Sabtu, 30 Julai 2011

Maaf Atas Kekhilafan




MD RASUL BIN HARON
 

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah, bila salah dan khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf Lahir dan Batin atas kesalahan, semoga kita sampai pada lebaran tahun ini.

Mentari bersinar tidak selamanya cerah, rembulan bersinar tidak selamanya terang, kita gembira tidak selamanya senang, kita bersedih tidak selamanya berduka, dalam kehidupan tidak selamnya benar, terselit untaian kata yang membuat manusia binasa iaitu "khilaf dan salah". Dalam bulan yang baik, bulan penuh berkat, bulan yang dinanti-nantikan iaitu bulan ramadhan. Saya bersimpuh memohon maaf atas semua kesalahan yang pernah saya perbuat, disengaja mahupun tidak, padamu dan keluarga. Untuk kata mengawali bulan yang indah. Menempuh jalan kebenaran. Jalan yang dimuliakan Allah. Aamiin.
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadan wishes for SMS, twitter tweeps or facebook statuses

Alhabib's blog


Ramadan is coming again. It is time to greet it with heart full of joy and wishes. It is time to remind our family and friends about this coming month of fasting and full of rewards and blessings. Here is a collection of Ramadan wishes that is relatively short for SMS, twitter tweeps or facebook statuses.

Ramadan wishes 1
Welcome Ramadan.
Walk humbly.
Talk politely.
Dress modestly.
Treat kindly.
Pray attentively.
Donate generously.
May Allah bless & protect you.
Ramadan wishes 2
This is the time when the gates of hell are shut.
The devil is locked up & his work is cut.
The doors of mercy are opened up wide
& Allah’s blessings are always on your side.
(Happy Ramadan)
Ramadan wishes 3
A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better dan a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It’s a continuous training to strengthen our Imaan.
Ramadan wishes 4
May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way & lead us together on
the path of peace & social harmony.
WISH YOU A VERY HAPPY Ramadan
Ramadan wishes 5
Don’t ignore this Ramadan; it could be your last.
Strive 2 to obtain Allah’s pleasure & hold your fast.
tomorrow could be your final day, so be prepared.
Seize today by the neck & have no chance spared.
Ramadan wishes 6
May this Ramadan bring in you the most brightest
& choicest happiness & love you have ever wished for.
May the festival of lights brighten up yours & your near & dear ones lives.
RAMADAN MUBARAK
Ramadan wishes 7
May this Ramadan bring you the utmost in peace & prosperity.
May ligth triumph over darkness.
May peace transcend the earth.
May the spirit of life illuminate the world.
(Ramadan Mubarak)
Ramadan wishes 8
He is the one GOD
the Creator, the Initiate, the Designer
to Him belong the most beautiful names
He is the Almighty, Most Wise.
Wishing u a blessed Ramadan….
Hope these greetings and wishes be useful.

TPM lancar Sekolah Dalam Hospital


KUALA LUMPUR 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program perintis Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang melibatkan tiga buah hospital di Lembah Klang.
Tiga hospital terbabit ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
Penubuhan SDH di tiga sekolah berkenaan yang juga dikenali dengan Projek Hati Nurani adalah hasil kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.
Muhyiddin di dalam ucapan pelancarannya di Institut Pediatrik, HKL di sini berkata, objektif utama SDH adalah untuk memastikan semua kanak-kanak serta remaja termasuk mereka yang mendapat rawatan di hospital berpeluang mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
‘‘Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran memastikan setiap kanak-kanak di negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak kira di mana pun mereka berada,’’ katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga penaung projek, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Dalam ucapannya Muhyiddin turut mengucapkan penghargaan kepada isterinya kerana mengingatkan beliau supaya tidak mengabaikan masa depan pelajar-pelajar yang menerima rawatan di hospital.
‘‘Oleh itu, apabila isteri saya menyatakan hasrat untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada golongan ini, saya bukan sekadar menyokong 100 peratus malah lebih daripada 200 peratus.
‘‘Ini bukan disebabkan cadangan ini datang daripada isteri saya tetapi sememangnya ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita semua demi kelangsungan masa depan kanak-kanak ini,’’ katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, SDH merupakan satu program pendidikan yang menggunakan pendekatan yang berbeza daripada sekolah biasa.
Ujarnya, di sekolah tersebut para pelajar akan menimba ilmu melalui pendekatan belajar secara menyeronokkan dan santai.
‘‘Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan berwarna warni merupakan terapi semulajadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.
‘‘Sekurang-kurangnya sesi pelajaran yang menarik dan diselang-selikan dengan permainan akan dapat membantu menghilangkan rasa bosan mereka apabila perlu mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital,’’ katanya lagi.
Seperkara lagi beliau berkata, kewujudan SDH juga mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa apabila terhadap pelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.
‘‘Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.,’’ katanya lagi.
Sementara itu pada sidang akhbarnya Muhyiddin berkata, sekolah itu telah memulakan sesinya di tiga hospital terlibat sejak dua minggu lalu.
‘‘Pihak kementerian telah menyediakan 16 guru terpilih untuk memastikan projek SDH dapat dijalankan dengan baik. Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka kerana sanggup menyahut cabaran kerajaan merealisasikan usaha murni ini.
‘‘Kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan korporat kami mengalu-alukan sekiranya mereka sedia membantu kami memperluaskan projek ini di hospital-hospital terutama di hospital besar di setiap negeri,’’ katanya lagi.

