Rabu, 2 Mac 2011

Doa Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Pelupa

Disumbang oleh:
Puan Norlilah binti Ismail
Penolong Kanan HEM
SMK Selayang Bharu

Dedikasi untuk semua umat Islam di seluruh dunia dan diharap menjadi amalan pelajar-pelajar SMK Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor.




Doa mengelak dari menjadi pelupa

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْ...نَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.See More
By: Ustaz Zahazan Mohamed

Sepatu Tok

Norlilah Ismail














Sepatu kulit tok  atas rak
tak siapa berani alih letak
tak siapa  mau cuba pakai menapak..

Tok sayang sepatu tu
rasanya tak mungkin tok akan bagi pada anak cucu
digosok kiwi kilat memancar
biar buruk tapi tetap lawa







Tok boleh bercerita
pasal sepatu panjang menjela
sepatu tu tok pakai masa ke Mekah
sepatu yang pernah hilang di tangga  pesawat
sebab Tok fikir naik pesawat sepatu kena pecat
pelayan hantar masa nak turun dah dekat

sepatu tu Tok pakai ke dewan universiti
tika ayah terima ijazah tok jadi saksi
sepatu buruk tok tidak ada bandingan
hadiah Tuan Inggeris jadi kenangan
atas taat setia
dan rajin kerja
di ladang getah sebelum merdeka!!

nukilan
Norlilah Ismail

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...