dilihat menyokong program itu, Irwan mendakwa terdapat peguam yang melanggar perundangan negara dan melakukan perkara batil.

Manakala seorang anggota PERKASA Shahbudin Embun turut tampil berucap mengajak umat Islam berjihad untuk memastikan "petualang bangsa" dinyahkan.

"Gejala Kuning, lesbian dan mungkar ini adalah hak (kita) berjuang hingga darah terakhir," katanya disambut laungan takbir.


Selesai berhimpun, kumpulan itu berjalan ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdekatan masjid itu bagi menyerahkan memorandum menggesa tindakan mahkamah diambil untuk menyekat program sebegitu daripada berulang.

Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar kepada Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali di pejabatnya kira-kira jam 2 petang ini.

"Kami percaya pihak tuan sebagai satu badan yang dibentuk di bawah undang-undang bagi mengawal selia segala hal berkaitan dengan agama Islam dan orang Islam, mempunyai locus standi bagi membawa prosiding ke mahkamah," memorandum itu dipetik.


Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI



MUHYIDDIN


Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.
    
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan  berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.
   
Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
   
"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.
   
Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.

Bernama    

Ahli muzik ditemui mati separuh bogel



Utusan Borneo
Berita Sabah
by WILLIE JUDE JUNAIDI. Posted on November 4, 2011, Friday


DITEMUI...Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel.

KOTA KINABALU: Seorang ahli kumpulan muzik dari Filipina yang memainkan lagu-lagu rentak 70an di salah sebuah pusat hiburan di kompleks membeli-belah 1Borneo, Jalan Sulaman dekat sini ditemui mati di parkir kompleks berkenaan selepas dipercayai terjatuh daripada kediamannya di tingkat lima kondominium bersebelahan kompleks terkemuka itu.

TINGGI...Mangsa dikatakan terjatuh
dari kediamannya di tingkat lima.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Joha Fernando, 43, ditemui mati di parkir berkenaan dalam keadaan separuh bogel oleh pengawal keselamatan yang kebetulan meronda di kawasan itu.
Difahamkan, mangsa dan ahli-ahli kumpulannya yang lain balik ke kediaman mereka kira-kira jam 4.30 pagi selepas selesai membuat persembahan di pusat hiburan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah terjatuh daripada balkoni di kediaman mereka selepas keluar daripada tandas di rumah terbabit.
Difahamkan, ketika keluar daripada tandas mangsa yang masih dalam keadaan ‘kebingungan’ telah menuju ke arah balkoni dan bukannya ke bilik tidurnya.
Rakan-rakan mangsa yang sedang nyenyak tidur sewaktu kejadian hanya mengetahui perkara itu daripada pengawal keselamatan yang datang ke kediaman mereka kira-kira jam 6 pagi.
Menurut pengawal keselamatan yang enggan namanya disiarkan itu, sebelum kejadian dia melakukan tugasnya seperti biasa iaitu membuat rondaan di sekitar kawasan kompleks membeli-belah itu.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila terlihat ada seorang lelaki yang hanya berseluar dalam terdampar dalam keadaan berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta.
“Apabila saya menghampiri lelaki itu, saya nampak dia seperti sudah tidak bernyawa dan tanpa membuang masa saya terus memaklumkan perkara itu kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah



Suami isteri cedera ketika cuba selamat anak daripada diserang


Sumber:
Utusan Borneo
4 November 2011
Gambar Hiasan- Tidak ada kaitan dengan kes


KUCHING: Sepasang suami isteri mengalami kecederaan di kepala dan muka ketika cuba menyelamatkan anak mereka daripada diserang oleh rakan rakannya.
Insiden berlaku sekitar jam 7.30 malam di Bandar Baru Samariang apabila mereka terdengar kekecohan berlaku di dalam rumah dan mendapati anak lelaki mereka berusia 20 tahun dipukul oleh empat rakannya.
Anak lelaki mereka dan rakan rakannya pada masa itu sedang dalam sesi minum di rumah apabila pertelingkahan mula tercetus atas sebab yang tidak diketahui.
Apabila ibu bapa berkenaan cuba meleraikan dan melindungi anak mereka daripada dipukul, kumpulan itu bertukar arah kepada mereka dan mula memukul dan menyerang pasangan yang berusia 40-an itu dengan kayu.
Ekoran daripada insiden itu, tiga mangsa anak-beranak itu kemudian pergi ke Hospital Umum Sarawak di mana si suami dirawat bagi luka parah di kepala, sementara isterinya mendapat rawatan untuk luka di muka dan anak mereka lebam di muka dan badan.
Dalam kejadian berlainan seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami luka dan lebam di bahagian badannya selepas dipukul lebih 20 orang di sebuah pusat hiburan di Batu 3.
Insiden berlaku sekitar jam 4.30 pagi semalam ketika mangsa berhasrat untuk meninggalkan premis untuk pulang ke rumahnya di Batu 9 Jalan Kuching-Serian.
Terdahulu, mangsa telah minum di pusat hiburan itu bersama empat lagi rakannya yang telah meninggalkan outlet beberapa minit sebelum dia melangkah keluar.
Mangsa berkata dia berhadapan dengan kumpulan itu, yang bertanyakan di mana rakannya yang lain dan kemudian mula memukulnya apabila mangsa memberitahu rakannya sudah meninggalkan premis.
Walaupun dia tidak tahu sebab serangan itu, namun lelaki itu mengesyaki rakan-rakannya telah menyinggung perasaan kumpulan berkenaan sebelum mereka meninggalkan premis.
Dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.



Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...