Pembaca yang dirahmati Allah SWT
Banyak masalah rumah tangga umat Islam berpunca dari ekonomi yang tidak seimbang. Segalanya itu berlaku kerana mengikut nafsu. Kalau ikutkan nafsu, kita pasti mahu memiliki semua benda. Akibatnya, banyak suami isteri yang berbelanja dengan boros sehingga gagal menyesuaikannnya dengan kedudukan ekonomi masing-masing. Selain itu, terdapat juga isteri-isteri yang mendesak suami masing-masing untuk membeli barangan yang dikehendakinya dengan seribu satu alasan. Dalam masa yang sama, mereka tidak pula memikirkan kemampuan ekonomi suaminya.
Untuk memenuhi permintaan isteri, terdapat suami yang sanggup berhutang sehingga menyebabkan mereka hidup dalam timbunan hutang. Keadaan itu pasti akan membebankan suaminya dan akan menimbulkan ratusan ribu masalah kepada suami terbabit. Ia boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga masing-masing.
Bagi suami yang berstatus cerdik akal, mereka mungkin tidak akan menghiraukan desakan isterinya itu. Namun bagi isteri yang tidak faham, mereka mungkin tidak boleh menerima keadaan itu. Akibatnya, ia pasti akan menimbulkan perang dunia antara suami isteri dan menjejaskan kebahagian rumah tangga yang dibina itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan