Sabtu, 5 November 2011

‘Biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini’


Sumber:
Utusan Borneo
5.11.2011




MIRI: Seorang pemuda cedera parah di paha dan betis kanan setelah dibaham buaya ketika mandi di jeti Kampung Bulau, Ulu Sungai Sibuti, Bekenu lewat petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Johari Simuto, 24, dikejarkan ke Hospital Miri sekitar jam 8 malam oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan.
Ketika ditemui di wad hospital malam kelmarin, mangsa yang ditemani ibu bapanya masih dalam keadaan lemah dan trauma.
Menceritakan detik cemas itu, Johari memberitahu ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam itu, dia sedang mandi seorang diri di jeti berkenaan setelah selesai membantu ibu dan bapanya melakukan kerja-kerja di kebun.
“Ketika itu, saya sedang menceduk air sungai menggunakan gayung apabila tiba-tiba terasa paha kanan saya dibaham dan direntap sesuatu dengan kuat,” katanya.
Pun begitu, menurut Johari, dia sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan untuk mengelak daripada diherat buaya berkenaan ke dalam sungai.
“Nasib baik saya sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan dan kemudian sedaya-upaya cuba menendang buaya berkenaan menggunakan kaki kiri sambil menjerit meminta tolong. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana buaya berkenaan akhirnya melepaskan paha saya daripada gigitannya setelah gagal mengheret saya ke dalam sungai,” ceritanya lagi.
Katanya, setelah terlepas dari gigitan buaya berkenaan, dia hanya mampu terbaring di atas jeti berkenaan dalam keadaan lemah sambil menahan kesakitan yang amat sangat.
“Ketika itu, dalam hati saya hanya mampu berdoa dan membisikkan (dalam hati) biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini dan seterusnya menjadi mangsa korban awak (buaya),” katanya yang terpaksa bertarung kiri-kira tiga minit dengan buaya berkenaan untuk menyelamatkan diri.
Menurut Johari, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran reptilia itu memandangkan ketika kejadian cuaca sudah gelap, manakala keadaan air sungai yang ketika itu sedang pasang kelihatan amat tenang.
Mangsa juga memberitahu tidak pasti akan saiz buaya berkenaan memandangkan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu berlaku amat pantas.
“Saya tidak pasti saiz buaya itu memandangkan kejadian tersebut berlaku sangat pantas. Apa yang terlintas difikiran saya ialah berusaha menyelamatkan diri agar tidak menjadi mangsa bahamannya (buaya),” ujar beliau sambil tidak menolak kemungkinan buaya tersebut berukuran lima hingga enam kaki panjang.
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Keluarga dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Rosey Yunus turut meluangkan masa untuk melawat mangsa sebaik dimasukkan ke wad hospital malam kelmarin.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai yang diketahui ada buaya supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa serangan reptilia tersebut.
Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di kawasan Sibut dalam tempoh 10 hari ini, dengan kejadian pertama membabitkan seorang wanita warga emas, Lumit Entebang di Sungai Bakas Sibuti yang berlaku pada Selasa minggu lepas.MIRI: Seorang pemuda cedera parah di paha dan betis kanan setelah dibaham buaya ketika mandi di jeti Kampung Bulau, Ulu Sungai Sibuti, Bekenu lewat petang kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Johari Simuto, 24, dikejarkan ke Hospital Miri sekitar jam 8 malam oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan.
Ketika ditemui di wad hospital malam kelmarin, mangsa yang ditemani ibu bapanya masih dalam keadaan lemah dan trauma.
Menceritakan detik cemas itu, Johari memberitahu ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam itu, dia sedang mandi seorang diri di jeti berkenaan setelah selesai membantu ibu dan bapanya melakukan kerja-kerja di kebun.
“Ketika itu, saya sedang menceduk air sungai menggunakan gayung apabila tiba-tiba terasa paha kanan saya dibaham dan direntap sesuatu dengan kuat,” katanya.
Pun begitu, menurut Johari, dia sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan untuk mengelak daripada diheret buaya berkenaan ke dalam sungai.
“Nasib baik saya sempat berpaut pada sebatang kayu di jeti berkenaan dan kemudian sedaya-upaya cuba menendang buaya berkenaan menggunakan kaki kiri sambil menjerit meminta tolong. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana buaya berkenaan akhirnya melepaskan paha saya daripada gigitannya setelah gagal mengheret saya ke dalam sungai,” ceritanya lagi.
Katanya, setelah terlepas dari gigitan buaya berkenaan, dia hanya mampu terbaring di atas jeti berkenaan dalam keadaan lemah sambil menahan kesakitan yang amat sangat.
“Ketika itu, dalam hati saya hanya mampu berdoa dan membisikkan (dalam hati) biar mati pun, saya tidak akan melepaskan pautan ini dan seterusnya menjadi mangsa korban awak (buaya),” katanya yang terpaksa bertarung kiri-kira tiga minit dengan buaya berkenaan untuk menyelamatkan diri.
Menurut Johari, dia langsung tidak menyedari akan kehadiran reptilia itu memandangkan ketika kejadian cuaca sudah gelap, manakala keadaan air sungai yang ketika itu sedang pasang kelihatan amat tenang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...