Sabtu, 30 Julai 2011

Peranan universiti dalam mengukuh perpaduan


Universiti adalah tempat menjanan ilmu dan melahirkan pemikir untuk menambah baik tamadun serta kemakmuran hidup dalam pelbagai aspek. Peranan itu harus berterusan kerana itulah fungsi universiti , bahkan sebagai kumpulan ahli pemikir , tenaga akademik juga wajar mengambil bahagian aktif dalam menyelesaikan masalah semasa. Malaysia ialah negara bangsa yang masih muda dan memerlukan keprihatinan semua pihak supaya nikmat kemerdekaan terus dirasai  dan pada masa yang sama usaha mengangkat negara sebagai negara maju tidak terhalang oleh masalah asas yang mengugat keselamatan negara terutama aspek perpaduan kaum.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta perubahan ekonomi yang bersifat sejagat dalam era milenium ini memberi ruang dan peluang penyebaran pendapat yang kadangkala bersifat melampau, malah terlalu bersifat etnik sehingga menggoyangkan kemujaraban formula DEB.
Fenomena ini menuntut pemikir dan ilmuan terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) tampil mengemukakan buah fikiran yang bernas bagi membantu negara mencari formula baru untuk kelangsungan perpaduan serta keutuhan negara.
Pada masa ini, pengetahuan dan kesedaran mengenai perpaduan dan nasionalisme hanya bergantung pada dua kursus wajib universiti iaitu Pengajian Kenegaraan dan Tamadun Islam dan Asia yang masih dapat menimbulkan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan.
Sesungguhnya, usaha mencari formula baru perpaduan negara memerlukan usaha bersepadu yang membabitkan semua lapisan masyarakat, etnik, badan bukan kerajaan, shli politik, negarawan dan cendekiawan di universiti wajar membabitkan diri tanpa ada kepentingan politik.

Sumber maklumat : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...