Khamis, 1 Disember 2011

Tiga lelaki direman kerana disyaki curi motosikal guru


Sumber:
Utusan Borneo
(30.11.2011)
Gambar Hiasan


MIRI: Tiga lelaki termasuk seorang remaja yang ditangkap kerana disyaki mencuri sebuah motosikal kepunyaan seorang guru diperintahkan Mahkamah Majistret petang semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Gerald Empaling Donald setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Sarjan Chiu Ann Yan dari Balai Polis Pusat Miri.
Dalam permohonannya, Chiu memberitahu pada 28 November lalu, seorang guru telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kehilangan motosikalnya.
Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 4.30 pagi hari sama, beliau telah meletakkan motosikalnya di hadapan Pusat Kesihatan Bersih di Jalan Nort Yu Seng dalam keadaan berkunci untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat subuh.
Selesai solat, pengadu terus pergi ke arah motosikalnya dan mendapati motosikalnya jenis Modenas Kriss berwarna biru dan bernombor pendaftaran QMF17xx telah hilang dipercayai dicuri. Kerugian dialami dianggarkan bernilai RM2,000.
Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 8.30 malam, 28 November lalu, polis telah menyerbu sebuah rumah di Jalan Lawas, Taman Tunku dan berjaya menahan dua lelaki serta merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang oleh pengadu dari rumah berkenaan.
Hasil siasatan lanjut polis terhadap dua lelaki terbabit telah membawa kepada penangkapan suspek ketiga di sebuah premis di Jalan North Yu Seng di sini pada jam 9.20 malam hari sama.
Dalam permohonan lanjutnya, Chiu berkata reman empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia, 43, 48 dan 18 tahun amat diperlukan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini.
Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan berhemat kesemua suspek dan membebaskan mereka lebih awal akan menjejaskan siasatan lanjut polis.


Guru serang, berniat cabul pelajar dipenjara dua tahun



Sumber:
Utusan Borneo




SIBU: Seorang guru sebuah sekolah di Dalat yang didakwa atas empat kesalahan menyerang pelajar sekolah dengan niat hendak mencabul kehormatan mereka, dijatuhi hukuman penjara dua tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah yang sebelum ini mendapati guru berusia 36 tahun itu bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan, bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara terbabit berjalan serentak.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, guru terbabit didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.
Mengikut pertuduhan pertama, guru terbabit didakwa menggunakan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 12 tahun di asrama sekolah pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pelajar berusia 10 tahun sekitar bulan Jun, 2005, kira-kira jam 2.30 petang.
Bagi pertuduhan keempat, guru terbabit didakwa melakukan kesalahan sama sekitar bulan Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi terhadap mangsa yang sama.
Dia sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa yang berusia 10 tahun pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan sementara mengemukakan tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Gara-Gara Tak Dapat Gaji, Masjid Jadi Mangsa


Pembaca yang dirahmati Allah SWT


Masjid di Lhasa, Tibet
Segala struktur dan reka bentuk binaan Masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Mekah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya adalah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif  masjid tercapai dengan sempurna dan saksama perkara terpenting adalah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Diantara undang-undang yang perlu dipatuhi ketika memasuki masjid adalah seperti membuka kasut atau selipar serta jangan membuat bising dan kotor di dalam masjid. Perkara-perkara lain yang menjadi peraturan dan etika di dalam Masjid adalah mesti dipatuhi.

Inikan pula sanggup menyimbah cat merah pada dinding dan lantai masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga, Melaka. Perbuatan keji tersebut dipercayai dilakukan oleh pekerja kontraktor yang melakukan kerja-kerja menaik taraf masjid tersebut. Khabarnya mereka ini datang dari Sabah dan Sarawak. Kalau tak dapat gaji sekalipun , mereka tidak patut menyimbah cat dan menconteng dinding masjid semata-mata mahu melahirkan rasa marah. Kesannya, orang Islam kat Melaka dan di seluruh negara yang mengetahui kejadian tersebut pasti marah. Marah siapa lebih dominan?

Apa erti cat berwarna merah? Ia merupakan lawan warna biru iaitu pemberi semangat, ghairah dan melambangkan emosi yang cukup kuat. Kuat betul emosi sipenyimbah cat ini? Berbincang dengan baik, insyaAllah ada penyelesaiannya. Walau kita tidak dikurniakan otak yang bijak, sekurang-kurangnya kita punya jiwa manusia.


Daftar mohon bantuan RM500 dibuka 10 Disember 2011






Pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Sehubungan itu, pembayaran bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...