Pengumuman -Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Untuk makluman Saudara / Saudari
KPPK telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai isu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan menyuarakan aduan-aduan guru yang terbeban dengan tugas ini.
Pihak  Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk menunda tarikh tutup bagi memasukkan data peperiksaan iaitu pada 15 Ogos 2011.
Pihak NKRA, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan perjumpaan dengan KPPK dalam masa terdekat bagi membincangkan isu ini.
Harap Maklum
Tarikh Berita/News Date: 
28/07/2011

13,000 guru sandaran terlatih diserap



NUTP Online
2011/07/27
PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KDC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam.
Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.
Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih. 
Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.
Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjong, Perak dinobatkan juara kategori pertandingan akhir Bot Lumba RA3, manakala kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Permatang Kandu, Pulau Pinang. 

Sejarah Bendera Malaysia- Jalur Gemilang



Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.
Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.
Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom Union Jack, Amerika Syarikat Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.
Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah Si Tuah sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.
Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.
Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.
Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan.
Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.
Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama Jalur Gemilang. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.
Pada tahun 2011 ini genaplah 14 tahun nama Jalur Gemilang tersemat pada bendera Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).
Secara ringkasnya, perkataan jalur dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala gemilang pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Sejarah Masyarakat Melayu di Malaysia

 

 

Definisi Melayu
Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun
tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia
Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).
Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampong Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Sistem ekonomi
Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktivitas pertanian dan menangkap ikan. Aktivitas pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada universitas di dalam maupun di luar negara.

Sistem politik
Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik yang bergerak maupun yang diam yang ditujukan untuk mengangkat harkat dan martabat hidup pribumi setempat. musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak dan karakter yang berbeda antara daerah yang satu dengan yang lainnya. Disini dapat dilihat bahwa suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. maka, tidak mengherankan bahwa suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada tatanan nilai maupun pada tatanan norma yang bersumber kepada hukum adat setempat. Sistem musyawarah ini lambat laun hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang diberlakukan oleh kaum penjajah. Hancurnya sistem tanah adat berakibat kepada hilangnya musyawarah dalam kehidupan masyarakat melayu. Hal ini diperparah dengan dipecah belahnya suku melayu yang berada di wilayah Kalimantan Utara dengan kalimantan selatan dengan pendirian federasi malaysia yang dibentuk atas bantuan militer inggris.

 Agama dan kepercayaan
Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Kesenian
Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

Sistem kekeluargaan dan perkawinan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:
  • yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
  • yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).

 Pendidikan
Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan.

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.

Panduan Mengelakkan Serangan Seksual

Sekiranya ada gangguan seksual laporkan kepada
 pihak atasan untuk tindakan selanjutnya

 
 
Gunakan logik
• Sentiasa berwaspada! Berjalan dengan yakin dan mempunyai tujuan.
• Sentiasa peka dengan persekitaran - tentukan siapa di sebelah anda dan apa yang berlaku di sekeliling anda.
• Jangan biarkan alkohol atau dadah mengaburi perlakuan anda.
• Percaya dengan gerak hati anda. Jika sesuatu keadaan atau tempat membuatkan anda rasa tidak selesa atau gelisah, segera beredar.

Di Dalam Rumah • Pastikan semua pintu dan tingkap mempunyai kunci yang kukuh. Lengkapkan lubang untuk melihat di pintu anda. Pastikan ruang masuk sentiasa diterangi lampu pada waktu malam.
• Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Jika ada orang di luar yang ingin meminta bantuan, katakan anda bersedia menelefon bagi pihaknya. Periksa pengenalan jurujual atau penyelenggara sebelum membenarkan mereka memasuki rumah anda. Jangan takut atau malu menelefon bagi memastikan penyelenggara berkenaan benar-benar dihantar daripada pejabat tertentu.
• Berhati-hati apabila berada di tempat terpencil seperti bilik membasuh di pangsapuri, garaj di bawah tanah, tempat letak kereta, pejabat selepas waktu kerja. Sentiasa berteman terutama pada waktu malam.
• Kenali jiran anda supaya anda tahu siapa perlu dihubungi jika anda sedang ketakutan.
• Jika anda mendapati tingkap atau pintu dipecahkan apabila tiba di rumah, jangan masuk. Hubungi polis menggunakan telefon bimbit atau telefon awam.

