Selasa, 6 Disember 2011

Video Syiah memperingati Ashura




Ashura di Afghanistan - hari kesepuluh bulan Islam MuharamBagi pengikut Syiah ia merupakan hari perkabungan memperingati kematian Hussein cucu Nabi Muhammad dalam 680 M di kota Iraq Karbala. Pada hari Ashura , pengikut syiah taat mendera diri sendiri.. Di Bangladesh, ia adalah hari perayaan bagi majoriti Muslim Sunni - satu perayaan kemenangan untuk Islam melalui pengorbanan Imam Hussein. Tetapi bagi syiah, ia adalah peristiwa yang menyedihkan di mana, seperti di Afghanistan,mereka memukul diri mereka sehingga belakang mereka berdarah. Di ibu kota Iraq, pengikut syiah menetak-netak kepala mereka dengan pedang supaya mereka boleh mengenang kembali kesakitan Hussein dalam Pertempuran Karbala. Pengikut syiah terdiri hanya 15 peratus umat Islam di dunia, dan secara tradisi, golongan ini berkabung selama satu bulan sebagai sebahagian daripada perayaan AshuraAshura juga disambut di negara lain yang mempunyai pengikut Syiah yang agak besar, termasuk Afghanistan, Pakistan, Arab Saudi, dan Syria.

Janin bayi ditemui di kawasan UiTM


Sumber:
Utusan Borneo
by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on December 4, 2011, Sunday


LOKASI KEJADIAN...di sinilah janin dipercayai ditanam oleh sepasang kekasih terlanjur.


KOTA KINABALU: Seorang pekerja penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang melihat kesan tanah seperti digali di kawasan Loji Kumbahan UiTM di sini baru-baru ini terkejut apabila menemui mayat janin bayi dibaluti dengan sehelai kain putih dikuburkan di situ.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu terkejut apabila melihat kesan tanah seperti baru digali dan menyangkakan ia perbuatan individu mencuri kabel elektrik, lalu mengorek tanah berkenaan.
Selepas itu, pekerja berkenaan kemudian menemui sehelai kain putih yang berlumuran darah, lalu membukannya dan terkejut apabila menemui satu ketulan daging sebesar ibu jari dipercayai janin manusia.
Ekoran penemuan itu, lelaki berkenaan memaklumkan kepada pegawai UiTM sebelum bertindak memaklumkan kepada seorang doktor di UiTM, yang mengesahkan ketulan daging itu adalah janin.
Kemudian pihak pengurusan UiTM memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Selepas menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketulan daging dipercayai janin yang ditanam berdekatan loji kumbahan di UiTM Sepanggar, di sini.
“Hasil pemeriksaan mendapati, janin berkenaan baru sahaja ditanam di kawasan berkenaan, namun belum dikenalpasti siapa pelakunya,” katanya.
Sofi berkata, janin berkenaan kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
“Janin itu dipercayai berusia lingkungan tiga bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit sama ada ia perbuatan pelajar atau orang luar.
“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.



Demi anak, bapa mati lemas


Sumber:
Utusan Borneo

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on December 6, 2011, Tuesday



TRAGIS: Anggota bomba mengurus mayat mangsa lemas sebelum dibawa ke rumah mayat Hospital Bintulu lewat petang semalam.
BINTULU: Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi di Pantai Temasya, Tanjung Batu.

Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang bapa lemas dalam usahanya untuk menyelamat anaknya yang juga hampir lemas di Pantai Temasya, Tanjung Batu lewat petang semalam. Begitupun usaha bapa terbabit berbaloi kerana anaknya selamat dalam kejadian itu, namun beliau sendiri terkorban. Mangsa dikenali sebagai Juli Engun dari Rumah Engun, Batu 61, Jalan Sibu-Bintulu, Sibu. Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Thomas Umpang berkata, keluarga yang dianggotai empat hingga lima orang itu sedang berkelah di pantai tersebut sebelum tragedi berlaku.
“Semasa perkelahan, tidak semena-mena mereka dikejutkan dengan kejadian anak mereka yang hampir lemas ketika mandi. Melihat keadaan itu, si bapa nekad untuk membantu menyelamat anaknya tetapi beliau sendiri gagal menyelamatkan diri.
“Anak mangsa selamat manakala mangsa lemas dalam kejadian itu,” ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo di Pantai Temasya, Tanjung Batu lewat petang semalam.
Terdahulu, katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.10 petang dan bergegas bersama 11 anggota, sebuah jentera bomba dan kenderaan utiliti ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
“Dalam operasi itu, kami menemui mangsa terdampar di pantai dan paramedik dari Hospital Bintulu yang turut berada di tempat kejadian memeriksa keadaan mangsa mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi (semalam),” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar menggunakan ken- deraan polis ke rumah mayat Hospital Bintulu di sini untuk bedah siasat.
Ahli keluarga mangsa dilihat turut mengiringi mangsa.
Turut tiba di tempat kejadian dalam operasi menyelamat itu ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kejadian lemas berlaku hampir setiap tahun di pantai tersebut.



Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...