Di Luar Rumah • Elakkan daripada berjalan atau berjoging sendirian terutama pada waktu malam dan pagi hari. Sentiasa berada di kawasan yang dilalui orang ramai dan terang.
• Pakailah pakaian dan kasut yang memberi kebebasan untuk anda bergerak.
• Berwaspada sekiranya seseorang meminta arah jalan dari dalam kereta. Jarakkan kedudukan anda.
• Sediakan kunci sebelum sampai ke pintu rumah, kereta atau pejabat anda.
• Jika anda mendapati sedang diekori, tukar arah dan segera pergi ke pasar raya terbuka, restoran atau rumah yang diterangi lampu.

Di Kereta • Letak kereta di tempat yang terang dan sering dilalui orang ramai.
• Pastikan kereta selalu berkunci — apabila anda masuk atau keluar dari kereta.
• Perhatikan sekeliling kereta dan tempat duduk belakang kereta anda sebelum masuk.


Sumber : Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Format baru UPSR, PMR

 


MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diganti penilaian sekolah, akan diperkenalkan mulai sessi persekolahan 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rundingan meja bulat terakhir mengenai pelaksanaan UPSR dan PMR bersetuju UPSR dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan manakla PMR diganti penilaian sekolah.
Tapi kohort (kumpulan)yang baru mungkin akan masuk 2011 dan ujian pertama (diadakan) pada 2016. Pada waktu itu, kita akan adakan UPSR baru dan PMR dalam bentuk penilaian sekolah.
Beliau berkata, antara perubahan dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
Bagi UPSR, maknanya walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, tapi bentuk dan formatnya agak berbeza. Ini dikatakan penambahbaikan yang kita lakukan.
Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tetapi Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah. Muhyiddin berkata, proses transformasi membabitkan penambahbaikan UPSR dan penggantian PMR memerlukan tempoh enam tahun untuk disipakan mengambil kira semua aspek dalam sistem pendidikan itu.

sumber maklumat : Berita Harian

Peranan universiti dalam mengukuh perpaduan


Universiti adalah tempat menjanan ilmu dan melahirkan pemikir untuk menambah baik tamadun serta kemakmuran hidup dalam pelbagai aspek. Peranan itu harus berterusan kerana itulah fungsi universiti , bahkan sebagai kumpulan ahli pemikir , tenaga akademik juga wajar mengambil bahagian aktif dalam menyelesaikan masalah semasa. Malaysia ialah negara bangsa yang masih muda dan memerlukan keprihatinan semua pihak supaya nikmat kemerdekaan terus dirasai  dan pada masa yang sama usaha mengangkat negara sebagai negara maju tidak terhalang oleh masalah asas yang mengugat keselamatan negara terutama aspek perpaduan kaum.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta perubahan ekonomi yang bersifat sejagat dalam era milenium ini memberi ruang dan peluang penyebaran pendapat yang kadangkala bersifat melampau, malah terlalu bersifat etnik sehingga menggoyangkan kemujaraban formula DEB.
Fenomena ini menuntut pemikir dan ilmuan terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) tampil mengemukakan buah fikiran yang bernas bagi membantu negara mencari formula baru untuk kelangsungan perpaduan serta keutuhan negara.
Pada masa ini, pengetahuan dan kesedaran mengenai perpaduan dan nasionalisme hanya bergantung pada dua kursus wajib universiti iaitu Pengajian Kenegaraan dan Tamadun Islam dan Asia yang masih dapat menimbulkan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan.
Sesungguhnya, usaha mencari formula baru perpaduan negara memerlukan usaha bersepadu yang membabitkan semua lapisan masyarakat, etnik, badan bukan kerajaan, shli politik, negarawan dan cendekiawan di universiti wajar membabitkan diri tanpa ada kepentingan politik.

Sumber maklumat : Berita Harian

Jom Masuk U

 

Jom Masuk U ini merupakakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 turut menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

•    Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
•    Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) .
•    Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
•    Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPT.
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Karvinal Jom Masuk U 2011 ini disertai 20 IPTA, 100 IPT swasta terpilih, agensi di bawah kementerian dan Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U di 11 zon lokasi tahun ini berbanding 10 tahun lepas.
Makluman:-
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival JOM MASUK U ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. Telefon : 03-8883 5801/5802 Faks : 03-8889 4260 Emel : upu@mohe.gov.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya . Untuk maklumat lanjut boleh juga layari http://upu.mohe.gov.my/upu.php
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...